Sep 13, 2016

Deeja Cosmetic : Keayuan Semula Jadi Dalam 5 Hari



Izinkan hakak Yaya korang mulakan entri dengan selfie bersama Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 yang comel tetapi kecil kecil cili padi ini.


Ber'trademark'kan Keayuan Semula Jadi dalam 5 Hari membuatkan Yaya dan juga gadis (amboi gadis sangat tak sedo diri dah kahwin pun kahkah) mahupun para isteri teruja dengan janji manis tapi pasti dari Deeja Cosmetic ni. Korang tahu tak Deeja Cosmetic ni dah jadi buah mulut sealam semesta? Dengan duta produk Deeja Cosmetic sendiri yang cantik jelita iaitu Sherry Ibrahim, membuatkan Yaya semakin teguh pendirian nak cuba set kecantikan ini. Mana taknya, kalau korang perasan kat IG Sherry, beliau selalu promote dan tunjuk sekali cara penggunaan Deeja Cosmetic ni. Memang cara marketing yang sangat soft dan berkesan. 


Oleh yang demikian, Yaya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 ini. Set 5 dalam 1 ini terdiri daripada Sabun Pembersih Muka, Toner Nano, Krim Siang, Krim Malam dan juga Krim Nano. Setiap dari 'mereka' memainkan peranan penting bagi membantu para wanita mendapatkan kulit wajah yang ayu. Jom scroll. 


SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC ini mengandungi khasiat Air Mawar, Susu dan juga Beras. Ianya membantu untuk membersihkan kulit wajah dengan mendalam dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Kalau korang ada berus cuci muka lembut yang tengah trend tu kan, lagi best. Selain ianya mampu membersihkan kulit sehingga ke dalam dengan partikel nano, ianya mampu mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit gelap dan berminyak. Sabun ni juga berbau wangi dan tidak merengsakan kulit korang. Tak rasa kesat pun. Lembut je lepas pakai. 


TONER NANO DEEJA COSMETIC ini pula dipakai selepas mencuci muka. Ambil kapas bersih dan titiskan 2-3 titis dan tepuk atau sapukan dikawasan wajah secara lembut. Ianya berfungsi untuk melembabkan kulit sepanjang hari , mengecilkan liang pori yang besar dan juga menjadikan kulit lebih segar dan terasa bersih untuk melakukan aktiviti harian. Toner Nano ini juga dapat mengimbangi pH kulit kita. Kandungan utamanya ialah Aloe Vera dan Air Mawar. 


KRIM SIANG DEEJA COSMETIC pula mempunyai kandungan Minyak Biji Anggur dan Serbuk Mutiara serta memberi perlindungan secara optimun dengan kandungan SPF nya yang tinggi untuk memberi perlindungan dari sinar UV. Yang bestnya, kalau setakat nak bermake-up nipis mahupun untuk urusan harian biasa seperti ke pejabat atau bayar bil kat kaunter, pakai je krim siang ni. Confirm korang tetap rasa confident gitu. Rasa macam pakai foundation tapi dengan sekadarnya sahaja. Muka tetap nampak bermaya kerana efek dari tona kulit yang sekata dari krim siang ni.


Tekstur krim siang ini mudah mesra dengan semua jenis warna kulit. Jangan risau okay. Senang je dia nak blend. Lagi cantik bila muka mula berpeluh, lagi glowing tau.


KRIM MALAM DEEJA COSMETIC ini pula untuk dipakai pada malam hari sebelum tidur. Jangan excited nak cantik korang pakai masa duduk rumah pulak. Ini untuk memudahkan daya serapan krim ini ketika wajah kita sedang tidur dan berehat. Ianya membantu untuk merawat kulit yang rosak, mencegah jerawat dan memudarkan jeragat. Dalam masa yang sama, ianya juga berfungsi untuk memulihkan cela pada kulit agar kulit kembali berseri. Serius kata, bila Yaya bangun pagi memang terasa muka cerah dan flawless hihi tak tau la perasaan sendiri ke apa rasa cantik pula bila bangun pagi tu :p . Ramuan utama ialah minyak Jojoba. Korang tahu kan minyak Jojoba ni bagus? Malas nak explain pi Google sendiri. Yang pastinya minyak Jojoba memang sangat bagus untuk kulit.


Tekstur Krim Malam ini seperti gel lembut yang mudah disapu dan tidak memedihkan muka seperti kebanyakan krim malam lain yang mempunyai merkuri. Yaya juga perasan terdapat pengelupasan kulit mati yang berlaku secara lembut di wajah. Jangan risau, memang langsung tak sakit.


KRIM NANO DEEJA COSMETIC ini juga dipakai pada waktu malam sebelum tidur selepas pemakaian Krim Malam tadi. Bagi Yaya yang panggil krim kunyit ni, Yaya suka pakai bila ada jerawat timbul je cepat-cepat Yaya sapu krim kunyit. Memang best sebab bila bangun pagi je tengok jerawat dah kecut dan tak jadi naik. Muahaha kesian jerawat. Okay, krim ini berfungsi untuk memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit pada waktu malam selepas seharian kulit terdedah dengan sinaran matahari dan juga kotoran. Ianya juga membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit, memberi kelembapan kulit dan juga menjadikan kulit sehalus kulit bayi. 


Tekstur Krim Nano ini juga berlainan dari krim kunyit biasa. Warnanya lebih lembut dan mudah meresap.


So bagi Yaya antara penguat utama dalam Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 ini adalah Krim Malam, Krim Siang dan Krim Nano. 'Mereka' inilah yang berkerja keras bagi membantu memulihkan masalah kulit wajah kebanyakan lelaki atau wanita yang murung dan tidak mempunyai keyakinan diri kerana masalah kulit wajah. Tak percaya? Moh kita lihat testimoni pengguna yang telah mencuba set ini.

Antara testimoni pengguna Deeja Cosmetic yang memang awesome :

 
  





Amacam? Power tak? Jangan lupa dapatkan Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 sekarang kalau korang pun nak flawless macam kakak kakak kat atas ni hihi ;)


SET DEEJA COSMETIC 5 dalam 1 dijual dengan harga
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Deeja Cosmetic HQ

Intagram : @deeja_cosmetic_hq

Call /Whatsapp Hotline  : +60196945950



Terima kasih sudi baca





7 comments:

  1. semakin cantiklah yaya lepas nie...hihihi

    ReplyDelete
  2. best krim nano dia. sapu nipis2 je..

    ReplyDelete
  3. Feedback dia pun ok lah kak ya.. kne try ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. memang sedap guna krim ni...

    ReplyDelete
  5. Kak Yaya. Awat somel sangat ni ! Hehe

    ReplyDelete
  6. Ptt la yaya makin comel..

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:49 AM

    krim deeja ni bukan kategori krim timbang kilo lah yer?

    ReplyDelete