Berita baik untuk peminat produk jenama NIVEA, kini terdapat produk terbaru dari NIVEA iaitu NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk. Didatangkan dalam dua jenis wangian lembut iaitu bunga mawar dan juga lavender, formula "Oil in Body Milk" berfungsi untuk menyuburkan, melicinkan dan menjadikan kulit kita lembut berseri serta meninggalkan wangian yang berpanjangan.
Bukan mudah untuk mendapatkan kulit cantik tanpa kerajinan yang berterusan. Betul tak? Dah tu kalau malas macam mana nak dapat kulit cantik? :p Tapi jangan risau, dengan adanya produk penjagaan kulit NIVEA Skin Delight ini, mesti korang semua akan menikmati sesi memanjakan diri yang mana akan menaikkann lagi "mood" korang. Nak tahu sebab apa? Sebab NIVEA Skin Delight ini direka dengan satu tujuan utama iaitu memberikan kenikmatan deria kita dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuatkan kulit kita terasa lembap dan wangi sepanjang hari. Tak pakai perfume pun takpe! Wee~
Dari pengalaman Yaya sendiri yang merupakan pengguna produk NIVEA dari zaman sekolah, wajib bagi Yaya untuk menggunakan losyen dan deodoran NIVEA selepas mandi. Bila dah keluar losyen baharu dari NIVEA ni, lagilah Yaya teruja ^_^ Selain dari harga yang mampu milik, ia membuatkan kulit Yaya kekal lembut dan wangi apabila menggunakan losyen NIVEA Skin Delight walaupun jadual event penuh seharian. Kalau nak tahu, NIVEA Skin Delight kini merupakan losyen kegemaran Yaya terutamanya untuk dipakai sebelum tidur. Nak dapat kualiti tidur yang superb? Jangan lupa pakai losyen NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk! :D
NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk ( Glowing Rose & Relaxing Lavender )
Diperkayakan dengam losyen susu yang menyuburkan, korang boleh pilih NIVEA Skin Delight yang berharuman bunga mawar mahupun lavender. Yelah, ada orang suka bau bunga mawar dan ada sesetengah pula sukakan haruman lavender. Kalau nak tahu, wanita zaman Yunani kuno dan Rom menggunakan kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, pati minyak yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Bagi lavender pula, ianya telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress, kelesuan dan juga mampu meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. Wahh hebat betul khasiat bunga mawar dan lavender ni kan? Lepas ni tak payah susah-susah nak petik bunga. Guna je NIVEA Skin Delight untuk mendapatkan kulit yang cantik! Bukan sahaja wangi, dengan menggunakan losyen ini juga ia akan melembutkan kulit korang dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari! ^_^
Kalau korang tanya yang mana haruman kegemaran Yaya, mestilah Yaya akan pilih Glowing Rose! OMG sedap gila bau dia tau! Wangi sampai rasa nak makan diri sendiri. Kikiki. Kalau korang nak cuba NIVEA Skin Delight ni, Yaya suggest untuk korang beli Glowing Rose okay!
Selain dari kerana harumannya yang memikat hati, tekstur NIVEA Skin Delight juga sangat lembut dan mesra dengan kulit Yaya. Paling best, bila menggunakan losyen ini, kita tak akan rasa melekit kerana ianya meresap terus ke dalam kulit.
Yang paling penting, lepas gunakan NIVEA Skin Delight, kita akan terasa kulit kita menjadi sangat lembut dan harum. Tidak seperti kebanyakan losyen di pasaran, kulit kita akan merasa melekit, kesat dan keharuman cuma bertahan untuk tempoh yang sekejap. Oleh itu, korang wajib gunakan NIVEA Skin Delight okay! ^_^
Wanginya NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk Glowing Rose! Btw, Yaya percaya semua orang mesti ada "ME TIME" dengan produk penjagaan masing-masing kan? Untuk Yaya sendiri, pengalaman menggunakan losyen ni memang best. Sambil-sambil menulis blog setelah memakai NIVEA Skin Delight, membuatkan Yaya berasa lebih tenang dan kurang stress walaupun dateline semakin hampir! Hihi. Lagi best, jangan lupa sapu losyen NIVEA Skin Delight sebelum tidur. Mesti korang akan rasa lebih selesa, berbau harum dan juga mendapat tidur yang lebih nyenyak. Bangun pagi pun kulit terasa wangi, lembut dan mulus okay! Jangan lupa dapatkan NIVEA Skin Delight tau! Yaya beli kat Watsons je hehe
NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan :
a) 250ml -> RM 16.50 (harga pengenalan : RM 11.90)
b) 400ml -> RM 21.90 (harga pengenalan : RM 17.50)
Amboi murahnya! Jangan lupa dapatkan NIVEA Skin Delight dengan harga pengenalan okay! Beli banyak-banyak buat stok. Hihi
Jangan lupa klik LIKE di https://www.facebook.com/mynivea untuk maklumat dan info menarik disana! #NIVEASkinDelight #OilinBodyMilk
Terima kasih sudi baca
hari tu ternampak dipasaraya. memang sedang ada offer. Lisa dah grap . hehe bau wangi and lembut je.. deodoran pun lisa pakai nivea dari dlu
ReplyDeleteBaru tengok iklan kat tv... macam best jer... mesti wangi ni.
ReplyDeletebestnyaaa. mesti bau wangi selalu :D
ReplyDeleteakak suka bau mawar!
ReplyDeletedah pakai..best wangi
ReplyDeletesuka sangat memang Wangi...
ReplyDelete