Sep 23, 2016

Eau Thermale Avène | Meredakan Masalah Eczema




Psst psst! Rasanya mesti ramai dah familiar dengan produk yang popular ni kan? Tapi kebanyakan dari kita masih tak tahu apakah fungsi dan kebaikannya. Kalau ada antara pembaca yang mempuyai anak, isteri, suami atau diri sendiri mempunyai masalah alahan kulit atau eczema, Yaya mohon semua baca sehingga habis okay!  


Antara produk Eau Thermale Avène yang berada dipasaran.

Sebelum tu, jom baca sejarah dan asal usul Avène  ! ^_^


Secara ringkasnya, penemuan air ajaib ini terjadi apabila ada seekor kuda yang mempunyai masalah kulit telah meminum air tersebut dan tuan kepada kuda itu terkejut kerana masalah kulit yang dihadapi kuda beliau telah pulih. Beliau mencari punca air minuman kuda tersebut dan akhirnya membawa kepada pembukaan Avène Hydrotheraphy Centre. Pusat ini telah merawat beribu pesakit setiap tahun untuk mereka yang mengalami masalah kulit dengan menggunakan rawatan semula jadi. Sehingga kini, pusat ini masih beroperasi di daerah Avène yang terletak di Perancis.


Inilah air ajaib yang pertama sekali dikomersialkan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah kulit iaitu Avène Thermale Spring Water.


Formula baharu Avène Extremely Gentle Cleanser Lotion Eau Thermale Avène dan Skin Recovery Cream Eau Thermale Avène ini pula telah dirumus dengan paten terkini iaitu Parcerine® . Kedua-duanya berfungsi untuk menenangkan kerengsaan kulit dengan serta-merta serta memberi perlindungan yang berpanjangan.


Tahu tak? Ramai lelaki dan wanita mempunyai kulit yang sensitif. Terdapat banyak jenis sensitiviti yang berbeza mengikut tahap masing-masing. Intolerant / hypersensitive dalam kebanyakan kes lebih memberi kesan trauma kepada pesakit akibat dari penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Oleh itu ,  kita harus menggunakan produk yang sesuai serta kandungan yang minimun dan semula jadi.



Produk Avène yang bakal Yaya review ialah Eau Thermale Avène Extremely Gentle Cleanser LotionEau Thermale Avène Thermale Spring Water dan Eau Thermale Avène Skin Recovery Cream. Ketiga-tiga produk ini sangat bersesuaian untuk meredakan kulit mereka yang mempunyai masalah Allergic dan juga Hypersensitive Skin.


Extremely Gentle Cleanser Lotion
Bagi Yaya, pembersih-tanpa-bilas ini sangat sesuai digunakan pada waktu pagi kalau korang nak dapatan kesan efektif apabila mencuci muka kerana teksturnya yang ringan berfungsi untuk membersihkan wajah yang bebas make up sekaligus melembutkan kulit wajah kita. Kita akan merasa kulit muka kita lebih segar dan bersih selepas menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Ianya di khaskan untuk membersihkan kulit wajah dan juga kulit dikawasan mata.

Cara guna :
Titiskan Extremely Gentle Cleanser Lotion di cotton pad, kemudian sapukan di kawasan kulit yang anda mahu sehingga rata dan bersih.

Review dari Yaya :
Pastikan wajah bebas dari make up sebelum menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Risau nanti tak bersih pula kesan dari sisa make up yang korang pakai. Sebab tu bagi Yaya kalau nak jadikan sebagai pencuci muka, utamakan penggunaannya pada waktu pagi sebab sah sah muka kita tengah bersih dan bebas dari make up kan? Paling kuat pun korang pakai krim malam je hihi. Btw memang best! Kulit muka kita akan rasa lembut sangat dan dalam masa yang sama mendapat khasiat semula jadi yang terkandung di dalamnya. ^_^


 Avène Thermale Spring Water


Yang paling best dan terpaling glamour dalam produk Avène haruslah Avène Thermale Spring Water hihi. Sebenarnya Yaya memang pakai Avène Thermale Spring Water ni tapi tak tahu pula fungsinya lebih dari sekadar bagi muka kita fresh. Haha noob betul Yaya ni kan. Sebab tu bila tahu khasiat dan fungsinya, habis satu badan Yaya nak spray. :p Mana taknya, ia boleh disembur selepas make up untuk membuatkan make up lebih fresh, mengurangkan kemerahan kulit akibat sunburn, melegakan luka, melegakan ruam bayi, membantu mengatasi kulit yang sangat kering, alahan, kulit sensitif, eczema dan lain-lain lagi.

Cara guna :
Korang bebas nak semburkan dimana-mana anggota badan yang korang mahu terutama di kawasan kulit yang sensitif dan mempunyai masalah eczema. Yang penting, jangan goncang Avène Thermale Spring Water ni sebab ianya memang bersifat alam semula jadi takut nanti bila goncang akan mengurangkan kualitinya dan merosakkkan pemacu spray tu. Hihi

Review dari Yaya :
Betapa Yaya amaze dengan Avène Thermale Spring Water ni, ceritanya jerawat kat dahi Yaya tumbuh 4-5 ketul mungkin kerana belum terbiasa dengan suasana di tempat baru ini. Mungkin juga jerawat tumbuh sebab hormon Yaya yang kurang stabil dan juga asyik terdedah dengan persekitaran yang berdebu di luar rumah dan asap masakan. Yaya memang alah dengan debu dan habuk cepat je muka ni gatal. Magic nya, lepas sembur Avène Thermale Spring Water ni sebelum tidur, bangun pagi keesokannya tengok jerawat dah kecut dah! Memang syukur sangat! Yaya juga ada masalah eczema yang tak serius (seperti gegata) bila kena habuk memang miang dan naik bintik macam kena gigit nyamuk. Sembur je terus rasa lega dan surut. So far, memang Yaya recommend kat suami dan juga ayah sebab mereka juga ada alahan gatal di bahagian keting kaki. Yang bestnya, alahan suami juga semakin mengecut dan pulih. Tak sabar nak tengok hasilnya dalam masa jangka panjang nanti. Yang penting kena konsisten ;)


Skin Recovery Cream 
Betapa Avène sangat menitik-beratkan kualiti produk mereka, Skin Recovery Cream ini telah di steril mengikut piawaian D.E.F.I (Device for Exclusive Formula Integrity) yang mana ianya berfungsi sebagai pengedap udara untuk menjaga kualiti produk dari tercemar. Skin Recovery Cream ini juga diperkaya dengan Parcerine yang pantas melegakan kerengsaan pada kulit dan memberi perlindungan yang berpanjangan kepada kulit sensitif. Ianya juga bebas dari bahan pewangi mahupun pewarna. 

Cara guna :
Oleh kerana ia telah di sterile, pastikan korang memicit Skin Recovery Cream ini dari arah belakang dan kemudiannya ke depan. Ini bagi memastikan kualiti dan kandungan Skin Recovery Cream ini terjaga dan sentiasa dalam keadaan baik. Sapukan di kawasan kulit yang sensitif dan biarkan ianya meresap kedalam kulit seketika.

Review dari Yaya :
Teksturnya yang sangat ringan dan lembut membuatkan daya serapan Skin Recovery Cream ini menjadi lebih cepat serta tidak melekit. Ianya juga memberi kesan lembapan, melegakan dan melembutkan bahagian kulit sensitif. Menariknya, selepas disapu dengan Skin Recovery Cream ini, bahagian kulit yang disapu itu akan menjadi lebih licin dan tidak mudah diserap oleh air melainkan bahagian itu dicuci. Dengan penggunaan yang konsisten, ianya akan terus membantu, menyihat dan memberi pertahanan semula jadi kepada kulit.


I Love Eau Thermale Avène dan akan terus menjadi pengguna setia produk Avène ! ^_^


Untuk maklumat lanjut : 



No Tel : 03-5569 4588

#MoreThanJustWater #UnderstandYourSkin #AveneMalaysia #AveneMY


Terima kasih sudi baca

12 comments:

  1. Thanks for sharing yaya. menarik ni. Bley recommend kat member sebab anak dia ada eczema.

    ReplyDelete
  2. senang la mcmni. biasanya ezema ni susah sikit rawatan dia .

    ReplyDelete
  3. emm..
    macam menarik je produk nih..
    terus teringat anak akak yang tgh ekzema tu..
    huhuu..

    ReplyDelete
  4. Wahhhh bagus produk ni...

    ReplyDelete
  5. Wah..yg ni lg best..packaging pun nampak versatile sgt

    ReplyDelete
  6. Macam best je ni.. Rasa nak cuba jugak laa..

    ReplyDelete
  7. Produk Avene ni sangat semulajadi dan tidak dicampurkan dengan pewangi. Makanya bau dia macam air segar macam tu. Hee

    ReplyDelete
  8. menarik ni cuba nanti produk ni...

    ReplyDelete
  9. Bagus nya produk ni, skrg ni banyak lambakan produk tapi yang ni macam wajib cuba kat Syahmk yang ade kulit sensitif n ezema sikit.

    ReplyDelete
  10. wahh.. macam best je ni.
    kulit muka akak sensitif sangat.

    p/s : sorry lambat balas kunjungan..hihi

    ReplyDelete