Pada 8 Oktober 2016 lalu, Yaya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran EyePCL yang pertama di Malaysia yang berlangsung di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini bermula seawal 10 pagi dengan ketibaan para tetamu. Yaya hadir bersama dengan BFF Yaya, Echa (dia tolong drive untuk Yaya sebab Yaya tak boleh pakai spec atau contact lens demi untuk mempersiapkan keadaan mata Yaya untuk Eye Examination hihi). Memang meriah bila nampak kelibat belon berwarna biru dan maskot yang sangat comel! Excited kita tengok dari jauh! Hehe
Tadaa! Selfie dulu dengan maskot OPTIMAX yang comel ni! :p
Kalau nak tahu, senang sangat nak cari OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam ni. Memang strategik sungguh kawasannya dan senang nampak. Lagi senang, korang guna je Waze. Terus sampai depan bangunan. Kalau dari Cheras dalam 28minit je ikut laluan Federal Highway ;)
Sementara menunggu majlis bermula, Yaya tertarik dengan maklumat yang diletakkan di sekeliling khemah. Sambil menunggu, kita boleh membaca tentang info, pengenalan dan servis yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam.
Pengenalan Optimax Eye Specialist Sdn Bhd
Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd adalah perintis terulung di Malaysia yang di iktiraf dalam industri penjagaan mata serta pembedahan laser refraktif. Sejak tahun 1995, Optimax telah merawat lebih 100,000 pesakit yang ingin mempunyai kebebasan visual atau melihat tanpa memakai kaca mata. Optimax juga mempunyai rangkaian yang sangat luas di bawah satu bumbung seperti Surface Advance Ablation (ASA), disesuaikan Femto-LASIK, Relex SMILE, Diimplan Phakic Contact Lens (EyePCL), Biasan Lens Extraction (RLE), Ortho-k dan RGP.
Oleh kerana sentiasa konsisten dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, Optimax kini menjadi Pusat Pakar Mata yang terunggul selepas dianugerahkan ISO 9001:2008 Certificate for Refractive Surgery in July 2008. Optimax adalah Pusat Pakar Mata yang pertama menjalankan Clinical Performance Audit by an independent auditor (HPMRS). Ini mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua. Akhir sekali, Pakar Bedah Optimax juga telah diaudit dan mencapai keputusan 99% dalam ketajaman fungsi penglihatan dan 100% dalam keselamatan.
Didorong oleh komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan di seluruh negara, Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd kini telah berkembang baik di Malaysia dalam tempoh hanya beberapa tahun. Optimax mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan meliputi bandar yang paling utama dengan hampir 100 kakitangan di Malaysia. Optimax juga mempunyai pasukan yang berdedikasi terdiri daripada doktor, optometris, perunding visual dan jururawat di 9 cawangan seluruh Malaysia. Selain berkemahiran tinggi, mereka juga dilatih dengan pengalaman bertahun-tahun dan komited untuk menyampaikan standard yang paling tinggi untuk penjagaan mata pesakit mereka.
Pengenalan Excimed Sdn Bhd
Excimed Sdn Bhd adalah pembekal khusus untuk produk penyelesaian yang berinovatif untuk diagnostik dan teknologi pembedahan untuk rawatan ophthalmology di Malaysia. Dengan pengalaman secara kompleks menggunakan kaedah ophthalmology selama bertahun-tahun, Excimed telah mempunyai rangkaian yang luas, pengetahuan yang tinggi dan kepakaran yang teknikal dari pengasasnya.
Excimed cemerlang dalam menongkah arus teknologi dan mencari penyelesaian yang tidak terdapat sebelum ini. Sama ada dalam bidang pemeriksaan, diagnosis atau pembedahan, Excimed mempunyai hasrat yang mendalam untuk menyumbang kepada objektif tertinggi ophthalmology iaitu menyelamatkan dan memulihkan penglihatan.
Jom baca mengenai servis top terbaharu yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam selain daripada rawatan lasik.
Pengenalan EyePCL
The Implantable Phakic Contact Lens yang lebih dikenali sebagai EyePCL adalah sekeping kanta lembut yang diletakkan di dalam ruang mata yang mana ianya berfungsi untuk memberikan penglihatan yang jelas buat mereka yang mempunyai masalah rabun mata. EyePCL langsung tidak mengubah keadaan dan fisiologi mata si pemakai malahan memberikan keselesaan yang maksima selepas beberapa hari pemakaian. EyePCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm untuk membetulkan penglihatan mata. Mampu menangani masalah mereka yang rabun sehingga +15D to -30D with cyl up to 8D, ianya di perbuat daripada bahan akrilik Hibrid untuk memastikan prestasi penglihatan sentiasa di tahap yang terbaik dalam jangka panjang.
EyePCL akan diimplan di dalam mata iaitu di antara Iris dan kanta semula jadi. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2,8 mm bagi membetulkan sfera, silinder atau masalah mata yang lain di dalam sistem optik mata. Apabila ia ditanam ke dalam mata, EyePCL akan kekal selama-lamanya tanpa memberi kesan negatif kepada si pemakai. EyePCL juga boleh dikeluarkan atau diganti dengan EyePCL yang lain jika penglihatan si pemakai berubah dalam suatu tempoh masa. Contohnya, power si pemakai makin bertambah dan hendak diganti dengan lensa yang baru.
Lensa yang digunakan juga akan disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata. Tidak perlu menunggu lama, lensa si pemakai akan siap dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh tempahan. Menariknya, proses mengimplan EyePCL kedalam mata ini tidak mengambil masa lebih dari 15 minit. Memang terbaik!
Breakdown / Kejayaan disebalik Teknologi EyePCL
-EYEPCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang menggunakan posterior chamber phakic IOL, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm.
-Diperbuat dari Reinforced Hybrid Acrylic Material untuk memastikan prestasi jangka masa panjang.
-Keluasan power range dari + 15D to -30D with cyl up to 8D
-Setiap kanta lensa disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata pesakit
-Phakic IOL yang digunakan mempunyai banyak kelebihan termasuk pembetulan keluasan Myopia, Hypermetropia, Astigmatism dan Presbyopia di dalam mata.
-Menggunakan bahan yang selamat dan Halal.
-Dijamin tidak mempunyai komplikasi yang berbahaya dan lensa boleh dibuang pada bila-bila masa mengikut kemahuan si pemakai.
Menarik kan?
Lepas ni tak payah susah-susah pakai spec atau contact lens . Dengan teknologi EyePCL, si pemakai akan merasai penglihatan yang menakjubkan seperti memakai dua alat tersebut! Jom kumpul duit dari sekarang! Hihihi
Disekitar Majlis Pelancaran EyePCL yang bertempat di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam
Ucapan dari Dr Nor Zainura Zainal dari OPTIMAX
Ucapan dari Mr. Wolfgang Bloss dari ExciMed
Sesi soal jawab dan perkongsian dari pesakit yang telah menggunakan teknologi EyePCL. Kini beliau tidak lagi berkaca mata dan bebas melakukan aktiviti lasak yang beliau cintai. Tahniah awak! :D
Majlis pelancaran yang meriah ketika di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam
Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX
Jom jalan-jalan di bangunan OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam.
Terdapat bahan bacaan yang disediakan sementara menanti keterangan dari pakar mata anda.
Yaya dah bersedia untuk membuat pemeriksaan mata. Wehuu!
Ini adalah Encik Izwan yang merupakan pegawai optometrist yang akan memeriksa keadaan mata Yaya. Beliau memang peramah dan sentiasa menjawab soalan Yaya dengan tenang dan lancar. Terbaik! Hehe
Ini adalah bilik pertama untuk pemeriksaan mata. Seperti biasa, pemeriksaan ini diambil untuk menguji sejauh mata ketajaman mata pesakit.
Sama juga dengan alat pemeriksaan mata yang seterusnya, Yaya cuma ikut je arahan Encik Izwan bagi memudahkan beliau melakukan ujian kepada mata Yaya. Hee
Masa ini mata Yaya dititiskan dengan tiga jenis cecair yang berlainan. Cecair ini berfungsi untuk memberikan gambaran jelas terhadap mata Yaya untuk pemeriksaan yang seterusnya. Sementara menunggu cecair itu meresap sepenuhnya kedalam mata, Yaya harus menunggu selama beberapa minit.
Inilah mesin yang terakhir yang memberi gambaran jelas tentang keadaan mata Yaya yang sebenar. Silau dia jangan kata. Tapi kena tahan sebab kita nak dapatkan keputusan yang tepat untuk mata kita. Uzu pun ada masa ni. Menjerit dia tahan silau. Hihi
Ini adalah keputusan akhir bagi keadaan mata Yaya. Risau juga bila power semakin bertambah ni. Lepas tu Yaya di beritahu terdapat sedikit pendarahan di dalam mata Yaya tetapi ianya tidak mengganggu penglihatan. Yaya yang risau, terus stop kejap pemakaian contact lens. Hahaha! Apa-apapun, Yaya sarankan kepada korang semua untuk buat Eye Examination Test ni sebab ia akan berikan keputusan yang tepat! Lepas tu boleh decide untuk sentiasa menjaga kesihatan mata okay? Lagi best kalau dapat buat lasik atau EyePCL. Fuhh!
Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX yang sporting! ^_^
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.optimax2u.com/
Official Facebook : Optimax - New Vision New Life!
Instagram : @optimax_eye_specialist
Email: shahalam@OPTIMAX.com.my
Tel: +603-5510 2535
Fax: +603-5512 0092
Address:
50G & 52G, Blok 3,
Jalan Pahat G15/G,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Berkerja:
9.00am - 6.00pm
Selasa hingga Sabtu
Terima kasih sudi baca
Detail gak dia check..teruja plak k.sal nk try
ReplyDeleteakak pun kena buat pemeriksaan mata nampak gayanya ni. Terfikir juga nak buat lasik cuma kena kira syiling dulu la hehehe. Terima kasih yaya suggest eye pcl ni :)
ReplyDeleteMenariknya. Takut jugak.. sbb mata sgt2 sensetif kan
ReplyDeleteWahhh
ReplyDeleteBagus ni akak nak try tanya harga lasik sambil tu nak try contact lense utk husband akak.
As salam sis, kiranya kena tersebut tiada unsur kandungan gelatin babi ke sis? Brp harganya?
ReplyDeleteberapa kos dia ye?
ReplyDelete