Siapa kat sini peminat fesyen dari jenis tempatan mahupun antarabangsa? Yaya percaya ramai pembaca Yaya kebanyakannya cukup pandai bergaya dan sentiasa peka dengan fesyen terbaru masa kini. Walaupun tidak secara berlebihan, Yaya percaya korang semua mesti ada salah satu koleksi jenama terkemuka seperti di bawah ini kan? Tak kiralah dari jenis pakaian, kasut atau aksesori, kita akan sentiasa tertarik dengan jenama seperti di bawah kerana gaya dan fesyen yang diketengahkan sentiasa mengikut peredaran masa.
Siapa kata kalau jenama seperti di atas mahal-mahal harganya? Kalau bijak memilih dan membeli, pastilah kita akan menang memakai. Paling suka bila shopping barangan Vincci yang sangat berpatutan harganya. Yang penting, kena sentiasa alert dengan promosi yang diadakan di kebanyakan website pengiklanan. Nak berfesyen dari hujung kaki ke hujung rambut pun tiada masalah dah lepas ni. Zaman sekarang dengan waktu kerja yang sibuk dan waktu hujung minggu pula untuk kita berehat, kebanyakannya lebih bijak memilih untuk membeli secara online. Betul tak? ;)
Kalau nak tahu, Yaya perasan lama dah. Kadang-kadang saiz, pakaian atau aksesori yang kita mahu itu tiada di certain butik tetapi available di website. Memang tak payah bersusah-payah dah nak keluar menghadap jammed, tol, kos minyak semata-mata untuk membeli persalinan yang korang mahu. Klik klik , add to cart, buat pembayaran dan tadda! Barang belian korang tiba di depan pintu.
Baik lelaki mahupun wanita zaman sekarang, mereka lebih gemar membuat pembelian secara online dan kebanyakannya lebih murah daripada membeli di butik! Yang ni memang pengalaman Yaya sendiri tau. Masa nak cari barang hantaran untuk perkahwinan, Yaya nak beli jam yang agak berjenama untuk bakal suami ketika itu dan mula membuat survey di butik bersama beliau. Yelah nak beli barang mahal biarlah yang dia betul-betul suka kan? Lepas tengok harga di butik, terus rasa nak tercekik air liur sendiri. Mahainya nak dekat seribu woo! Tapi hati Yaya tekad nak belikan juga jam yang sama untuk suami. Lepas Yaya survey di beberapa website, terus gembira tak terkata sebab ada sale untuk jam itu hampir separuh harga! (dan yang penting original dan terdapat warranty serta bekas yang sama seperti di butik) Apa lagi terus Yaya beli sebelum tempoh diskaun tamat. Hehe, Nak dapatkan diskaun dan lihat fesyen serta aksesori terbaru? Jangan lupa klik SINI
Bagi Yaya, kebanyakan lelaki lebih menerapkan prinsip, "Biar barang tu mahal, asalkan boleh pakai selalu dan tahan lama". Betul tak perumpamaan ini? ;) Baik dari baju, seluar jeans, jam, dompet dan sebagainya, pihak lelaki lebih memandang kepada keselesaan dan kualiti bagi sesuatu barang. Seperti jenama Levi's , Timberland, Fossil dan lain-lain seperti di atas, kebanyakannya adalah jenama kegemaran bagi lelaki.
Ironinya, pihak lelaki juga tidak suka berlama-lama di shopping complex dan meredah segala kesesakan untuk membeli barang yang mereka ingini. Jangan tak tahu, zaman sekarang juga lelaki lebih gemar membeli secara online! Contoh terdekat ialah ayah Yaya sendiri. Pandai-pandai dia je beli barangan secara online tanpa tanya kita. Yela kita ni risaukan dia takut kena scam ke apa kan. Tapi rupanya dia beli di website yang memang boleh dipercayai. Malahan dengan harga diskaun pula tu. Bijak ayah saya ;)
Jujurnya, Yaya sendiri seorang pencinta membeli barangan secara online. Selain mudah dan menjimatkan masa, kita akan terasa seperti mendapat hadiah dan surprise bila nak buka barangan tu hihihi. Boleh kata itu adalah salah satu faktor Yaya membeli secara online. Korang pula macam mana? Kalau korang berura-ura nak beli barangan secara online, pertama sekali yang korang kena buat ialah semak aktiviti terbaru di SALEDUCK dahulu untuk dapatkan diskaun istimewa yang sentiasa berlegar-legar di sana untuk website membeli-belah yang korang selalu terjah. ;)
Terima kasih sudi baca
memang betul.. lisa pun suka online je . lagi senang. kat sni tk bnyak shopping complek ..tak banyak plihan so kena online la. aritu pernah tengok gak saleduck... bnyak diskaun hehe
ReplyDeletesetuju..sekarang nie ramai org lebih suka shopping online. Cuma kne slalu follow up untuk dapat best price and promosi.
ReplyDeletezaman sekarang ni semua di hujung jari jer. boleh elak dari bayar tol dgn kesesakan lalu lintas lagi
ReplyDelete