Dah bersedia nak tengok hujan gambar makanan sedap-yang-tersangat? Tarik nafas lepas tu decide nak bawa orang tersayang korang makan yang mana okeh!
Izinkan saya throwback kembali sebuah cafe comel tetapi gah dengan pelbagai menu yang disajikan. Bila Yaya mention "pelbagai menu", korang kena set dalam kepala menu yang ada di Owlery cafe bukanlah setakat 5, 10, ataupun lapan belas. Masa belek-belek menu, dengan tidak semena-mena Yaya jaw drop. Menu di Owlery Cafe ada lebih 40 jenis menu okay! :O :O :O (Bersama kakak sayang Diya Nadia dan Ida Baharum)
Mohon bersabar. Yaya nak bawa korang jalan-jalan dulu sekitar cafe comel ni. Bertemakan karakter burung hantu "Owl" yang sangat comel, maka sesiapa sahaja yang melangkah ke cafe ini pasti merasa teruja untuk menikmati hidangan yang disajikan.
Disini, turut terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain tau. Bagi Yaya, pemilik ni memang sangat kreatif dan bertimbang rasa. Yelah, budak-budak mana nak duduk diam setempat dalam tempoh yang lama. Lepas je depa kat sini, ibu bapa terus boleh makan dengan tenang sambil perhati mereka. Yaya pulak yang geram dengan set permainan dapur tu. Rasa nak join je. Hihi
Nak buat gathering kawan kelas sekolah menengah pun boleh! Yang penting buat reservation dulu.
Tak sabar ke bang. Sat lagi makanan sampai :p
Soup of the day. Masa Yaya datang, kami dihidangkan dengan pumpkin soup. Fuhh memang terangkat dengan kepekatan sup dia.
Prime Starter - RM 22
Nak cuba big breakfast ala omputih? Memang terbaik Prime Starter ni. Portion dia besar dan banyak pula tu! Kenyang dari breakfast sampai Hi Tea ^^'
Owl Pillow - RM13
Owl Garden Salad - RM16
Tuna Classic Cold Sandwich - RM14
Mempunyai pilihan samada korang nak Tuna, Ayam mahupun Telur. Yang pastinya memang sedap, segar dan mengenyangkan.
Grilled Beef Steak - RM20
Shredded Lamb - RM20
Sumpah memang terbaik! Ni merupakan favorite Yaya. Gila engko besar gila kot sekeping tu. Apa lagi pulak 2 keping penuh inti daging kambing bersama roti luar dia yang panas rangup tu. Tak habis boleh bungkus pastu panaskan kat rumah perghh memang kalau tak cuba korang tak awesome. Hahaha *nampak nau Yaya ni peminat kambing
Cheesy Crispy Nachos - RM13
Sangat rekomen kalau korang nak chill chill lepak lepak kat sini. Layan gila weh makan ni. Limpahan cheese dia macam nak bergaduh. Banyak betul! Puas hati! :D
Chicken Buritos - RM10
Owlery Fish N Chips - RM20
Kalau datang lagi memang akan order yang ni lagi. Memang sedap gila. Tak tipu sedap gila. Fresh betul isi ikan tu. Berebut makan dengan Shawn. Hee
Cheezy Spring Chicken - RM28
Antara steak yang menjadi dambaan pengunjung. Power power steak kat sini.
Tiger Prawn Fried Noodle - RM18
Gemuk gemuk udang dia. Memang puas hati makan mee goreng ni. Selain menu hidangan barat, Owlery Cafe juga menghidangkan menu citarasa Asia tau.
Spicy Chicken Wing - RM18
Macaroni and Cheese - RM15
Nyum nyum sedap gila macaroni and cheese ni weh. Apehal murah sangat. Geram betullah. Kalau kat tempat lain mana nak dapat harga macam ni. Banyak kot cheese dia.
Asian Lamb Penne - RM20
King Prawn Pesto - RM24
Spicy Seafood Pescatora - RM28
Mushroom Medley Alfredo - RM18
Malas nak cakap banyak. 18 bintang Yaya bagi. Favorite weh. Sedap gila makan sampai rasa taknak share dengan orang lain. Hahah
Beefy Madness - RM25
Chicken Supreme - RM25
Ceasar Salad Smoked Salmon - RM19
Asian Smoked Chicken with Mango Salad - RM16
Ceasar Salad Grilled Chicken - RM18
Owl & Roll - RM14
Pan Crispy Norwegian Salmon - RM25
Aussie Rib Eye Steak - RM38
Grilled Lamb Company - RM38
Huwaaa sedap! Kerana Yaya sememangnya penggemar hidangan kambing, memang Yaya sangat puji kesemua hidangan kambing disini. Memang sangat sedap. Sos dia pun win!
Steam Mackerel Fried Rice - RM18
Buat penggemar nasi jangan risau kat sini juga menyajikan nasi. Yaya faham kalau tak dapat nasi sehari tu rasa nak pedih perut lepas tu rasa tak puas je kan? Yaya tahu la sebab Yaya ni pun hantu nasi perut kampung. Mesti nak kena makan nasi juga dalam satu hari. Hihi. So boleh cuba Steam Mackerel Fried Rice ni okay!
Iklan kejap. Fuhh banyak betul menu kat Owlery Cafe ni. Dahla semua sedap-sedap. Senak perut kita awaa~ ^_^
Egg Florentine - RM14
Bread Bruchetta - RM10
Penat scroll? Kalau nak tahu menu diatas ni cuma sebahagian sahaja okay. Ini sahaja yang Yaya sempat makan ketika berada disana. Banyak lagi menu sebenarnya tapi diatas ni boleh dikira antara yang top la. Hihi. Dah jom kita tengok menu dessert yang comel comel buat orang sayang nak makan. Haishh
Owlayaki With Red Bean - RM10
English Pancakes - RM12
Brownies with Ice Cream - RM12
Bread Butter Pudding With Ice Cream - RM10
Selain dari menu dessert yang comel, sedap dan kreatif, hidangan minuman di Owlery Cafe ni juga tak kalah dengan pelbagai jenis minuman dari sebiasa-biasa air sehinggalah ada menu Mocktail (memang unik sebab ada garam di bibir gelas dan harus diminum bersama supaya terasa kesedapan air itu), ice blended, milkshake, coffee dan macam-macam lagi! Kena datang cuba sendiri okay!
Maka dengan itu sekianlah sahaja entri yang melaparkan Yaya semula ini. Wajib bagi korang untuk pergi dan rasa sendiri menu dan hidangan di Owlery Cafe. Serius cakap memang best, unik dan kreatif para tenaga kerja dia dari ruang depan sehinggalah ke ruang dapur. Siapalah chef yang masak tu kita rasa nak bagi dia hugs je (kalau dia perempuanlah haha). Yang pastinya pemilik Owlery cafe ni perempuan tau cantik sangat orangnya kecil molek dan diusahakan bersama ahli keluarga beliau juga. Semoga terus maju jaya kaya berjaya Owlery Cafe! Dengarnya dah mendapat liputan sampai ke TV3! Weewit! Tahniah! :D
Owlery Cafe
Alamat: No. G-6 Jalan Dagang Avenue Ampang (Sebelah Kedai Baju BMO, 7E)
Telefon: 03-4287 9639
Buka Setiap Hari 12PM - 12AM kecuali hari Isnin
Facebook: www.facebook.com/owlerycafe
Instagram: @owlerycafe / #owlerymenu
Terima kasih sudi baca
uihh...menyelerakan sungguh hidangan kat owlery ni kan
ReplyDeletepuas hati makan kat sini..sedap.. lagi best sebab ada tempat tuk anak2 main.. mak ayah boleh makan dengan relax je hahaa
ReplyDeletemak ai..sdap2 menu dia..:)
ReplyDeleteentry ni mengundang betul...hahahaha
ReplyDeleteentah bila la ada rezeki nak terjah cafe hubs rara nih...
yaya..yaya perasan gambar atas dan bawah kak diya ngn ida memang jadi bodyguard yaya ek..hihi..apepun serius cantik kafe dier org ni...
ReplyDeleteHomaiii menarik sangatttt makanannya... Boleh pergi hunting kat sini nanti... sedapnyaaaa
ReplyDeleteamboi menu nya.. bukan main lg! semua best. =)
ReplyDeleteAdohai tgok makanan semua ni sgt menduga nafsu..
ReplyDeletebestnya makanan :D
ReplyDeletewow. hipster sgt... hehe.. boleh ajak khaleesi mini date :D
ReplyDelete