Letak gambaq satu sebagai mukadimah menaikkan semangat sendiri. -.-'
Walaupun dalam realiti, diri ini lebih banyak menggunakan bahasa pengantara diri sebagai yaya, saya, I you dengan orang sekeliling (kebanyakan saya awak, yaya) tapi bila berblog rasa tak puas dan tak sampai isi kandungan kalau tak pakai 'aku'. Rasa skema je dan kena sopan juga bahasanya. Tak puas.
Jadi izinkan saya menggunakan aku. :) *senyum tapi muka rebel.
Aku mengaku sejak sejak ni telah jatuh obses dengan Ku hariz, dan kawan kawan hampir berang dibuat aku gara gara letak poster atas ni as default picture group assignment kat group whatsapp. haha. Dan aku nekad mengampu dua sahabat gonjengan aku iaitu Ila dan Aina untuk pergi sama sama menonton teater monodrama ni. Serius talk aku tak pernah tengok teater apa lagi lawak ke der di istana budaya. Walaupun teringin nak pergi, tiada satu pun yang membuatkan aku benar benar mahu pergi. Sehinggalah aku tengok cerita "Nama Aku Beng" dan menamakan lelaki in future aku sebagai Ben. *taktahu apa mimik muka yang korang buat bila baca ayat terakhir ni.
.
.
.
Tapi tak semudah itu ranjau dan durinya. Call tak dapat. Sistem dia down kejap hari tu. Sampai sangguplah aku pergi Maybank isi borang segala sebab nak aktifkan semula Maybank2u dan daftar TAC untuk beli tiket online. Betapa gigih. Dan aku percaya cerita ni best berdasarkan segala info yang telah aku baca mengenai teater ni. Teater ni arahan Raja Azrey which is aku minat dia dari cerita Blok 404 tu. Gila psiko kau dia tu. Memang talented. Kelakar pun ye. Ku Hariz pun kelakar gila dalam Jodoh 2 tu aduhai. Dan kalau siapa yang tengok cerita Puteri Malam, dia berlakon jadi Farid. Memang dia talented gila la memang boleh pergi jauh. Tak, aku puji ikhlas. Bukan sebab suka dia sangat ke apa. Dia dah ada girlfriend pun. dan aku jadi minat kat girlfriend dia pula sekarang ni. hee
So kepada sesiapa yang masih tak tahu mengenai teater ni, segala info ada dalam poster kat atas. Dari 15 - 18 Mei (Khamis - Ahad). Aku pilih hari jumaat dan tak jadi lah pergi hari sabtu. Dah beli tiket pun. Seat baik punya. hee
(lagi sikit nak berdarah hidung)
Btw, teater ‘Monodrama Lagenda Datuk Dol Said’ ni mengisahkan perjuangan Kerajaan Naning sewaktu pemerintahan Dol Said yang menentang British kerana isu pemungutan cukai.
Trust me. Takkan bosan. Takpe nanti aku dah pergi aku review cerita ni. Janji akan berlaku telus.
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment