May 10, 2014

Tahu tak Hari Ibu bila?


Assalamualaikum semua! 

Kalau nak tahu, tarikh perayaan hari ibu adalah berbeza bagi setiap negara dan negara kita Malaysia tercinta meraikan hari ibu pada minggu kedua bulan Mei iaitu pada 11 Mei 2014 untuk tahun ini. Clapping Hello Kitty animated emoticon


Yaya percaya semua orang mesti sayang ibu dia kan. Kepada kawan kawan yang ibunya sudah pergi menghadap Ilahi, hari hari lepas solat subuh sedekahkan Al-fatihah ya. Walaupun parents yaya masih ada lagi sihat Alhamdulillah yaya sentiasa sedekahkan Al-fatihah utk mereka. Sebab yaya ada baca kalau kita sedekahkan Al-fatihah utk parents kita in sya Allah rezeki kita akan dipermudahkan. 


Macam ibu yaya, dia particular ye hari hari penting camni. Dia diam je lepas tu tengok anak dia ingat ke tak. Wish ke tak. Kiss hug dia ke tak. Sajalah tu nak uji anak sendiri. 


Ibu yaya ni garang okay. Lebih kurang yaya la. haha. Pernah, kalau dia jerit nak panggil adik balik sebab dia tu memang, hari nak gelap tak reti balik. Bergegar jugalah rumah sampai jiran keluar tengok. haha. Tapi sekarang ibu tak jerit dah. Dia lebih penyabar sekarang. Tapi adik yaya tetap tak lupa yang dia punya dua kakak yang ada tone nyaring seperti ibu.


Bagi yaya, ibulah segalanya. Penawar duka pengubat hati kawan bergaduh dan tempat bermanja. Bila sedih, stress, lepas nangis, mesti call ibu tapi kawal nada lah jet jet tak nangis dan berlakon happy gila suaraku. muehehe. Kalau nak balik rumah, mesti ibu tanya nak makan apa. Sampai tak kisah la dia masak apa. Nasi panas, sambal kering cili padi pun dah sedap sangat dah bagi yaya. Auw. terkecuq pulak. Puasa ni. 

Selamat hari Ibu Puan Zaliah. Orang sayang sangat kat Ibu! :')




Macam mana dengan ibu korang pula? Jangan lupa wish dia ya. Kita tahu selalu perempuan memang sweet akan wish ibu dia dan bagi hadiah. Tapi lelaki jarang. Sebab malu lepas tu segan nak cakap. Tak payah cakap depan depan pun takpe bagi je message ke whatsapp ke. Mengertilah. Ibu, mama, mak, umi, mummy korang mesti sebak terharu kalau korang wish dia. Lepas tu, bagitahulah mintak maaf segala salah silap dan cakap yang korang sayang sangat kat dia. Hee. Nanti mesti dia baik je lepas tu masak sedap sedap! Buat tau!


Bye! 




*ketahuilah kamu bahawa hidupmu berkat kerana doa ibumu. Jagalah hati dia. 
Buat mak mertua, yaya janji yaya akan jaga mak mertua molek molek deh. :p




Terima kasih sudi baca 



1 comment: