Bismillah. Again.
Assalamualaikum semua!
Ya Allah rindunya blog yaya ni. Hampir 2 tahun lebih juga yaya rehat dari dunia blog. Sejak masuk uitm (now dah tahun akhir) takde langsung entry yang yaya publish. Ada sebenarnya tapi semua tergantung dalam draft :')
Sebelum tu, yaya nak ambil berkat dalam bulan Rejab ni untuk ucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa sunat. Dan juga nak panjat syukur rezeki yaya semakin murah sekarang. Alhamdulillah Alhamdulillah. Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ye. Kasih sayang, ibu ayah, kawan-kawan yang baik disekeliling kita juga salah satu nikmat rezeki. Remember?
Kadang - kadang kita lupa. Tuhan bagi kita nikmat bahagia. Tapi kita kufur. Bila tuhan uji, tarik sikit bahagia tu, jatuh terjelepuk luka berdarah baru kita nangis sungguh - sungguh. Bukan sebab kita hilang rasa bahagia tu, tapi kita rasa jiwa kita turut sakit kerana rasa pencipta kita dah merajuk tak mahu kawan kita sekejap. Mungkin Allah tak redha kat kita. Lepas tu, baru kita merintih. Cari Dia. Mohon jangan tinggal kita lagi.
.
.
.
Sekarang. Mula rasa jiwa dah sembuh. sihat sikit. Walaupun tak sembuh sepenuhnya, kita percaya, Allah sentiasa ada dengan kita. Kena percaya tu. Bangkit semula. Cari redha Ilahi.
Dan sekarang, yaya bersemangat ni. BERSEMANGAT.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Kuatkan hati kita jiwa kita untuk sentiasa mencari redhaNya. Hargai manusia sekeliling kita dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam menjaga hubungan diantara manusia. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Aamiin ya rabb.
Doa yang baik-baik. In sya Allah datang yang baik-baik. Kan?
.
.
.
Antara kesayangan beta. Tak ingat sem berapa. hewhew
Terima kasih sudi baca
syukur Allah beri petunjuk pada kita... musibah tu kekadang cara Allah suruh kita ingat kat Dia...
ReplyDeleteWow ! Lamanyaaa Yaya menyepi. Welcome back. ^^
ReplyDeletecomelnya header dia. . hehee
ReplyDeletebtw hye kita follower u yg ke 1013. blogwalking from produk review and salam perkenalan :)
welcome back kak yaya :D hihi
ReplyDeletewelcome back yaya!
ReplyDeletesalam perkenalan dari group projek Legacy Secret Product :)
yayy akak yaya da update!! :)
ReplyDeletePerghh. Dua tahun menyepi. Hehe. keep updating ek! :)
ReplyDeleteLama sangat Yaya hilang kan. Nah jawab liebster ni cepatttt. :P
ReplyDeletehttp://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-puan-husna.html
hai yaya comelll.
ReplyDeletehttp://hannahsytieh.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-nuriesyanadia.html
nah... bukak link ni and jawab tau. hehe :)
slmt berkenalan