May 29, 2014

Senaman mudah dan paling senang untuk perempuan. Jom.

Assalamualaikum semua. 

Bila cuti seminggu ni, walaupun assignments dalam kuantiti tons, sempat lagi update blog. haishhh
Lagipun cuti ni tak kemana pun. Duduk rumah je. Jadi nanny ambil adik pergi balik tuisyen, kelas tambahan, pasar etc etc but then rasa memang ni la kita akan buat bila dah berumahtangga nanti kan. 


Since yaya nekad dan sangat bersemangat dan juga rajin nak fitkan lengan sekarang. Nak bagi lengan keras sikit je. Takde lah lembik sangat. Masa part time kat cafe maktab tu dah rasa macam badang dah. Badan sakit sebab muscle mula nak keras. Mana tak nya 7.00 pagi - 1.00 pagi. What an experience betul. Tapi lepas masuk belajar balik lemau balik. -___-


Cuti ni ambil kesempatan bermula semula. jyeah.


So bagi perempuan jom kita buat senaman mudah. Terutama yang kurus kurus tuh. Nanti takde lah senang patah riuk sebab terkehel sikit. eh minta simpang.

Jadi bahan bahan yang diperlukan ialah :

1. Dumbbell 1kg (ikut kemampuan dan berat badan)
2. Hand Grippers
3. Tubuh badan yang cekal (macam lah yaya cekal sangat)




Hand Grippers




Hand Grippers ni terus terang yaya cakap masa mula mula tak larat gila nak tekan. Memang lemah betul tangan yaya ni. Bila dah lama lama practice, so far so good. Tangan rasa kuat sikit. Angkat barang pasar pun boleh bertahan lama sikit.


Benefits amalkan Hand Grippers :

1. Membangun otot lengan
2. Ketahanan tangan
3. Peningkatan kekuatan tangan



Dumbbell



Ok so untuk dumbbell 1 kg, yaya suka buat depan depan cermin. Kebetulan ada cermin panjang bajet kat gym lah kan kita heyahh heyahh depan cermin. Kalau tengah tengok tv pun yaya buat. Kena pulak movie best. Sambil tengok sambil buat senaman ringan ni. Sedar sedar mungkin dah ratus kali dok buat. huhu



Sebenarnya bagi permulaan, dia ada kiraan set dia. Tak boleh terus bantai buat nanti dia punya sakit.. adoy. Serik pulak kang nak buat lagi.

So ikut lah buat macam set 1 : 10kali , set 2 : 30 kali , rehat seminit jap lepas tu sambung lagi 30 kali. Tapi bila dah biasa buat, steady je boleh pung pang 100 kali dua belah tangan. 


Ayah yaya yang ajar cara senaman ni sebenarnya. Dia accident sebelum ni jatuh motor terkena bahagian bahu. Jadi doktor suruh ayah amalkan senaman tangan & lengan untuk kuatkan balik otot tangan ayah.

Yaya selalu buat macam bawah ni je.
(maafkan gambar kalau tak elok. perut semua tu tipu tu salah seluar dengan cardigan berlapis pakai baju. haha)




Gambar 1 : Hand Grippers sebanyak yang mampu
Gambar 2 & 3 : Action macam orang angkat dumbbell 5 kg up and down sebanyak yang mampu
Gambar 4 : Hayun dumbbell 180° darjah semampu boleh. (untuk bahu sekali)


Benefits main dumbbell :

Bagi yaya sama je dengan hand grippers rasanya. Nak kuatkan lengan, nak ada muscle comel, taknak lengan lembik nanti melayut sangat kalau dah tua. hihi. So far lengan yaya takde la keras sangat. Kena sabar juga lah nak buat ni sebab yaya buat masa kat rumah je.





Dan senaman ketiga yang yaya buat ialah squats. Selalu paksa member semua buat. Sampai sakit sakit diorang. Tapi lepas tu, memang umph la tengok diorang punya. hihi nakal kan.

Nak tunjuk yaya buat tak boleh kang dibenci masyarakat. haha

So ni gambar yang yaya dah edit dari Google bagi korang nampak gaya nak buatnya. Kalau tunjuk gambar ori mau nya jadi tak sesuai untuk tontonan umum.

Squats


Make sure badan kena 90° darjah.

Mula mula buat dia punya cramp jangan cakap aa. Bangun tidur rasa terkengkang juga nak pergi toilet. haha. Tapi bertabahlah. Bukan untuk siapa siapa. Untuk kita jugak. 


Benefits squats :

1. Membentuk tubuh badan ideal
2. Membakar kalori
3. Keseimbangan badan (untuk kekuatan kaki)
4. Stamina (untuk jogging)
5. Mencantikkan bentuk punggung kita
6. Untuk kepuasan diri. err.

Ni jadual nya kalau nak ikut.









Kalau korang rasa tak best semua senaman mudah kat atas, korang boleh cuba senaman mudah yang lain macam kat bawah ni. Ni untuk dapat kaki yang lebih seksi. Yaya buat juga tapi tak rajin. haha. Selamat mencuba! 





Bye! 


Terima kasih sudi baca  



16 comments:

  1. pernah try buat kevin zahri punya circuit training. consist of squat and etc. sumpah esok pagi sakit badan tapi best. tapi sesak jugak la bila gelak2 pastu perut kejang. hihi.

    ReplyDelete
  2. Perempuan je ke? laki x bleh? hahaha.. btw salam kenal dari SM. jemput singgah blog kalau sudi :D

    http://santanmanis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Dah bookmark. Nak kurusss! Thanks yayaa!

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh. nak kurus gak. ok bleh amalkan!! Nak punggun kempiskan perut ni. hehe.

    -www.ruby.my-

    ReplyDelete
  5. Rajin yaya...
    Tp kalo kita buat squat..aiyakkk....terasa cm dah tua pulak bila otot2 gigil...hahaha
    Part paling suka buat sit up dan planking je..tu pun nk kempiskan perot yg shomel ni...haha

    ReplyDelete
  6. oh bestnya squat memang bagus. saya selalu buat kalau join aerobik. Confirm sakit kaki besoknya :)

    ReplyDelete
  7. jalan2 cni..
    memula sakit wooo nk buat squat nih..

    =)

    ReplyDelete
  8. ok best jom nak try squat

    ReplyDelete
  9. Wahh...Thanks ya. Lama dah saya cari Senaman yang simple mcm ni. Pasni sure kaki dan peha i cantik...hahaha

    ReplyDelete
  10. apa maksud 50 squat tu? tak faham la, nak kena buat 50 kali atau mcam mana ?

    ReplyDelete
  11. Zalieka2:56 PM

    Mak ai. Kalau workout + pemakanan yang betul, boleh berkesan dalam masa yang singkat ni. Gud info. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

    >>> Kurus & Sihat Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  12. assalam...sy mmg dah gemuk...huhuhukk..60kg ni..sblum kawin berat sy dlm 45..47 je paling berat...bila anak 2 pun mcm tu..tapi bila anak 4 ni...berat bdn mendadak naik...sediiih sgt baju semua byk sendat.. uwaaaa...google2 jumpa blog ni cara senaman dirumah...mana nk cari dumbble tu?..lenggan sy mmg nmpak sgt gemuknya...nk usaha gigih dah ni...susah la gemuk rupanya...dulu masa sekolah2 nk sgtla gemuk sbb kurus sekeping sgt...skrg ni..xnaklaaa...uwaa

    ReplyDelete
  13. Kremm pehaa bt squatt oii..kenkangg nk jalan p opis..haha

    ReplyDelete
  14. Wow ! Thx a lot for the tips ^^ Very useful .

    ReplyDelete