May 26, 2014

Kau yang tanam cacing dalam badan sendiri - Angah (Entry special untuk perempuan. Sila ambil iktibar)

Bismillah.
Assalamualaikum semua. 

" Kau yang tanam cacing dalam badan kau sendiri ".


Tajuk entry memang panas sikit. Angah adik yaya memang garang outspoken bila cakap memang tak tapis. Tapi apa dia kata tu memang betul juga. Tersentak lepas tu terus rasa trauma balik.



Pagi tadi yaya kemas kemas meja solek lepas tu ternampak pil yang pernah meranakan diriku masa awal tahun hari tu. Kotak dia memang yaya dah buang sebab semak panjang nipis buat habuk je jadi just keep the papan pil tu alone but still tertutup la. Yaya memang taubat taknak makan pil tu lagi then sengaja nak bukak isi dalam dia nak main main la konon tengok serbuk dia sebelum buang. Tapi apa yang memeranjatkan, keadaan pil tu memang sangat sangat menakutkan. Ya Allah pil ni ke yang aku telan ? 



Bertenang ini bukan entry seram. (baru perasan pil ni ada muka yang scary)




Pakai torchlight sebab nak bagi clear dan zoom in but still not scary enough macam reality.


Bukan ke tekstur pil ni sepatutnya serbuk?



Pil yang yaya dah telan. Yes. Dah.



Macam yang korang nampak, tarikh expired pil ni lama lagi kan. Bulan Mac 2016


Tahun lepas lagi yaya dah try makan. Mula mula memang rasa gatal sikit tapi memang tak expect apa apa sebab yaya ingat dari span mandi. Tapi yaya pernah baca kalau kita makan apa apa supplement kalau ada effect awal tu mungkin sebab badan mula nak sesuaikan diri tapi lepas tu akan okay. Sem lepas yaya memang busy dari pagi sampai ke kelas petang lepas tu sambung kat library sampai tengah malam so memang takde masa nak makan pil tu betul betul. Lepas tu tup tup fenomena nak cantik meletus kan. Jadi yaya pun terpengaruh dan mula makan betul betul memang tak miss sebab dah cuti sem.



Mula mula merah merah manja je.


Lepas tu,


Sumber : Google

Kalau korang nak tahu, kulit yaya terus jadi alergic yang teruk sangat. Yes teruk. Memang malu nak cerita tapi yaya rasa kena sampaikan kat korang yang selalu teruja nak try semua suplemen nak jadi cantik ni. Yaya menangis nangis tersedu sedu sebab malu dan takut masa tu. Pergi klinik dan ambil injection sebab tak tahan gatal sangat. Menangis kat doktor tu sambil cakap macam mana ni doktor, kulit kite boleh elok balik tak? Kite jadi alergic selamanya ke? Tak boleh makan seafood ayam susu telur semua tu ke? (yaya memang tak alergic apa apa makanan pun sebelum ni). Doktor tu cuma cakap, 

"Cuma masa yang menentukan". 

Reaksi dia jahat macam nak takutkan kita macam dapat kanser pula. Allah. minta simpang semua tu dari kita semua.

Ibu yaya pula memang alergic ubat dari umur dia 18. (Alhamdulillah semua ahli keluarga yang lain tak alergic ubat. alergic habuk biasalah kan).Ibu tak boleh termakan yang ada paracetamol. Ada sekali doktor kata ibu boleh makan ubat tu sebab takde kandungan yang boleh buat alergic. Sekali,



Menangis nangis ibu masa ni. Ayah, yaya,semua panik. Kena minum banyak air dan buang air kecil untuk cuci semua ubat dalam badan ibu. Ibu terus trauma lepas tu.


Untuk pengetahuan korang, yaya sangat particular sebelum nak beli apa apa produk. Yaya akan search segala macam info tentang produk dulu sebelum beli. Kalau semua orang dok search apa benefits, but for me yaya search apa keburukan produk tu sebab mesti ada testimoni orang dah buat kan. Untuk produk ni yaya tak dapat banyak info tapi yaya percaya dengan produk ni as dia dah establised, popular, masuk tv pula dan usahawan ni memang popular, dihormati dan disegani. Yaya sendiri pun respect sangat kat owner produk ni secara peribadi. Tapi semua orang tak sempurna dan mereka mungkin terlepas pandang dan yaya pula jadi mangsanya. Sebenarnya yaya rasa lebih kepada ujian Allah tu sendiri kat yaya. 




Ori ke yaya beli? 
Yaya tahu mesti korang nak tanya soalan ni. Untuk pengetahuan korang, pil ni sebenarnya orang kasi kat yaya sekali dengan satu lagi produk dia yang losyen tu. Orang yang bagi ni dia terlibat dengan iklan produksi produk tu dan bila habis shooting, barang iklan tu diorang tak pakai dah. Dari membazir dia ambil dan bagilah kat yaya. Jadi dah tentu dia bagi yaya yang ori kan as barang tu sendiri dah masuk tv untuk iklan. Lagi famous dan original dari kawan kawan pil dia yang lain yang tak masuk tv kan? hee. so yeah. yaya tak salahkan siapa siapa pun dalam hal ini dan taknak petik nama siapa yang bagi, siapa yang terlibat dan siapa punya produk. Yaya taknak aib kan siapa siapa. Yaya percaya semua diorang baik baik dan tak mahu benda ni berlaku. Cuma yaya nak semua berhati hati ya lepas ni.




Sekarang yaya memang tengah berhabis sikit untuk kembalikan kulit kepada asal. Yaya minum Perla coffee dalam 2 kotak, to be honest perla memang membantu kembalikan semula moist kat kulit yaya masa tu dan sisik kering tu cepat pulih dan tinggal kulit mati sahaja. Dan juga sejak minum B'Vite ni parut pun makin pudar dah cuma lambat sikit tapi takpe yaya nampak kesannya. Masa tengah teruk tu, yaya dapatkan sabun untuk alergic kat Klinik Pakar Kulit Ko specialist. Beli sabun yang agak mahal sebab doktor kata kita tak elok pakai sabun yang berbuih untuk kulit lagi pula kulit yang alergic. Tapi manalah puas mandi takde buih kan baru nak feeling feeling nyanyi sambil mandi. Hee. 




Tanda- tanda alergic masa mula mula/pertengahan dia naik. Bila nak tunggu okay dan kering tu yang jadi buruk, merah dan lebam.

Yaya jaga pantang, jaga makan, buat segala petua tradisional. Sapu aloevera lah, kulit pisang lah. Sebelum tidur mesti ibu atau angah tolong curah air panas yang dilarut dengan garam bukit sebab yaya tak tahan gatal sangat dan tak selesa nak tidur (masa ni memang kena pakai cotton clothes all the time, jaga dengan sapu bedak seluruhnya bagi tak merebak dan kena sentiasa dalam keadaan kering). Kalau garu lagi teruk so menangis jela. haha. Kesan luka dan parut tu bukan macam yang korang bayangkan macam kudis atau orang panggil seposen limaposen tu. Ni macam kalau orang yang alah seafood kan dia naik alergic macam tula tapi ni lagi teruk. Bila ingat ingat balik memang rasa sedih sangat tapi sabar itu kan indah? Dan Alhamdulillah masa tu Allah masih sayang alergic tu tak naik muka pun. :')




Maaf semua yaya tak boleh nak upload gambar sebab yelah aurat kan. Ada yaya tangkap gambar masa tengah teruk dulu tapi benci gila dan gambar tu buat yaya sedih dan yaya delete. Kawan tengok pun terperanjat. Roomate pun sama sampai yaya kena explain takut dia geli ke apa. Menyesal pun ada sebab delete. Emosi memang tak stabil masa tu dan dengan segala macam ujian Allah beri dari setiap sudut masyaAllah :') . Dan masa dalam proses pemulihan pantang segala tu ada yaya tangkap gambar sekeping dua sebab happy ada perubahan hihi Alhamdulillah. :')




Sebenarnya bila fikir fikir balik, semua benda yang terjadi dan paling latest berlaku semalam (hp yaya hilang), buat yaya jadi muhasabah diri balik. Cuba sentiasa positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah nak bersihkan segala dosa yang yaya dah buat insyaAllah. Memang menangis. Memang. Tapi bukan menangis kerana merasa malangnya diri. Tapi lebih kepada merasa amalan tak cukup lagi. Dan kalau kita rasa nasib kita kurang baik, ingatlah ada lagi yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Nikmat bersyukur tu indah kan?


Nak cuba saya? Taknak? Hati hati ya.


Wassalam.



Terima kasih sudi baca 

11 comments:

  1. thankyou for your info. :) but now, awak cantik sangat sekarang ^_^

    ReplyDelete
  2. Baca cerita ni dah menyeramkan. Lepas ni kena hati2x la makan pil.takut pula nak makan pil.

    ReplyDelete
  3. Produk jenama apa ya? Please tell me.... 5q

    ReplyDelete
  4. Takutnyaaaa
    Sbb tu klu nk beli apa2 suplimen kena pastikan betoi2!

    ReplyDelete
  5. Menyeramkan je pasal pil ni. Better next time, hati2 cari produk kecantikan. :)

    Mai visit blog kita..
    Salam. Sekarangkan musim utk adik-adik lepasan SPM buat pilihan. Kalau ada siapa-siapa yg punya adik nk tahu tntang kos kejuruteraan di UIAM boleh lawati blog ni. =)

    http://romtimstenum.blogspot.com/2014/05/engineering-courses-in-iium.html

    ReplyDelete
  6. apa nama produk dia yaya? hurmmm scary gak. . maria takut terkena mcm tu la. huhu

    ReplyDelete
  7. hihi tq semua. nak cakap produk apa pun serba salah tp memang famous. Yaya cuma nak semua hati hati tau :'D

    ReplyDelete
  8. yup2.. button follow xde sbb mse tuka template xsave yg lama pny. Lepas tu sbb da lama xblogging, xtau yg widget follower, blogger stop. so xdpt nk tmbh. yg ada cuma google plus follow button.

    Ada cara x mcmne nk tmbh button follow yg lama tu?

    ReplyDelete
  9. Tetiba rasa nak try bukak semua pil yg ada dlm rumah ni, nak tgk isi dia...

    ReplyDelete
  10. Yaya boleh bagi tahu tak produk apa. Bagi tahu kat email ana k. norfaryana@gmail.com. takut juga terbeli product ni ke.

    ReplyDelete
  11. Anonymous6:47 PM

    Salam.boleh x bg email?

    ReplyDelete