May 7, 2015

Maybank Go Ahead Challenge 2015 Grand Launch at Subang Skypark

Assalamualaikum semua 



Tempoh hari yaya berkesempatan untuk menghadiri Maybank Go Ahead Challenge 2015 Grand Launch di Subang Skypark. Memang meriah dan ada keunikan yang tersendiri daripada pihak penganjur. Maybank Go Ahead Challenge 2015 sudah memasuki tahun ke-4 dan terbuka kepada fresh graduate dan juga pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian. 




Puan Nora (Group Chief Human Capital Officer) sedang memberikan ucapan beliau ketika majlis pelancaran.


Untuk makluman, terdapat 14 buah negara yang terlibat untuk Maybank Go Ahead Challenge 2015 ini iaitu :

• Malaysia • Indonesia • Singapore • Vietnam • Cambodia • Laos • Thailand • Brunei 
• China• Myanmar • The United Kingdom • Hong Kong • Philippines • The United States

Maybank GO Ahead Challenge 2015 akan disertai oleh ribuan pelajar universiti dan lepasan graduan yang akan berjuang untuk memenangi lebih $72,000 USD dari hadiah yang ditawarkan! Wow banyak tu! Mereka juga berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya industri perbankan dan perkhidmatan kewangan.




#MoreThanAChallenge bukan sekadar menguji peserta dari segi mental dan fizikal sahaja. Ianya juga menguji peserta dari sudut keberanian, kecekapan dan kepintaran dalam mengatasi suatu masalah serta bagaimana peserta menonjolkan diri mereka. 


Antara hadiah yang ditawarkan ialah :




Fuh! Memang lumayan sungguh hadiahnya! Selain itu orang awam juga boleh mengundi untuk kategori 'People's Choice' award untuk team kegemaran mereka. Tak cukup dengan itu, terdapat juga hadiah istimewa untuk favorite Challenger yang juga melalui public vote! Tak sabar nak tahu siapa pemenangnya nanti! :D




Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Maybank Go Ahead Challenge, layari http://www.goaheadchallenge.com/ . Daftar segera kerana permohonan hanya dibuka sehingga 17hb Mei 2015!


Good luck! ^_^



Terima kasih sudi baca 



No comments:

Post a Comment