May 22, 2015

Buffet Ramadhan Best : Cafe@PICC, Putrajaya

Assalamualaikum semua 

Buffet Ramadhan 2105 yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" dari Cafe@PICC kini memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan,



Bufet Ramadhan Cafe@PICC ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”. Nyummy! ^_^











Memang bermacam macam lah menu special yang disediakan sampai tak terkira nak senaraikan. Maklumlah ada 300 menu tu! Antaranya ialah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.



Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa. Selain daripada menu yang tradisi yang mengikut tema, Cafe@PICC juga menyediakan menu makanan barat seperti pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine berserta Sos Blognese, Napolitana dan Carbonara yang sedap gila. 



    Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC. Sambil menjamu selera, hadirin juga akan dihiburkan dengan persembahan dari Rosma AF. Memang lunak merdu suara dia dari dulu.




Untuk tempahan Buffet Ramadhan, hubungi 03-88876162 atau secara online di www.ticketonline.my/picc


PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. Untuk tempahan dan mendapatkan maklumat korporat, hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-88876000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my

Terima kasih sudi baca  

No comments:

Post a Comment