May 14, 2018

Pigeon Malaysia | Mom's Day Out


Hai korang! Tahu tak setiap minggu kedua bulan Mei ialah Hari Ibu? Yaya memang teruja sangat sebab first time diraikan untuk sambutan hari ibu. Macam tak sangka dah ada anak dan orang wish Happy Mothers Day kat kita hihi. 


Sempena hari ibu pada bulan ini, Pigeon Malaysia telah menjemput seramai 25 orang mommy's blogger untuk diraikan dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi menghargai para ibu dan juga memberi mereka peluang untuk "me-time" selama beberapa jam tanpa anak dan suami disisi. Masa dapat jemputan ni memang Yaya teruja sebab dah lama tak ada me-time kecuali pergi dan balik kerja haha :p


Kata-kata aluan dari Mr Masaki Tago iaitu Pengarah Urusan Pigeon Malaysia dan juga selaku wakil dari pihak penganjur sebelum aktiviti dijalankan.


Siapa kenal kakak Vince dari Akademi Fantasia 1? Yes nama dia Vanessa Chong selaku emcee pada haritu. Yaya memang minat dia sejak dia menyertai The Amazing Race Asia pada tahun 2006 tak silap. Memang best dan ceria majlis pada hari itu. Ibu-ibu pun tak kekok nak join the crowd hoho.


So aktiviti pertama kami pada hari itu ialah senaman yoga yang dinamakan Mind Detox. Aktiviti ini memerlukan kami untuk menarik nafas secara mendalam menggunakan minda dan fikiran. Sememangnya ia sangat memberikan ketenangan dan melenyapkan rasa stress. Senaman yoga seterusnya ialah Soundbath Theraphy dan semua ibu perlu rileks dan merehatkan diri sambil memejam mata dan menghayati Healing Sound dari Crystal Singing Bowl. Lepas selesai aktiviti yoga ni serius rasa calm betul. Minda pun berada dalam posisi yang stabil. Memang seronoklah dapat pengalaman ni hihihi. 

Sempat posing :p


Aktiviti seterusnya adalah perkongsian peribadi dari Vanessa Chong sendiri iaitu pengalaman beliau menggunakan produk Pigeon dan juga wakil dari Pigeon Malaysia. Vanessa yang baru menjadi ibu kepada bayi berumur 4 bulan ini semestinya sentiasa mencari ilmu mengenai penjagaan bayi dan juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk bayi beliau. Beliau juga akan meneliti setiap pengambilan produk untuk penjagaan bayi beliau dan memastikan ianya selamat dan sesuai untuk bayi. Paling penting, ianya haruslah bebas dari kandungan yang berbahaya bagi bayi.


The Newborn Pure Skincare Series

Rangkaian penjagaan khas untuk bayi seawal dari dilahirkan (newborn). Diformulasikan dari Natulayer yang memberi 2 kali perlindungan dan kelembapan kepada bayi. Ianya bertindak seperti vernix dan ceramide yang mana berfungsi untuk melindungi kulit bayi ketika bayi berada didalam kantung rahim. Ianya tiada kandungan paraben, alkohol dan bahan-bahan lain yang merbahaya. The Newborn Pure Skincare Series sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan mampu mengekalkan kelembapan kulit agar tidak kering dan mengelupas.


The Newborn Pure Skincare Series istimewa dari Jepun ini terdiri daripada nourishing shampoo, purifying body wash, moisturizing lotion, calming oil dan protective cream. Untuk keterangan lanjut mengenai produk ini boleh layari www.newbornpure.com.my.
 





Pigeon Foaming Cleanser direka khas untuk mencuci buah, sayuran, botol dan lain-lain agar lebih bersih dan selamat digunakan untuk si kecil. Dihasilkan daripada 100% bahan 'food grade' dan mampu membunuh 99.99% peratus bakteria. Memang sesuai sangat untuk digunakan sebagai bahan pencuci wajib untuk kegunaan bayi :)




Pigeon Anti-Bacterial Wet Tissues yang harus diletakkan di dalam beg bayi dan ibu setiap masa ;)


Pigeon Training Toothbrush. Terdapat 4 jenis warna menarik dan juga bentuk berus gigi mengikut had dan kesesuaian umur. Sangat penting untuk mendidik bayi kita tentang kebersihan mulut dan juga penjagaan gigi. Yaya paling suka rangkaian Pigeon Training Toothbrush ni. Memang sesuai sangat untuk Dahlia yang baru tumbuh gigi. Ubat gigi dari Pigeon ini juga sangat selamat digunakan untuk bayi. Tak adalah risau kalau dia tertelan hihi.




Piegeon's Disney Collection yang sangat comel ini didatangkan dengan pelbagai siri produk Mickey Mouse seperti nursing bottle, Mag Mag Disney Straw Cup, puting yang boleh digunakan seawal bayi 0+ sehingga 6 bulan keatas dan lain-lain.






Sempat Yaya mencuba sendiri pengalaman menggunakan kerusi Kagel ini. Ianya berfungi untuk menguatkan sistem peranakan bagi ibu selepas melahirkan anak.  


Paling best ialah sesi urutan tangan dari pihak penganjur. Walaupun cuma selama 10 minit, memang lega terus tangan kita ni tau. 


Terima kasih Pigeon Malaysia kerana sudi menjemput ibu-ibu blogger bagi meluangkan masa bersama dan memanjakan kami dengan pelbagai aktiviti menarik. Terasa dihargai sangat sempena hari ibu ni. Secara tak langsung, Yaya sendiri merupakan pengguna produk Pigeon dan memang Yaya akan setia dengan produk ini demi kebaikan bayi Yaya! ^_^


Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. Anonymous2:03 PM

    Hi there, just became aware of your blog through
    Google, and found that it is truly informative.
    I am going to watch out for brussels. I will appreciate if
    you continue this in future. Many people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  2. wow kerusi kagel gitu

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat letak berus gigi anak. Semuanya menarik. Terima kasih perkongsian bagus ini.

    ReplyDelete