May 3, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Dorsett Putrajaya



Ramadhan kian hampir. Yaya tahu ramai yang sedang mencari buffet ramadhan yang terdekat dan juga yang menarik hati. Mesti ada satu hari dalam bulan ramadhan nanti kita dah set hari untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga ataupun rakan sepejabat kan? Haa korang yang berdekatan Putrajaya, Yaya nak suggest korang untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Putrajaya ^_^


Apa yang menariknya disini, selain dari tempat yang luas dan selesa, terdapat juga kemudahan surau yang sangat selesa bagi Yaya. Memnag terbaik fasiliti di Dorsett Putrajaya ni.




Menu buffet ramadhan bagi tahun 2018 ini menghidangkan lebih 500 jenis makanan tempatan yang pasti menggamit citarasa semua. Dengan citarasa selera kampung, live-cooking dan juga pelbagai kuih muih tradisional, sememangnya berbuka puasa di Dorsett Putrajaya merupakan salah satu tempat yang akan menjadi favourite Yaya! Serius best gila menu depa baq ang! Memnag kena dengan selera perut kampung Yaya hihi. Tapi walaupun bercitarasakan menu kampung, masih ada unsur makanan barat untuk mereka yang teringin sekali sekala nak menjamu western kan hihi.


Antara kuih tradisional yang sangat rare!



Pelbagai menu dessert yang menarik dan sedap.



Paling win bagi Yaya ialah bahulu tradisional ni. Ya tuhan sedap sangat. Nampak rupa biasa je kan? Tapi ketahuilah bahawa bahulu comel ini sangat sedap, lembut, gebu dan cukup rasa! Sedap sangatttttt




Bagi pencinta dessert, ini memang sorga :p



Jom DIY air batu campur sendiri hihi. Semua bahan dah depan mata cuma campurkan ikut citarasa ;)



Persembahan dari Isma & Sri Mawar Band yang sangat menghiburkan tetamu dengan kelunakan suara Isma. Love!


Jom kita tengok menu lauk-pauk di Dorsett Putrajaya :)


Sotong Kam Heong


Pucuk Ubi Masak Lemak



Udang Galah Percik


Lamb Shoulder Indian Style


Lala Goreng Cili



Kari Kepala Ikan


Kerutup Daging


Ikan Patin Tempoyak

Selain dari pelbagai menu lauk-pauk yang sangat sedap ni (trust me Yaya rasa setiap satu ok!) Ada juga menu seperti Sup Tulang Rusuk, Nasi Kerabu, Laksam Kelantan, Buffet Durian dan pelbagai lagi uolsss 


Mahukan seafood? Tiada masalah. Mereka masakkan untuk anda on the spot!


Syok sangat bila chef masakkan untuk kita. Pilih je nak seafood yang mana hihi



Kambing bakar pun ada! Yaya memang suka sangat dengan semua jenis gravy untuk kambing bakar ni. Sedap sangat!



Chicken wings. Nyums!



Paling tak boleh lupa ialah Arabic Shawarma ni. Nampak seperti kebab simple tapi seriously sangat sedap! Yaya sampai tambah dua kali tau. Paling terbaik Yaya pernah rasa setakat ni.


Korang jangan lupa untuk dapatkan tempahan awal untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Putrajaya ni. Sangat berbaloi untuk bawa orang tersayang menikmati juadah istimewa dan lazat di sini.

Harga Buffet Ramadhan 2018 Hotel Dorsett Putrajaya

RM138 nett (Dewasa) 
RM78 nett (Warga emas dan kanak-kanak)

Early Bird Special :
RM99 nett per peson (1 Apr - 12 May 2018)

Full Price Special :
BUY 10 and ge 1 for Free 

Tarikh buffet ramadhan : 18 May - 13 June 2018

Alamat : 
Lot 3 (Lot 3C5) ,
Precinct 3 Wilayah Persekutuan Bandar,
 62000 Putrajaya

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-8892 8388 atau email fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment