May 2, 2018

GabaG 2018 | Pelancaran produk baharu dan talkshow penyusuan bersama TATEH




Hai korang! Amboi semangat betul kalau pergi event yang melibatkan ilmu dan perkongsian untuk ibu baru macam Yaya ni hihi. Yaya berkesempatan untuk hadir ke pelancaran produk baharu dari jenama terkenak GabaG dan juga sesi talkshow serta perkongsian ilmu tentang teknik penyusuan yang betul di Butik Tateh Bangi. 

Sebelum tu saja la nak habaq Yaya memang pengunjung setia Butik Kelengkapan Ibu dan Bayi Tateh. Tapi sebab rumah Yaya kat Cheras so Yaya selalu pergi yang cawangan Cheras punya. Benda-benda last minute kalau baby oil habis ke apa memang laju je pergi kesana hihi. So ini second time Yaya pergi ke Tateh Bangi. Time first time tu pergi masa cari barang baby sebelum bersalinkan Dahlia ^_^





Paling suka semasa sesi perkongsian ilmu dari Puan Norhafizah Ishak! Beliau tak kedekut langsung sharing ilmu tentang teknik penyusuan yang terbaik untuk anak. Paling penting bila kita menyusukan anak, mestilah jangan stress sebab ianya boleh mengganggu perjalanan dan aliran susu ibu. Selain itu, cara memegang anak ketika menyusu dan posisi menyusu yang selesa turut Yaya pelajari dari beliau.



Pernah dengar tak orang kata kalau susu sebelah kiri air dan susu sebelah kanan tu makanan? Haha Yaya pun pernah terpegang kata-kata ni dulu. Sebenarnya bukan tau. Dua-dua belah pun sama sahaja iaitu membekalkan susu foremilk dan juga hindmilk. Untuk foremilk ialah susu awal bagi menghilangkan haus bayi dan foremilk ialah susu yang lebih pekat dan berlemak untuk membuatkan bayi kenyang.



Sokongan dan galakan suami juga sangat penting dalam melengkapkan perjalanan penyusuan ibu. Suami haruslah sentiasa menyokong dan membantu isteri yang sedaya upaya untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk anak mereka. Kenalah selalu mengurut belakang dan bahu isteri kerana disitu yang selalu sakit dan lenguh kerana kekerapan menyusukan bayi. 





Selepas itu, sesi pengenalan dan pelancaran produk terbaru dari GabaG Indonesia iaitu GabaG infinite Double Breast Pump.



GabaG infinite Double Breast Pump ini merupakan alat penghasilan susu secara terus ke beg plastik simpanan susu. Bagi Yaya memang menarik kerana ianya mengekalkan tahap kebersihan susu yang diperah oleh ibu untuk stok susu bayi mereka.



Apa yang lagi best ialah, ianya mempunyai "suction" yang sangat unik dan tidak memberikan kesan sakit semasa proses mengepam susu badan dijalankan. Breast pump yang sangat ringan ini juga sangat praktikal dan sesuai untuk dibawa ke mana sahaja dan memudahkan ibu untuk sentiasa membuat stok susu bayi mereka. Dengan kebolehan dan fungsi touch screen, cahaya LED dan juga sehingga 16 level Massage Expression Mode, ianya langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising semasa proses mengepam susu.



Ini adalah contoh beg plastik simpanan susu yang bebas bahan kimia dan tiada BPA yang bersambung dengan corong breast pump. Unik kan? Hihi


Bagi Yaya memang best sangat kalau setiap ibu dapat memiliki GabaG infinite Double Breast Pump ni. Memang sangat recommended untuk para ibu yang sedang memncari breast pump baru untuk kegunaan mereka. Nak mintak husband Yaya lanje lah :p


Bersama rakan blogger yang turut hadir.



Membeli barangan dan keperluan bayi di Tateh memang menjadi lokasi pilihan Yaya ;)



Untuk maklumat lanjut :





Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment