May 23, 2018

6 Cara Supaya Haruman Tahan Lama Dengan MONT CABANA



Siapa kat sini pencinta wangian? Lumrah bagi seseorang untuk sentiasa menyukai bau yang menyenangkan. Yaya sendiri pengumpul perfume tegar. Tak kira jenama apa asalkan sedap baunya dan serasi dengan Yaya, memang Yaya akan beli. Lagi pulak ia merupakan antara benda wajib sebelum raya hihi. Malulah bila dah masuk rumah ke lima bau peluh dah menguasai diri ini. Kadang-kadang orang lain tak bau pun bau peluh tu tapi kita sendiri yang tak rasa selesa kan?


Oleh itu Yaya akan pastikan diri ini tidak berbau kurang enak hahaha yakin betul -.- Penting tau uols menjaga aroma dan bau badan kerana ia menunjukkan tahap kebersihan seseorang. Ada kajian menyatakan bahawa orang yang berbau harum ini lebih nampak sophisticated. So lepas ni boleh la sembur-sembur sikit bagi meningkatkan lagi keyakinan diri ;)


Antara 6 cara yang boleh membuatkan haruman tahan lama :

Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Semburan bukannya menggosok
Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. 

Di mana perlu menyembur minyak wangi?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan iaitu pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. 

Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Boleh sapu pelembap atau vaseline tau! Pasti korang berbau harum sepanjang hari :)

Simpan wangian di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. 

Nak lagi best?
Gunalah Mont Cabana Eau De Parfum! ^_^


Mont Cabana Eau De Parfum yang telah mula dilancarkan mulai Mei 2018 ini mula mendapat tempat dihati peminat yang meminati haruman mewah. Minyak wangi premium dari Mont Cabana ini boleh bertahan sehingga 24jam dengan sekali semburan sahaja wow! Yang bestnya lagi, Mont Cabana bukanlah inspired perfume tau. Ianya diadun sendiri untuk menghasilkan wangian ekslusif tanpa meniru mana-mana haruman lain.


Setiap keluaran haruman baharu Mont Cabana, ianya akan digandingkan dengan public figure yang hot meletop dan untuk keluaran ini mereka menggunakan wajah Zul Ariffin sebagai wajah haruman Mont Cabana. Keserasian haruman ini memang kena dengan gaya mewah dan ekslusif aktor sensasi ini. 


Khabarnya ada 22 jenis haruman yang akan dikeluarkan selepas ini dan Yaya pun tak sabar nak tengok wajah selebriti yang mana pula akan menggayakan haruman baharu dari Mont Cabana. Memang kerlasss!

Stay tune untuk next haruman Mont Cabana pada tarikh berikut :
  • Mont Cabana 1 & 2 - bulan Mei 
  • Mont Cabana 3 , 4 , 5 , 6 - bulan Jun
  • Mont Cabana 7 , 8 , 9 , 10 - bulan Julai 
  • Mont Cabana 11 , 12 , 13 , 14 - bulan Ogos 


Mont Cabana telah melancarkan dua koleksi haruman pertama mereka iaitu Mont Cabana versi lelaki dan wanita iaitu :
Mont Cabana 1 - Gold Edition 

Wangian mewah untuk wanita ini diinspirasikan dari bungaan segar dan rempah ratus yang eksotik serta kemanisan sensual pati vanilla dan juga kelembutan bunga putih untuk wanita yang sentiasa ingin mengekalkan ciri elegan dan sofistikated agar tampil muda, bergaya dan bertenaga.


Campuran Bergamont, Black Current, Caribbean Magnolia, Beri Merah dan Buah Pir menyajikan wangian menggoda yang tahan lebih lama. Bau bungaan moden Creamy White Musk dan juga Patchouili ini juga secara tak langsung akan memberi persona kepada si pemakai. Amboi aumm sangat ni! :p


Mont Cabana 2 - Bronze Edition

Wangian mewah khas untuk para jejaka ini pula mempunyai campuran buah-buahan Sicily, Crisp Lavender dan ekstrak Gaharu bagi mengekalkan aromanya yang tulen dan mewah. Kombinasi bunga-bungaan Peony, Lychee serta Springtime Freesia ini diadun dengan jus dan kemanisan pati Strawberi, Raspberry Musk serta kisaran Ros sebagai asas. Tidak cukup dengan itu, ianya juga diolah dengan keunikan Magnolia dan Teratai. 


Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh syarikat induk Fragrack Sdn Bhd, Mont Cabana adalah minyak wangi berasakan Malaysia dan direka khas dan dibentuk untuk menjadi wangian berkualiti tinggi untuk pengguna di seluruh Malaysia. Seiring dengan pengenalan kepada kandungan yang luar biasa di dalamnya, semua produk dari jenama Mont Cabana adalah tulen dan asli tanpa meniru mana-mana pihak.


Mont Cabana Eau De Parfum boleh dibeli secara online di https://montcabana.my/ dan available untuk pengeposan ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Nak guna kad debit dan kredit pun boleh.

Untuk Cash On Delivery di rumah atau pejabat, boleh terus hubungi ejen Mont Cabana

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan bisnes online, jadi korang tak perlu risau kerana barang akan sampai dengan selamat dan pihak mereka akan bertanggungjawab atas segala proses penghantaran. 


Peluang Pekerjaan Menjadi Wakil Jualan Mont Cabana

Wakil jualan diperlukan di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia untuk mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan dan juga secara sepenuh masa. Yang bestnya Mont Cabana akan membantu setiap wakil jualan mereka untuk marketing secara online dan juga offline. Best kan? 


Lagi best kerana HQ dah memperuntukkan lebih 2 juta untuk marketing. Antaranya ialah 60 billboard di seluruh Malaysia, iklan tv, radio, surat khabar dan lain-lain so lagi mudah untuk wakil jualan membuat sale. Hihi


Bagi mereka yang berminat, boleh terus apply di SINI


Yaya sangat tertarik dengan keunikan botol dengan casing besi dari Mont Cabana ini. Memang terserlah nilai mewah dan ekslusif gaya orang kaya gitu. Walaupun nampak seperti haruman orang kaya, ianya masih mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan iaitu dengan harga RM129 sahaja untuk 50ml. Tak sabar nak mewangi sakan di hari raya nanti! Nak hadiahkan untuk orang tersayang pun sesuai sangat ni. Weewitt ;)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Mont Cabana MY 
Instagram : @montcabana.my
Whatsapp : 012-3377045




Terima kasih sudi baca

6 comments:

  1. haruman yang best ... wangian berkekalan melebihi 24jam part yang sangat berbaloi

    ReplyDelete
  2. tergoda jugak sebenarnya rasa nak beli lak sepasang tuk laki bini hehehe

    ReplyDelete
  3. Packaging dia cantik & nampak ekslusif.
    Duta plak hero malaya. Huhuhu
    Lepas baca ni baru la tau mana tempat sesuai nak sembur minyak wangi.

    ReplyDelete
  4. Padduuu bauuuu diaa...

    ReplyDelete