Oct 12, 2017

Little Innoscents | Organics Baby Skincare





Hai korang! Yaya percaya ramai mommies kat luar sana mesti nak yang terbaik untuk bayi mereka. Termasuklah Yaya, Yaya sentiasa survey produk penjagaan bayi yang terbaik untuk Dahlia. Kalau nak tahu, lepas je pantang, Yaya ada cuba makan udang dan sotong. Lepas tu terus ruam Dahlia mula naik di sekitar pipi sehinggalah sekarang. Sedih sangat tau :( Sampai kesudah Yaya terpaksa teruskan berpantang makan dan elakkan makanan yang boleh trigger gatal-gatal kepada Dahlia termasuklah ayam. Sekarang ni Yaya memang sangat prihatin dengan keadaan kulit Dahlia dan sentiasa nak pastikan produk yang Dahlia guna bebas dari bahan berbahaya dan cuma gunakan bahan yang berasaskan semulajadi.



Yaya tertarik dengan Little Innoscents yang merupakan produk penjagaan bayi bersifat organik yang pastinya selamat untuk bayi dari berusia 1 hari. Berpeluang untuk mencuba produk dari Little Innoscents, Yaya teruja dengan kecomelan variasi produk mereka yang sangat colorful! Setiap warna mewakili setiap kebaikan dan kegunaan.


Sebelum Yaya guna produk Little Innoscents ni, sempat Yaya baca dahulu setiap kegunaan dan kebaikan produk ini yang terdapat di laman web mereka di https://www.madrenatura.com.my . Yaya pun apalagi memang tak sabar nak cuba setiap satu kebaikan produk dari Little Innoscents ini.



Ini adalah antara produk yang terdapat di Little Innoscents. Kalau nak tahu, ada banyak lagi tau produk penjagaan bayi di bawah jenama ini. Nanti korang boleh check okay :)



Organic Moisture Rich Body Lotion 100ml
 *RM43.00

  • Menyediakan penghidratan, perlindungan dan khasiat kepada kulit
  • Berkesan untuk membantu ekzema, dermatitis, kemerahan dan kegatalan
  • Sesuai untuk kulit kering atau sensitif
  • Boleh digunakan sebagai alternatif kepada produk berasaskan minyak mineral
  • Mempunyai aroma Ylang Ylang, ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit bayi yang baru lahir
  • Gunakan semasa mengandung untuk urutan di perut dan bagi membantu mengawal stretch mark
  • Boleh dijadikan sebagai pelembap setiap hari

Organic Spearmint Sweet Orange Hair & Body Wash 250ml
*RM43.00

  • All-in-one untuk mereka yang mempunyai masalah alergi
  • Cukup lembut untuk digunakan setiap hari
  • Direka untuk menghidrat kulit, membersihkan dan melindungi anggota badan
  • Dirumuskan dengan bahan aktif untuk melegakan kulit kering dan gatal
  • Anti-radang dan antiseptik
  • pH seimbang supaya ia tidak merengsakan walaupun pada kulit yang paling sensitif
  • Boleh digunakan oleh seluruh keluarga dengan rumusan Spearmint, Lavender dan Sweet Orange. Bau dia sangat best dan menyegarkan!


Natural Sun Lotion SPF 30 100ml
*RM66.00

  • SPF30+ / Water Resistant [AS/NZS 2604:2012]
  • UVA dan UVB Broad-spectrum Protection
  • Sesuai untuk semua jenis kulit - termasuk kulit sensitif dan kanak-kanak
Yaya masih belum gunakan Natural Sun Lotion SPF ini kepada Dahlia kerana ianya untuk 6 bulan dan keatas. Tapi Yaya gunakan untuk diri sendiri tau. Yaya sapukan di muka Yaya sebelum pakai make up jika aktiviti Yaya pada haritu lebih kepada outdoor dan terdedah kepada cahaya matahari hihi.


Organic Winter Blues Balm 75ml
*RM37.00

  • Memberi kehangatan kepada badan jika disapu (Yaya sapukan kepada Dahlia bagi dia selesa tidur dalam air cond)
  • Letakkan sedikit di tapak kaki untuk membantu memudahkan pernafasan semasa tidur
  • Dipenuhi dengan lilin semulajadi, Butter Shea Organik yang disahkan dan diselitkan dengan minyak pati Peppermint, Lemon, Eucalyptus dan Rosemary, balm segar dan zesty ini menyerap perlahan-lahan ke dalam kulit vagi mengurangkan rasa tidak selesa dan gelisah.
  • Cukup lembut untuk digunakan sejak lahir
  • Anti-bakteria, anti-kulat dan anti-mikrob, anti-virus dan anti-radang
  • Letakkan di bawah hidung untuk membersihkan sinus
100% semulajadi dan selamat digunakan untuk bayi, ia adalah alternatif yang sihat untuk remedi berasaskan formula petrolatum .

Dibuat dengan minyak pati perubatan Wintergreen dan Eucalyptus dari asas yang segar, ia membawa kehangatan kepada badan dan membantu bayi untuk bernafas dengan mengurangkan kesesakan hidung tersumbat


Organic Paw Paw Balm 50ml
*RM30.00

Organic Paw Paw Balm yang berkhasiat ini diperbuat daripada ekstrak minyak mentah dan menggunakan minyak mineral yang bebas minyak. Ianya berfungsi untuk melembap, melindungi bibir dan juga menangani kulit kering.

Diperkaya dengan Vitamin E yang menenangkan bagi membantu masalah puting luka dan ruam lampin pada bayi.

Organic Paw Paw Balm juga dipenuhi dengan lilin lebah yang berkhasiat, shea butter dan calendula. 
Menggunakan teknologi semulajadi dari Australia, ianya bukan sahaja bebas dari petrokimia dan paraben, tetapi juga bebas dari bahan pewarna dan juga wangian. 

Mengandungi 10% paw paw / ekstrak betik
Termasuk shea butter, Calendula dan Vitamin E

Sangat sesuai digunakan untuk merawat :
  • Bibir kering
  • Kulit kering 
  • Puting luka
  • Ruam lampin
  • Ekzema, dermatitis dan psoriasis
  • Selaran matahari dan luka ringan
  • Gigitan serangga

Bebas daripada :
  • Petrokimia 
  • Pewarna tiruan
  • Parabens
  • Wangian


Organic Intensive  Soothing Cream 75ml
*RM37.00

  • Sesuai untuk ruam lampin dan rawatan kemerahan dan gatal yang disebabkan oleh ekzema, psoriasis dan dermatitis
  • Krim Pelembap bersifat Intensif yang membantu melegakan dan menyembuhkan kawasan yang meradang
  • Mudah dibasuh dan tidak melekat pada kain
  • Sesuai untuk kulit yang memerlukan penghidratan secara mendalam
  • Melegakan gigitan serangga
  • Pelembab berasaskan Shea Butter organik dan Minyak Avocado bagi membantu memberi kelembapan yang sangat diperlukan serta antioksidan kepada kulit
  • Melegakan radang akibat dari sinaran matahari dengan formula Ekstrak Calendula bagi membantu menenangkan kulit dengan ciri-ciri anti-radang
  • Boleh digunakan sebagai losyen selepas bercukur 



Organic Goat's Milk Bar 100g
*RM14.00

Direka khas untuk kulit yang halus dan sensitif, penambahan baru dengan pembersihan semulajadi 100%, dibuat dari kebaikan Susu Kambing dan Manuka Honey 

Susu kambing yang kaya dengan protein, vitamin, dan mineral, membolehkannya menyembuhkan pelbagai jenis kulit seperti ekzema, psoriasis, dan ruam seperti ruam lampin. Dengan kebaikan Manuka Honey yang merupakan jenis madu yang anti bakteria, anti-kulat dan anti-virus.

Ia sesuai untuk bayi dan terapi untuk mereka yang menderita Dermatitis, Psoriasis, Ekzema dan kekeringan.
  • Dirumus khas untuk kulit halus dan membantu mereka yang mengalami kekeringan, keradangan, atau ekzema.
  • Bar pembersih semulajadi, diperkaya dengan kebaikan susu kambing berkhasiat, terkenal dengan sifat pelembab dan penyembuhan kulit
  • Mempunyai kebaikan Manuka Honey yang bertindak sebagai agen anti bakteria 
  • Efektif pada kulit yang paling sensitif dan dalam masa yang sama menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan berbau wangi.
  • Menggabungkan minyak pati terapeutik Ylang Ylang 


Suka sangat sabun susu kambing ni sangat lembut dan wangi! 


Organic Mineral Powder 100g
*RM30.00

Dibuat dari Kaolin (Australian White Clay), serbuk talkum ini merupakan mineral yang berasal dari pedalaman Australia yang sangat semulajadi dan mempunyai pelbagai kebaikan.

Ia telah digunakan secara terapeutik oleh orang Aborigin selama beribu-ribu tahun untuk menyerap kelembapan dan racun yang berlebihan dari badan dan juga melindungi bayi-bayi berkulit halus yang sensitif terhadap kulit dari bau, jangkitan, dan kerengsaan. 

Mempunyai sentuhan minyak pati Lavender dan Spearmint untuk memberikan bau manis yang membuatkan bayi sentiasa berbau segar dan wangi.
  • Australian White Clay menyediakan penyerapan semula jadi yang tinggi dan melindungi kulit dari ruam lampin dan kerengsaan kulit.
  • Membantu melegakan kawasan kulit seperti di antara peha, di bawah dagu dan lengan.
  • Mesra kepada bayi yang mempunyai eczema


Yaya memang paling suka Organic Mineral Powder ni! Haritu leher Dahlia kemerahan sebab ruam panas. Yaya letak je Organic Mineral Powder automatik hilang merah tu! Baunya pun sangat wangi dan fresh. Kalau tanya Yaya tekstur Organic Mineral Powder, memang terselah kehalusannya dan yang paling penting, ianya mesra dengan keadaan kulit Dahlia yang ezcema masa ni.


Kat pipi dia pun Yaya bubuh hahaha :p


Setiap produk Little Innoscents pastinya sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak terhindar dari sebarang pencemaran sebelum dibuka sendiri oleh kita.



So far Dahlia suka sangat dengan produk Little Innoscents secara keseluruhannya. Korang pun patut cuba tau! Nak pakai pada diri sendiri pun boleh sebab ianya sangat selamat dan 100% menggunakan bahan semulajadi.


Untuk maklumat lanjut :


(*Harga sebelum GST)



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment