Oct 3, 2017

Enchanteur Stunning Yang Sangat Memikat Hati



Siapa tak kenal produk Enchanteur yang sedari dahulu memang terkenal di kalangan pengguna wanita. Yaya sendiri pun masa zaman remaja suka sangat dengan produk Enchanteur yang mudah didapati dan mampu milik. Semerbak okay kalau pakai bedak ataupun lotion dia hihi. 

Kini Enchanteur hadir dengan wangian Baharu iaitu Enchanteur Stunning.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan rangkaian baharu Eau de Toilette dan penjagaan peribadi yang sangat memikat hati. Wangian Enchanteur Stunning yang sangat mempersona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pendek kata, ianya secara tidak langsung akan memikat si pemakainya sendiri dengan aroma sensual yang sangat menawan. Haruman Enchanteur Stunning baharu ini akan menjadikan wanita merasa istimewa sekaligus menyerlahkan penampilan dan personaliti si pemakai.

5 produk wangian baharu Enchanteur Stunning ialah :


Enchanteur Perfumed Talc Stunning


Enchanteur Perfumed Deo Mist Stunning


Enchanteur Perfumed Deo Roll-On Stunning


Enchanteur Eua de Toilette Stunning


Enchanteur Perfumed Body Lotion Stunning
Satin Smooth 
Aloe Vera & Olive Butter


Review Yaya : Memang terlampau lampau lampau wangi dan sangatlah sedap sekali baunya! Paling suka bedak dan losyen! Pakai losyen lepas mandi lepas tu wangi sampai petang okay! Bagi Yaya inilah wangian baharu Enchanteur yang paling wangi sekali. So, buat apa berbelanja lebih? Variasi wangian baharu Enchanteur Stunning je dah cukup! Dengan harga yang mampu milik, sudah semestinya haruman Enchanteur Stunning ini akan menjadi rutin kegemaran Yaya < 3


Untuk maklumat lanjut :


Facebook : Enchanteur

Instagram : @enchanteurmy




Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. Akak pun dapat set ni...bau dia sedap..sekarang duk lenjan minyak wangi dia je....

    ReplyDelete
  2. enchanteur mmg banyak produk wangian yang menarik tetapi xpernh cuba lgi,,hehe

    ReplyDelete
  3. enchanteur best..wangi lembut

    ReplyDelete