Oct 27, 2017

FURBY MOMS | Kemeriahan Charity Zumba di The Venue Shah Alam




Hai korang! Ingat tak haritu Yaya ada update tentang Charity Zumba with Baby yang dianjurkan oleh Furby Moms? Boleh baca kat SINI. Sebenarnya Yaya sendiri berkesempatan dan berpeluang untuk menyertai Charity Zumba yang bertempat di The Venue, Shah Alam pada 22 Oktober 2017 lepas. 


Sebenarnya Yaya excited okay nak bawa baby Dahlia. Mesti meriah sebab ramai baby yang akan join juga. Mula-mula risau juga takut dia meragam ke apa kan. Tapi why not? Fuhh pagi-pagi Dahlia dah bangun dan mandi awal sambil ditemani mak ngah dan nenek hihi.


Pukul 8 pagi sharp dah sampai haha tak sabar nau nak zumba kekdahnya. Alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu. Sementara cuaca belum panas lit lit, kami pun dah masuk dan sementara tunggu acara bermula, Yaya dah siap-siap susukan Dahlia bagi dia kenyang dan selesa.


Yang bestnya, aktiviti berzumba ini diadakan dalam suasana yang berhawa dingin. Terus Yaya tarik nafas lega hihi. Siapa kata kalau zumba dalam air cond nanti tak berpeluh? Yaya tengok peserta lain menitis-nitis air peluh tau sebab step zumba memang best dan kreatif sangat!
 

Ucapan dan kata aluan dari CEO Furby Moms sebelum acara dimulakan. 


Aktiviti Zumba dimulakan dengan aksi lagu dan rentak bollywood dari Zin Shah Bariah, Zin Aliez Nizam, Izzat Zin dan juga sesi ladies only dari Zin Nurin. 


Yaya of course berzumba sekali dengan baby Dahlia tapi tak adalah lasak-lasak sangat sebab Dahlia dah tertidur dalam baby carrier. Apa-apapun Yaya sangat seronok dan enjoy dengan aktiviti zumba ni. Paling suka bila Izzat Zin mengawal crowd dengan step zumba beliau yang sangat best dan mesra untuk ibu yang mengendong baby. Hihi




Linda Jasmine turut hadir sebagai tetamu istimewa bersama dua orang anak perempuan beliau iaitu Ratu dan juga Cleopatra. First time jumpa Cikgu Linda Jasmine ni dulu tengok kat AF je bila dah dapat jumpa ni haruslah bergambar kan :D


Sepanjang event dijalankan, turut terdapat booth sponsor yang dibuka. Antara penaja yang menyertai Charity Zumba ini ialah :

  • Youha Malaysia
  • Set Bersalin Danita
  • Body Dream
  • Thread & Lilies
  • Silera Chia Seed
  • Jari Kasar Menari
  • AIA Insurance Kuantan

The Venue Shah Alam pula merupakan penaja utama yang menyediakan lokasi dan prasarana yang sangat selesa untuk para peserta. Untuk mereka yang masih mencari lokasi untuk majlis istimewa, boleh masukkan The Venue Shah Alam dalam list ya! Serius best, luas dan sangat selesa!



Majlis diteruskan dengan ucapan penutup dan juga penyerahan cek sumbangan kepada pihak MAKNA Malaysia.


Aktiviti Charity Zumba with Baby yang julung kali diadakan oleh Furby Moms ini bertujuan untuk kutipan dana sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara. Semua hasil kutipan dana turut didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).



Hadiah lucky draw untuk 40 peserta yang bertuah. Yaya pula yang seronok tengok hadiah ni hihi.


Furby Moms turur melancarkan koleksi baharu mereka khas untuk ibu hamil yang menginginkan keselesaan tetapi tetap ingin tampil cantik dan anggun. Yaya sendiri tertarik dengan koleksi busana dari Furby Moms. Lepas ni next baby boleh beli dari Furby Moms je ;)




Memang best sangat Charity Zumba for Breast Cancer yang diadakan oleh Furby Moms ni. Semoga diteruskan lagi untuk tahun mendatang! Ada rezeki boleh join lagi ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : FURBY MOMS
Instagram : @furbymoms


Terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. Wahh best gak join program ni.. seronok dahlia zumba2 ngan ibu naaaaa...

    ReplyDelete
  2. Wahh seronok dahlia zumba sekali yaa ! Ibu kurus x lepas zumba ��

    ReplyDelete
  3. eh ibu yaya join sekali ke ? heheh lama tak zumba zumba hooppp... dlu selalu rajin join zumba kt bawah kaki gunung. ada instructor sekali

    ReplyDelete
  4. Amboiiii kecik2 dah berzumba ye dahlia ,bestnyaaaa

    ReplyDelete
  5. Alahai berzumba dengan anak..its such a good program

    ReplyDelete
  6. waa.. bestnya !! sekali sekala keluar dari rumah untuk aktiviti macam ni memang seronok.. hee~

    ReplyDelete