Oct 4, 2017

Hair Depot | Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab



Masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, rambut bercabang dan sebagainya memang musuh utama kaum wanita terutama yang berhijab. Yaya sendiri ada masalah rambut gugur dari sebelum bersalin lagi. Lantai bilik tak sah kalau takde helaian rambut gugur huhu sedih tau dah la rambut tak tebal mana. Yaya yakin ramai wanita bertudung di luar sana mempunyai masalah rambut sama macam Yaya. Lagi-lagi wanita berkerjaya yang sememangnya memakai tudung sepanjang hari ketika di tempat kerja. Tambahan pula perkerjaan yang memerlukan mereka di luar bangunan dan terpaksa berpanas terik hingga meninggalkan kesan kepada rambut.


Kebetulan hari tu Yaya pergi ke Hair Depot yang bertempat di IPC bersebelahan Ikea Damansara. Yaya memang familiar dengan produk Hair Depot yang menggunakan bahan semulajadi dalam pembuatan produk mereka. Haa masa ni Yaya saja nak usha produk terbaru mereka untuk wanita berhijab. Mana tahu dapat tangani masalah rambut Yaya kan?



Terus staf Hair Depot kenalkan Yaya dengan produk baharu mereka iaitu Mea Natura. Katanya produk ini sangat mendapat sambutan dikalangan wanita berhijab. 


Variasi Mea Natura ini sangat menarik tau. Selain dari hadir bersama Shampoo, Conditioner dan Hair Mask, ianya turut mempunyai set penjagaan badan seperti Body Scrub, Hand Cream, Shower Gel, Body Milk dan Body Cream.


Bagi Shampoo Mea Natura, ianya terdapat dua jenis iaitu Shampoo Mea Natura Vitality & Shine serta Mea Natura Strength & Softness.


Kebetulan ada tester yang disediakan dan staf berikan Hand Cream untuk Yaya cuba. Fuhh memang terbaik beb. Secara automatik tangan Yaya jadi lembut dan wangi sangat. Yang pastinya Hand Cream ini mudah meresap dan langsung tak melekit tau.


Sebelum ni Yaya ada beli Hair Mask di Hair Depot. Lepas ni boleh cuba hair mask rangkaian Mea Natura pula hihi. Hair Mask ini juga boleh menjadi pengganti conditioner tapi disarankan untuk pemakaian seminggu sekali sahaja selepas memakai shampoo.


Yaya tertarik dengan Mea Natura Body Cream Moisture & Nourishment ni. Selain dari bau olive yang sangat wangi dan semulajadi, ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Paling penting, kandungan semulajadi di dalamnya melebihi 90% tau.


Selain daripada shampoo Olive, Mea Natura juga mempunyai shampoo yang berasaskan daripada buah delima atau Pomegranate. Baunya wangi macam gula-gula tau. Shampoo ini dikhaskan untuk semua jenis rambut terutama mereka yang suka buat rawatan rambut seperti mewarna rambut, hair rebonding dan sebagainya.


Selain itu, terdapat juga Mea Natura Pomegranate Showel Gel Intense Freshness dan Body Milk Anti-Ageing & Cell Renewal. Korang pun tahu kan kebaikan buah delima kepada kulit. So kalau korang peminat buah delima jangan lupa cuba rangkaian Mea Natura berasaskan buah delima ni. Hee


Apa yang menarik tentang produk Mea Natura?

Selain daripada menggunakan kandungan semulajadi lebih 88%, syampu Mea Natura juga bebas dari SLEs, bebas Paraben dan juga tiada kandungan alkohol. Ianyan juga tiada bahan kimia dan sememangnya bebas daripada bahan yang diragui dan boleh digunakan tanpa was-was oleh orang Muslim. Kandungan utama yang terdiri daripada bahan semulajadi seperti minyak zaitun juga menggunakan hanya minyak zaitun yang asli dan telah melalui proses ujian dermatologi dan selamat untuk digunakan pada permukaan kulit.


Khas untuk mereka yang berhijab, Yaya sangat sarankan kepada korang untuk cuba produk penjagaan rambut Mea Natura ni. Selain dari membantu membersihkan kulit kepala secara semulajadi, ianya juga membuatkan rambut kita menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur ataupun mudah rapuh meskipun kita berhijab. Siapa yang taknak rambut sihat dan bebas dari masalah rambut kan?



Selain dari penjagaan rambut dari Mea Natura, Hair Depot juga menawarkan pelbagai produk penjagaan rambut dan produk penjagaan badan dari segala aspek masalah yang dihadapi oleh pelanggan mereka. Yang pastinya, semua produk di bawah bumbung Hair Depot menitik beratkan kandungan semulajadi dalam pembuatan produk demi kesejahteraan pengguna yang inginkan rambut dan kulit yang sihat. Jom jalan-jalan dan lihat pelbagai produk lain yang ditawarkan di Hair Depot.




Disini juga turut menjual alatan dan barangan penjagaan rambut. Nak keringkan rambut kat sini pun boleh. Hihi




Menariknya, barangan penjagaan rambut dan penjagaan kulit bayi turut terdapat di Hair Depot. Khas untuk mommies yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk bayi mereka. < 3



Terima kasih Hair Depot yang sudi memberi nasihat dan pilihan produk yang terbaik kepada setiap pelanggan dan juga Yaya bagi menangani masalah rambut yang Yaya hadapi. Untuk korang yang juga ingin selesaikan masalah rambut yang ada, jangan segan untuk masuk ke mana-mana cawangan Hair Depot dan dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari staf sebelum membuat pilihan produk yang sesuai. Mereka sangat mesra dan rajin melayan kerenah pelanggan. Hihi

Untuk maklumat lanjut :


Facebook : HAIRDEPOT

Instagram : @hairdepot_my







Terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. Dulu selalu ke sini dan jadi kelabu mata nak memilih. Now sejak guna Marine Essence Shampoo, selesai masalah rambut saya.

    ReplyDelete
  2. menarik pulak tengok hairdepot ni

    ReplyDelete