Feb 15, 2017

The Wedding Heritage | Servis Pakej Kahwin Lengkap



Fuhh rasa nak kahwin lagi je bila tengok gambar-gambar yang berkaitan perkahwinan ni. Hihi. Mungkin ramai antara pembaca Yaya yang masih tercari-cari pakej perkahwinan idaman. Maklumlah, kahwin sekali je seumur hidup. Ada orang memang dia mempunyai target masing-masing untuk mengadakan majlis yang dapat mengumpulkan seluruh ahli keluarga, keluarga jauh dan semua rakan-rakan tersayang dari zaman sekolah, universiti dan lain-lain lagi. Mesti meriah bila semua dapat berkumpul meraikan hari bahagia kita kan? :D


Yaya pun tak sabar nak kenalkan kat korang Pakej Perkahwinan dari The Wedding Heritage yang berkonsepkan Pakej Perkahwinan yang Lengkap di Banglo. Memang sangat cantik dan selesa! Lagi best, bakal pengantin tak payah pening-pening nak uruskan majlis sebab The Wedding Heritage sememangnya pakar dalam mengendalikan hari bahagia kalian!


Pelanggan boleh memilih antara 2 lokasi menarik untuk majlis mereka samada di Villa yang terletak di Ampang ataupun Banglo di Kota Damansara. 

1) Villa TWH (Wedding Venue & Eventspace)
Lokasi: Taman Sri Ukay, Ampang
Muatan Orang: Terhad 500 pax
Spesifikasi Majlis:
- Birthday Party
- Product Launching
- Open House
- Berendoi & Aqiqah
- Tunang / Nikah (100 - 200px)
- Private Reception 

2) Banglo TWH (Wedding Venue)
Lokasi: Seksyen 6, Kota Damansara
Muatan Orang: Terhad 2000 pax
Spesifikasi Majlis:
- Malam Berinai
- Nikah
- Night Reception
- Day Reception
- Corporate Open House

 Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak The Wedding Heritage di dalam pakej mereka ialah :

Pakej Lengkap Kahwin The Wedding Heritage
  • Villa / Banglo (Fully Aircond)
  • Kanopi Arabian (Underlayer & Chandelier)
  • Kerusi Chiavari Putih / Bersarung & Riben
  • Meja Bulat Beralas Labuh Overlay
  • Meja VVIP Dome Set
  • Meja Makan Beradab Berscallop
  • Golden Bell Buffet Set
  • Flower Centrepiece
  • Bilik Persiapan Pengantin
  • Surau & Ruang Rehat Keluarga
  • Pelamin Eksklusif Pilihan Pengantin
  • Flower Arch & Entrance
  • Red Carpet & Shaggy Carpet Fullhouse
  • Servis Official Photografer
  • Servis Official Make Up Artist
  • Busana Pengantin Lelaki & Perempuan
  • Aksesori Lengkap Busana
  • PA system, Set Karaoke, DJ, Emcee
  • Crystal Custom Album
  • Menu Tetamu :
  • Nasi Beriyani Basmathi / Selera Ala Kampung
  • Menu Raja Sehari:
  • Ayam Golek
  • Ikan Siakap Sweet Sour
  • Udang Panjat Berhias
  • Gubahan Bebola Berhias
  • Gubahan Buah Berhias
  • Puding Koktel
  • Kek Pengantin 3 Tingkat

Nak bagitahu ini, untuk 20 orang terawal, korang boleh gunakan rebate code "BOOKING BLOGGER" semasa membuat tempahan dan secara automatik korang akan mendapat rebat sebanyak RM500! Sah sehingga Mac 2017 tau! 


Jom kita jalan-jalan ke lokasi Banglo / Villa yang disediakan oleh The Wedding Heritage :D

Terdapat banyak sebab kenapa pakej perkahwinan dari The Wedding Heritage ini menjadi pilihan kebanyakan pasangan pengantin, Antaranya ialah :


Fleksibel :

Pihak pengurusan The Wedding Heritage memberi kelonggaran sekitar 2-3 jam kepada pengantin dan keluarga untuk membungkus makanan dan juga merehatkan diri di banglo/villa selepas majlis selesai. Selain itu, deposit sebanyak RM2500 boleh dilakukan sebelum 3 bulan dari tarikh majlis yang akan diadakan. Keluarga pengantin juga boleh menambah menu makanan seperti aiskrim, kambing golek dan pelbagai menu lagi.


Keselesaan :

Sesungguhnya banglo/villa yang cantik dan selesa ini akan memberi keselesaan untuk seluruh ahli keluarga yang akan berkampung selama sehari disini. Terdapat bilik untuk persiapan pengantin, ruang solat yang besar, ruang tamu yang luas untuk keluarga berehat dan berkumpul, bilik untuk menukar pakaian dan lain-lain lagi. Umpama hotel, keluarga pengantin tak perlu risau berpeluh atau berlengas sementara menunggu majlis selesai kerana villa/banglo ini mempunyai kemudahan hawa dingin dan semua keperluan lain.





Kualiti : 

Lihat sahaja gambaran wajah pasangan dan ahli keluarga yang cukup berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage. Mana taknya, mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar ini mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam menyediakan kelengkapan terbaik untuk majlis perkahwinan kalian. Tahap profesionalism mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Servis pasukan RELA juga diberikan secara percuma untuk memastikan kelancaran majlis tau! Pokoknya, pengantin cuma perlu menyiapkan badan sahaja untuk ke majlis perkahwinan mereka.


Kahwin Cuci Tangan :

Terutaman untuk mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai, yang sudah berusia lanjut, sanggup ke nak susahkan diorang bergotong-royong sampai sakit badan? Haa dengan pakej lengkap dari The Wedding Heritage, korang cuma perlu sediakan ongkosnya sahaja dan kesemua keperluan dari A-Z akan disediakan oleh pihak The Wedding Heritage. Masa ni lah kita nak raikan orang tersayang dan biarkan mereka bergembira di majlis perkahwinan kita.


Last Minute Wedding? :

Tiada masalah, dengan kepakaran dari team The Wedding Heritage, korang tak perlu pening kepala okay! Mereka sememangnya terkenal dengan kepakaran menyediakan majlis perkahwinan yang sempurna dan lengkap walaupun dalam masa yang singkat. Walaupun dalam masa dua minggu sahaja, The Wedding Heritage akan senantiasa memberikan khidmat dan kualiti terbaik kepada setiap pelanggan yang menggunakan khidmat mereka. Memang berbaloi!


Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage kepada pelanggan mereka mengikut kesesuaian majlis :







Yaya doakan semoga majlis perkahwinan kalian berjalan dengan lancar. Selamat Pengantin Baru in advanced! ;)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook: The Wedding Heritage Com    
No Tel : 016-562 9394

Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment