Feb 19, 2017

Pes Istimewa Ciptaan Nisa Bakri kini terdapat di MonspaceMall.com



Hai korang! Pernah dengar Raul's Cafe? Kalau korang memang orang area Damansara dan selalu lalu depan Menara TH Uptown 3 mesti perasan cafe comel yang ada dibawah bangunan ini. Kebetulan haritu Yaya berkesempatan menyertai demo memasak yang diterajui oleh Puan Sri Nisa Bakri dan juga Chef terkenal kelahiran Singapura iaitu Chef Siti Mastura. Kedua-dua mereka ini merupakan sahabat baik dan saling bertukar pendapat mengenai masakan. Puan Sri Nisa Bakri yang sememangnya gemar memasak, sering menjemput rakan rapat beliau untuk menjamu hidangan dari air tangannya. Mendapat pujian dari orang sekeliling, akhirnya Puan Sri Nisa Bakri tampil dengan buku masakan beliau sendiri dan juga cafe yang menyajikan pelbagai menu menarik.


Chef Siti Mastura pula merupakan seorang yang pakar dalam membuat pastri dan dessert. Beliau juga mempunyai buku resepi sendiri yang mempunyai pelbagai menu yang unik dan menarik. Chef Siti Mastura sering berulang-alik dari Singapura-Malaysia demi memenuhi jemputan dari media dan juga kelas memasak yang dianjurkan. Yaya memang rasa sangat bertuah dapat mengenali kedua-dua wanita hebat yang sangat cantik dan merendah diri ini. Hee


Demo memasak ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pes segera terbaru dari Puan Sri Nisa Bakri iaitu Pes Asam Pedas dan juga Kari Ikan/Udang yang sangat mudah disediakan. Sesuai untuk mereka yang tidak sempat memasak untuk ahli keluarga, dengan adanya pes segera yang sedap dan istimewa ini, suri rumah yang berkerjaya tidak perlu risau lagi untuk menyediakan hidangan enak dan berkhasiat untuk ahli keluarga.


Sesi demo yang diadakan berlangsung dalam keadaan ceria dengan keletah dari Puan Sri Nisa Bakri dan Chef Siti Mastura.



Antara ramuan sampingan yang dimasukkan kedalam Kari Udang dan juga Asam Pedas Ikan Kembung. Bau yang sangat sedap semasa demo memasak ni membuatkan semua rakan media tak sabar nak cuba hasil daripada penggunaan pes segera yang digunakan. 



Taraaa! Siap dah Kari Udang istimewa hasil dari pes segera yang digunakan. Jujur sejujurnya, memang sedap sangat Kari Udang ni uols!! Terkejut Yaya masa pertama kali rasa. Tak sangka dengan penggunaan pes sahaja kita boleh menghasilkan Kari Udang yang cukup enak! Harga untuk setiap pes cuma RM15.50 sahaja. Nak harga yang lagi murah? Sekarang ni ada promosi di http://monspacemall.com.my/ yang mana harga pes ni tak sampai RM10 pun! Fuhh memang berbaloi!


Untuk Asam Pedas Ikan Kembung ini pula, tiada kata yang dapat digambarkan sedapnya Asam Pedas style Puan Sri Nisa Bakri ni. Memang Yaya tak pernah rasa asam pedas diolah sebegini sedap dengan hanya menggunakan pes sahaja! Serius korang kena cuba pes Asam Pedas dan juga Kari yang dicipta oleh Puan Sri Nisa Bakri. Memang terbaik!!


Chef Siti Mastura juga sempat berkongsi dengan kami cara penyediaan mudah untuk membuat biskut dan juga brownies yang sangat sedap. Yang pastinya, beliau juga menggunakan produk beliau sendiri iaitu Pre Mix & Cakes untuk menyediakan biskut/kek yang sedap dan enak dengan cara yang paling mudah.


Bagi mereka yang gemarkan baking, boleh cuba adunan ciptaan Chef Siti Mastura ini okay!


Hasilnya memang sedap sangat! Rasa bertuah okay dapat merasa air tangan chef terkenal ni :')



Buku resepi pastri dan dessert dari Chef Siti Mastura.


Antara media yang hadir ke pelancaran majlis di Raul's Cafe by Nisa Bakri. Cafe yang comel dengan susun atur yang ringkas dan selesa ini boleh memuatkan lebih 50 orang dalam satu masa. Selain dari pes segera, Puan Sri Nisa Bakri turut menempatkan beberapa lagi produk beliau di rak untuk dijual. 






Buku resepi dari Puan Sri Nisa Bakri juga turut dijual disini. Bagi mereka yang berminat, boleh terus datang kesini sambil-sambil tu boleh mencuba pelbagai menu menarik yang disediakan :)




Rakan blogger bergambar bersama Puan Sri Nisa Bakri yang sangat mesra dan comel. Hihi


Jangan lupa singgah ke Raul's Cafe bila berkesempatan ke Uptown Damansara okay! ^_^


Pes segera ciptaan Puan Sri Nisa Bakri yang telah mula dijual dan mendapat tempat dihati kebanyakan wanita moden. Serius kena cuba sebab memang sangat sedap!


Chef Siti Mastura kata muka kita macam Amy Mastura eh eh yeke tak samalah lagi-lagi bila muka kita dah kembang semangkuk ni. Sama macam tembikai adalah hehe ^^'


Jangan lupa datang ke Raul's Cafe tau korang! Waze je TH Uptown 3 confirm terus jumpa Raul's Cafe. Kalau tak berkesempatan untuk pergi kesana, korang boleh dapatkan pes istimewa dari Puan Sri Nisa Bakri di http://monspacemall.com.my/ okay!


Untuk Pertanyaan / Pembelian  :

Rauls Cafe by Nisa Bakri
Damansara Uptown , Menara TH 3, Petaling Jaya
Instagram : @raulscafe
Contact : 0123147094

Chef Siti Mastura
Instagram : @chefsitimas
Email : sitisdelights@singnet.com.sg
Contact : +065 62956138


Terima kasih sudi baca

1 comment:

  1. comeynyaaaa yaya hehee...sedapnya kari menyelerakan

    ReplyDelete