Feb 26, 2017

Pengalaman di Benang Hijau x Muslimah Clothing Warehouse Sale



Kisahnya semalam pagi-pagi lagi Yaya dan Shawn dah pergi ke Bangi untuk check up. Habis check up dalam pukul 10 pagi tu kawan Yaya whatsapp bagitahu ada jualan gudang besar-besaran pada 25hb (Sabtu) & 26hb Februari 2017 (Ahad) di Seksyen 3 Bangi. Teruslah kita ni pujuk dak Shawn teman kita ke event tu hihihi. Mana taknya, jualan dari Benang Hijau berkolaborasi dengan Muslimah Clothing! Dua-dua butik ni memang famous dan merupakan butik pilihan kebanyakan muslimah di luar sana.


Yaya sampai dalam pukul 11 pagi tapi orang pun dah mula ramai masa ni. Pasukan Rela yang bertugas pun pening nak uruskan kereta untuk parking bagi mengelakkan berlakunya kesesakan trafik di jalan raya. Tapi semuanya berjalan lancar dan tak kisahlah kena jalan sikit sebab jualan murah kot! Standard la hihi.


Sampai-sampai je terus Yaya tangkap gambar berdozen-dozen dan buat live update di Instagram dan Facebook Yaya sebab nak bagi tahu kat semua yang berdekatan di Bangi dan area Lembah Klang untuk hadir ke jualan gudang ni. Mana taknya, harga sehelai tudung jatuh jadi RM5 sehelai hoii! Yaya pun terjebak sekali memborong tudung kat sini. Hihi


Serbu Muslimah Clothing dulu jom! 


Fuhh pukul 11 pagi orang dah ramai segini. Memang meriah! Semua pakat memilih dan membelek koleksi Muslimah Clothing.


Bawa anak-anak? Tiada masalah. Si bapa boleh biarkan anak-anak sambil memantau mereka main di istana belon sementara si ibu boleh membuat pilihan terbaik dengan harga yang amat berbaloi-baloi. Fuhh memang seronok bila kita dapat shopping tanpa gangguan :p


Sebati dengan tangline, "Your Labuh & Longgar Specialist", Muslimah Clothing menerapkan pemakaian yang sopan tetapi tetap anggun bagi wanita muslimah. Sejujurnya memang koleksi dari Muslimah Clothing cantik-cantik sangat! Moden dan elegan gitu. Jom lihat persekitaran ketika jualan gudang berlangsung. Memang meriah sangat tengok gelagat masing-masing bershopping. Hehe






Blouse cantik-cantik pun ada dengan harga serendah RM35 sahaja. Rasanya orang yang jauh-jauh yang tak berkesempatan untuk hadir mesti berharap Muslimah Clothing melanjutkan sale mereka di online pula. Yaya risau diorang menangis sebab tak dapat datang ke jualan gudang ni. Huhu



Walaupun beratur panjang, masing-masing semuanya berpuas hati dengan harga pakaian yang murah dan berbaloi untuk dibayar. Waktu yang paling sesuai untuk shopping? Mestilah time SALE! Wehuu! Yang lagi best, dengan setiap pembelian RM150 keatas, setiap pembeli layak mendapat satu cabutan bertuah. Siapalah yang bertuah agaknya tu kan. Terbaiklah! *sweetnya pakcik tu temankan isteri sambil pegangkan barang :')


Suasana bertukar ceria apabila kanak-kanak mula berlari riang ke ruang pentas utama apabila melihat Didi & Friends muncul. Fuhh jangan kata kanak-kanak, dengan Yaya dan Shawn sekali pergi ke pentas nak tengok depa semua menyanyi dan menari! Hahaha memang suka sungguh la tengok budak-budak ni semua teruja dengan kehadiran Didi, Nana dan Jojo. Semua pun ikut menari sekali tau!


See? Ramai dan meriah gila. Sesungguhnya Yaya puji dengan kelainan yang Benang Hijau dan Muslimah Clothing bawakan. Dengan adanya daya penarik seperti ini, ia menggalakkan ibu-ibu untuk hadir bersama anak-anak mereka dan juga secara tidak langsung membuatkan anak-anak kecil ini seronok dan gembira. Ingat senang nak jumpa Didi & Friends secara live? Maunya tak terkujat melompat budak-budak tu semua sebab seronok sangat tengok Didi & Friends depan mata. Hihihi 


Reda sahaja suasana dengan Didi & Friends, Yaya terus sambung nak shopping kat Benang Hijau pula. Untuk pengetahuan, bangunan Benang Hijau HQ dan Muslimah Clothing bersebelahan sahaja. Memang best la kan sebab kita ada banyak pilihan untuk membeli. Menariknya, harga tudung/selendang di Benang Hijau semuanya jadi murah sesangat la! Memang rambang mata Yaya dok memilih tudung. Alang-alang nak bersalin nanti mesti nak bertudung sarung je kan kalau orang datang? Yaya terus borong 3 helai sekaligus! Harga? RM5 sahaja sehelai ya Allah dah la kualiti kain cotton dia tebal tapi tetap sejuk dan terbaik. Memang puas hati Yaya dapat borong 3 warna pilihan. Hihi



Tudung bawal berkualiti tinggi pun terus berharga RM10 sahaja ketika jualan berlangsung. Wee!





Selain daripada tudung bawal, sarung, selendang dan instant dua muka, Benang Hijau turut menyediakan koleksi busana mereka yang terdiri dari jubah, blouse, seluar dan pelbagai lagi. Memang best dan semuanya di bawah satu bumbung sahaja! 



Untuk mereka yang tak berkesempatan membeli ketika di jualan gudang Benang Hijau, silakan berdoa kot kot Benang Hijau lanjutkan promosi di online pula kan. Aamiin! Hihihi. Bukan apa, memang cantik-cantik sangat koleksi dari Benang Hijau ni uols. Memang tak dapat la blouse style muslimah dengan harga begini di pasaran luar. 


Fuhh Yaya yang excited tengok kakak dalam gambar ni memborong. Bestnya dapat belikan mak, adik, kakak dan saudara jauh yang mengirim kan. Mesti diorang happy bila kita belikan hadiah seperti tudung macam ni. Jenama Benang Hijau pulak tu ;)



Koleksi Benang Hijau sememangnya sesuai dengan semua peringkat usia. Kanak-kanak pun boleh pakai tudung dari jenama Benang Hijau tau. Terdapat pelbagai koleksi ceria yang sesuai dengan umur kanak-kanak juga. Kelas kau dik. Kecik-kecik dah pakai Benang Hijau. Hihi



Benang Hijau pun tak kalah juga tau. Ramai gila orang beratur untuk membayar. Yaya kagum dengan semangat ibu mengandung yang tengah beratur tu. Harap akan datang nanti orang hadapan lebih sensitif dan bagi laluan kepada warga tua, ibu mengandung dan mereka yang kurang upaya yang beratur di belakang. Satu hari nanti insyaAllah kita juga akan dibantu ketika dalam keadaan begitu. Hihi Peace! Apa-apapun jualan gudang yang diadakan oleh Benang Hijau yang berkolaborasi bersama Muslimah Clothing ini berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dan seronok. Yang penting semua happy dapat shopping baju raya murah-murah! Eh? Lagi sebulan dua je kita nak berpuasa dan kemudian raya yayy! Kalau nak tengok koleksi terbaru yang akan datang dari Benang Hijau dan Muslimah Clothing, jangan lupa ikuti maklumat lanjut seperti yang Yaya linkkan di bawah okay. Happy shopping! ^_^

Maklumat lanjut mengenai Benang Hijau :

Facebook : Benang Hijau
Instagram : @benanghijau

Maklumat lanjut mengenai Muslimah Clothing :

Instagram : @muslimahclothing



Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. Alololo comelnya mak yong shopping. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. banyaknyaaa pilihan, mesti rambang mata tuu

    ReplyDelete