Hai korang! Siapa kat sini yang muda belia tu suka lagu-lagu irama Malaysia? Yaya percaya masih ramai Gen Y seperti Yaya yang meminati lenggok lagu irama Malaysia. Sebelum Yaya berhijrah, Yaya memang aktif dalam bidang tarian irama tradisional tau! Ala rindu kita nak menari Inang, Zapin, Joget, Cak Lem Pong dan lain-lain. Masa zaman diploma dulu Yaya pernah mewakili IPTA untuk peringkat negeri okay. Menang Johan lagi alahai seronoknya bila RM1000 tu bahagi 10 orang. Walaupun penat dengan kelas dan latihan pula pada waktu malam, serius tak rasa kelelahan tu sebab kita buat apa yang kita suka. Masuk je degree Yaya stop semua just menari seronok-seronok je kat rumah.
Kebetulan hari tu Yaya berkesempatan menghadiri majlis Pelancaran Single terbaru Noraniza Idris dan Tyka yang bertajuk Wangikanlah Hatimu yang bertempat di L'Clasico Publika, Kuala Lumpur. Fuhh memang teruja nak ke sana sebab Yaya sendiri memang meminati Noraniza Idris secara peribadi. Mana taknya, ibu Yaya sendiri sebenarnya guru pengajar tarian tradisional (ibu Yaya penari DBKL sebelum official jadi polis) dan memang Yaya membesar dengan lagu-lagu irama tradisional sebab ibu Yaya selalu berlatih step tarian kat rumah sambil buka radio kuat-kuat. Hihi. Ibu Yaya siap suruh kirim salam kat Noraniza Idris tapi macamlah artis tu kenal dia kan? :p
Untuk pengetahuan, single terbaru yang diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd ini berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional dan menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda.
Kempen #saveiramamalaysia yang dijalankan pula adalah bagi mendapatkan sokongan dari pelbagai pihak untuk mengangkat irama Malaysia ke peringkat global tanpa menjejaskan keunikan dan keaslian irama Malaysia itu sendiri.
Majlis pelancaran yang diadakan secara sederhana tetapi meriah ini dihadiri oleh rakan seperjuangan artis yang sentiasa menyokong seni irama Malaysia tempatan antaranya ialah Pak Ngah, Dato' M. Nasir, Dato' DJ Dave, Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi, Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan penulis lirik lagu Wangikanlah Hatimu dan beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum tu, jom kita jalan-jalan ke sekitar restoran L'Calsico ni. Kalau korang nak pergi, senang je waze sahaja nama restoran ni confirm senang jumpa. Lega Yaya restoran ni bukan di dalam bangunan kalau tak memang sesat nak cari haha! Yang bestnya, selain menghidangkan sajian barat yang sangat enak, pengunjung juga boleh bersantai di bahagian luar restoran. Memang sesuai sangat kalau nak adakan majlis tertutup macam ni.
Bahagian luar restoran.
Bahagian dalam restoran yang sangat elegan dan eklusif.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Tuan Haji Jeffri Iman Bin Haji Hoodi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan kemudiannya disusuli dengan persembahan tarian daripada penari kebudayaan.
Majlis menjadi gamat apabila Noraniza Idris dan Tyka pula memasuki ruang pentas dan menyanyikan lagu Wangikanlah Hatimu. Fuhh masa ni semua orang menyerbu kedalam restoran. Seronok dan sangat terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan, Yaya suka dengan konsep lagu Wangikanlah Hatimu yang sarat dengan mesej berunsur nasihat dan juga ingatan.
Antara mesej yang disampaikan ialah hentikan sikap menundung jari dan suka melihat kejatuhan orang lain kerana setiap kejayaan datang dari hati yang bersih. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan hargai setiap ruang yang diberi serta berganding bahu demi mencapai kejayaan bersama. Dunia hanyalah bersifat sementara dan semoga setiap nafas kebaikan kita menjadi jaminan untuk menuju ke syurga abadi. Aagitu! Memang power la lirik Wangikanlah Hatimu ini mana taknya, penulis lirik pun Ahmad Fedtri Yahya okay!
Suka gila dapat jumpa Pak Ngah! Waa nak bergambar dengan beliau tapi segannya. Yaya memang kagum dengan hasil seni Pak Ngah yang sentiasa malar segar sepanjang zaman. Sarat dengan nilai dan seni irama tradisional. Sesungguhnya Yaya boleh katakan Pak Ngah merupakan sebutir mutiara yang tiada galang gantinya.
Dalam banyak-banyak makanan, Yaya tertarik sangat dengan pulut kuning yang dihias seperti kek ni. Jarang nak jumpa kat mana-mana event tau. Lepas tu kan rendang daging dia masyaAllah sedapnya. Terima kasih kerana menyajikan hidangan yang sedap-sedap :)
Jelajah Kempen #SaveIramaMalaysia yang akan diadakan nanti turut disertai oleh artis naungan yang masih dalam persiapan untuk melancarkan single masing-masing bermula Mac ini iaitu Ihab Ismail, Fadzlee Sufri, Fee Haiqal, Azmir Arif, Dalili Amerda dan juga Tyka.
Berikut adalah tarikh bagi jelajah yang akan diadakan :
9 - 13 Mac - Pahang, Kelantan & Terengganu
22 - 24 Mac - Perak, Selangor
15 - 18 April - Perlis, Kedah & Penang
28 - 30 April - Sarawak
4 - 7 Mei - Johor, Melaka & Negeri Sembilan
12 - 15 Mei - Sabah
Save the date! ^_^
Mata kuyu sebab ditiup angin sepoi sepoi bahasa dihadapan restoran. Memang sesuai sangat nak chill dengan kawan-kawan kat sini. Parking pun senang :p
Sempat Yaya bergambar dengan Noraniza Idris okay hahaha susah weh nak ajak Ratu Irama Malaysia ni bergambar. Semua media berebut nak interview dia! Terima kasih Kak Ani sudi selfie 6-7 keping dengan kita. Wee!
Bagi siapa yang menonton rancangan 3 Juara, nama Tyka memang tidak asing lagi dalam rancangan realiti tv itu. Memang lunak dan sedap suaranya. Semoga maju jaya Tyka!
Ni artis mana? Hahaha ni rakan blogger Yaya, Farah Dafri namanya. First time jumpa kat event lepas tu kami tersesat kejap nak cari toilet kikiki nice to meet you sweetie!
Jangan lupa dengar Single Terbaru Wangikanlah Hatimu dendangan Noraniza Idris dan Tyka ni okay! Sama-sama kita memartabatkan irama seni tradisional Malaysia dan meneruskan legasi irama ini ke generasi yang seterusnya. Jom support Kempen #saveiramamalaysia !
Tajuk Lagu : Wangikanlah Hatimu
Artis : Noraniza Idris & Tyka
Lagu Ciptaan : Amir Jahari & AG Coco
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya
Untuk maklumat lanjut di Instagram :
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment