Sep 9, 2015

Maybank Go Ahead Challenge 2015 : Season of Smiles

Assalamualaikum semua 


Tempoh hari Yaya sebagai wakil media blogger berkesempatan untuk menimba pengalaman menarik di Maybank Go Ahead Challenge #MGAC2015 yang diadakan di Bukit Bintang. Walaupun keadaan hujan lebat dan kemudiannya renyai, ia tidak mematahkan semangat perserta yang mengambil bahagian dalam cabaran ini. Oh sebelum itu, Yaya juga pernah menghadiri perasmian #MGAC2015 yang diadakan di SkyPark, Subang. SINI . Untuk pengetahuan semua, para perserta telah melalui pelbagai cabaran yang mana setiap tugasan yang diberikan itu mencabar kredibiliti setiap perserta dan kumpulan masing-masing. Cabaran akhir yang diberi kepada mereka adalah membuat kutipan amal di Bukit Bintang. Fuhh serius best! Yaya pula yang teruja untuk singgah di setiap booth yang disediakan.



Hello. ^_^


Bersama Group Chief Human Capital Officer of Maybank, Madam Nora A Manaf. Sangat baik dan merendah diri okay. Suka dia! 


Perserta yang menyertai #MGAC2015 ini terdiri dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Myanmar, Cambodia, Vietnam, Laos, Brunei, China, Hong Kong, United Kingdom dan juga United States. Mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan perkerjaan dimasa akan datang dan merebut hati syarikat yang berwibawa dalam industri yang pelbagai. Menarik kan?


Program amal yang diadakan ini memberi peluang kepada para perserta untuk menunjukkan bakat mereka dalam menarik minat pejalan kaki yang lalu lalang untuk menyertai aktiviti amal yang disediakan. 


Setiap kumpulan mempunyai 6 orang dan jumlah kesemuanya adalah 60 untuk 10 kumpulan. Kutipan yang mereka dapat bagi program amal iniakan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih iaitu :

Team Terminator | Kanak-kanak Kurang Upaya
Team Inception | Warga Tua
Team Star Wars | Orang Buta
Team Avatar  | Wanita yang didera
Team Kingsman | Kanak-kanak yang didera secara seksual
Team Dark Knight | Ibu Tunggal
Team Men of Steel | Mereka yang tiada tempat tinggal
Team Transformers | Kanak-kanak Kurang Upaya 
Team X-Men | Pusat Lindungan Haiwan
Team Avengers | Komuniti Orang Kurang Upaya 


Okay jom kita tengok antara gambar-gambar yang Yaya ambil ketika aktiviti Maybank Go Ahead Challenge 2015 ini dijalankan. ^_^






Ketika Blind Food Tasting. Nasib baik yang Yaya ambil tu mayonis okay! Haha








Jom beli hotdog sambil menderma! Hee





Game ni memang best. Kena pandai bajet harga barang yang anda ambil lepas tu mereka akan kira berapa jumlah kesemuanya. Fuhh Yaya rasa banyak kutipan yang mereka dapat masa ni. 



Peserta bergambar bersama. Memang meriah!


Tahniah semuanya! Semoga setiap kutipan memberi manfaat kepada setiap rumah kebajikan.


 Global Finals Gala Dinner, Mandarin Hotel KL

Tibalah saat yang dinantikan iaitu mengumumkan pemenang yang berjaya mendapat mata yang paling tertinggi dari segala aspek.

Ultimate Go Ahead Challenger #UGAC2015:

1st place – Ricky Low Yin Lee ( Internship to New York)

2nd place – Phyllis Ng Hui Li & Chris Watkins (Internship to HK & London)


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk sesi kumpulan terbaik pula. Hadiah utama sebanyak USD40000, atau lebih kurang RM165,000. Fuhh memang terbaik!

Senarai pemenang #MGAC2015 mengikut kumpulan :

Champion – Team Star Wars (USD 40,000)
1st Runner Up – Team Terminator ( USD 20,000)
2nd Runner Up (also People’s Favourite Team) – Team X-Men (USD 10,000)

Tahniah buat semua pemenang!

MGAC2015

Berminat untuk menyertai #MGAC pada tahun hadapan? Kerana selain memenangi hadiah wang tunai, perserta juga akan mendapat peluang untuk menyertai Global Maybank Apperentice Program. Best kan? Hee.

Untuk maklumat lanjut berkenaan #MGAC , sila layari :

Facebook : 
Website : 



Terima kasih sudi baca 

6 comments: