Ramai pm tanya kat mana Yaya makan tu kat mana tu mana tu bila tengok gambar kat IG dan Facebook. Sabaq anak-anak. Hakak baru dapat bernafas nak update belog ni. Fuhh tapi tulah! Bila mengenang balik makanan yang Yaya makan masa ni memang terliur baq ang! Sebelum tu jom usha BILLIONAIRES CONCEPT CUISINE yang bertempat di Melaka berhampiran dengan Aeon Bandaraya Melaka.
Untuk pengetahuan korang, Yaya memang tertarik dengan susun atur perabot dan rekaan dalaman yang sangat cantik dan selesa disini. Ala ala hispter gitu. Semua golongan boleh datang makan dan bersantai dengan selesa. ^_^
Jeles siapa duduk Melaka. KL pun susah nak jumpa yang buat konsep macam ni. Western food halal dengan harga yang sangat berpatutan. Fuhh
Jom terjah makanan yang kami sempat makan di sini! Banyak sangat menu sampai rambang mata nak pilih. Yaya sertakan harga sekali mana yang Yaya sempat catat okay! Yang bestnya, portion sangat besar untuk seorang makan. Kenyang sampai esok! Haha
Nama dia panjang tapi Yaya ingat ia berasaskan soda. Sebelah kiri Lychee dan sebelah kanan Peach. Memang sedap dan menyegarkan!
Moscow Mixed Grill - RM 39.99
New York Striploin Steak - RM 29.99
Hugo Caesar Salad
Pisa Seafood Aglio Olio - RM 14.99
Royal Mushroom Soup - RM 5.99
Hong Kong Tenderloin Steak - RM 39.90
Bersama rakan blogger dan juga pemilik Billionaires Concept Cuisine yang sangat baik dan berinspirasi, Encik Akmal Zaaba. Hebat tak hebatnya usahawan ini, beliau mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan tau. Tapi masih merendah diri dan sangat positif orangnya. Yaya kalau jumpa usahawan berjaya ni memang bersemangat sikit. Suka dengar kejayaan orang. Dengan mendengar je pun dah buat kita rasa positif dan bersemangat. Fuhh macam magik.
Barisan air sedap sedang berposing.
Huwarghhh lapar tengokkkk ~_~
Kami juga sempat singgah ke sini masa waktu malam kerana dekat sangat dengan hotel yang kami tinggal. Rupanya lebih meriah kalau datang pada waktu malam. Kebetulan pula ada majlis hari jadi dan juga kehadiran Awie dan geng motorsikal besar ke sini. Lagilah havoc uols!
Ni amenda tangkap gambar orang ni? *bisik mamat yang kiri tu XD
Selain dari makanan barat yang dihidangkan, korang juga boleh cuba dessert kat sini. Memang unik dan sangat sedap oii! Dessert dan kek ni dari GrindShack.
Style betul. Kita boleh tengok mereka buat aiskrim kita secara live. Haha
Ohmaiii. Craving aiskrim ni. Caramel Sutra nama dia. Sangat milky sambil makan dengan popcorn caramel!!
Amacam? Best ke idok? Harus lah best, sedap, harga yang berpatutan dan semestinya Halal! Nak ajak family datang sini pula lepas ni. 5 bintang okay! ^_^
Billionaire's Concept Cuisine
8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka.
Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6 Taman 1 Lagenda 75400 Melaka
Contact no
013-201 8282
Instagram
Instagram
Terima kasih sudi baca
Laporrr >_<
ReplyDeleteExcited gilerrr nak try ni!!! nanti pika roger yaya k.
ReplyDeleteIce cream popcorn tu mengiur kannn..
Perghhh nanti boleh foodhunting kat sini... menarik tempat makannya
ReplyDeleteBoleh jd lapar balik kak no tgk mamam2 ni..
ReplyDeleteKills my diet.. auwoooooo...
sedapnyaaa..
ReplyDeletetiba-tiba rasa lapar bila baca entri ni,haha
ais krim tu sedappp gilos
my favs place to lepak2 dengan kawan2
ReplyDeletesaya suka carbonara dia memang win !
mesti cuba ni org Melaka....
ReplyDelete