Sep 22, 2015

Butik D'yana Bandar Baru Bangi - Grand Opening

Assalamualaikum semua 


Yaya rasa berbesar hati kerana berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Butik D'yana di Bangi Sentral baru-baru ini. Terima kasih kepada blogger fesyen yang sangat comel siapa lagi kalau bukan Cik Sizzling Suzai kerana sudi mengajak Yaya ke sini. Terharu okay. ^_^

Magento Commerce

Yaya percaya ramai yang sudah mengenali jenama D'yana kan? Yaya selalu perasan tag besi dia yang eksklusif yang selalu ada di hujung lengan jubah atau maxi dress D'yana. Kalau nampak je tag besi macam tu mesti kita ingat mahal lepas tu bila tanya kakak kedai rupanya masih murah dan berbaloi untuk dimiliki! Kualiti pula mestilah tiptop gitu.


See. Ramai gila dah mula menunggu seawal pagi untuk menjadi 100 orang pelanggan pertama. Power gilos. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan cawangan Butik D'yana yang keenam. Cawangan lain ialah Wangsa Melawati, Shah Alam, Alor Setar, Sg. Petani dan juga Seremban 2. Dimasa akan datang, Butik D'yana akan dibuka di Kota Bharu dan juga Pasir Tumboh, Kelantan. Maknanya ada 8 cawangan la lepas ni. Fuh. Double power gilos. 


Berkonsepkan busana dan fesyen muslimah, D'yana memberikan rekaan koleksi jubah yang praktikal, bergaya dan memberikan penampilan anggun kepada si pemakai. Koleksi D'yana juga diberikan sentuhan dengan perincian labuci, lace, manik dan juga hiasan kristal yang menjadi permintaan ramai ketika ini. Tidak ketinggalan, D'yana turut menyediakan pelbagai pilihan selendang panjang yang mevariasikan lagi pilihan busana dan juga fesyen berhijab untuk muslimah.



Butik D'yana menawarkan berbagai jenis rekaan jubah yang menggunakan fabrik yang selesa dan berkualiti tinggi. Setiap jubah juga didatangkan dalam pelbagai saiz dari S sehinggalah XL. Tapi apa yang Yaya suka, ada juga saiz 34 kalau nak ikutkan ia bersaiz XS macam tu. Kena pandai pilih dan cari okay! Finally jumpa dah butik yang menawarkan rekaan bersaiz petite. Tak payah nak hantar kedai alter lagi. Jimat tu! 




Nak cari baju tunang, dinner, kenduri, majlis formal atau santai, boleh dapatkan di Butik D'yana okay! Cantik cantik hoii fuhh geram tengok!



Selain shawl yang cantik dan meletup, dress jubah untuk kanak-kanak pun ada! Jelesnya dulu zaman kanak-kanak Yaya cuma di Sogo dan Kamdar sahaja. Sekarang banyak jubah budak yang cantik-cantik. Oh mengapa~~ Hukhuk 


Antara muka-muka yang rambang mata ketika berada di Butik D'yana.


Makanan juga disediakan bagi pengunjung di Butik D'yana. Semua sedap-sedap pula tu. Alhamdulillah. Murah rezeki mereka menjamu pelanggan.


Antara tenaga kerja yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pada hari tu. Memang terbaik la korang! *kelihatan muka masing-masing masih tenang dan gembira sebelum butik diserbu macam semut. Haha


Yaya bersama Chief Executive D'yana Boutique, Puan Ira Abdullah. Cantik dan lemah lembut. Rasa nak cubit pipi Puan Ira ni. Haha comel.


Serangggg~~!!



Dalam masa kurang sejam, banyak jubah dan shawl dah out of stock! Hebat betul penangan D'yana pada hari itu. Tahniah D'yana! Semoga terus maju jaya dalam industri fesyen muslimah! 



Bersama Puan Ira dan rakan blogger yang baru jumpa sekali dan beberapa kali dah jatuh hati. 
Sizzling Suzai, Syafiqah Hashim dan Innanie Ariffin . Muah ciked! :*



Terima kasih Butik D'yana yang sangat mesra melayan kami dan pelanggan yang lain. Staf mereka juga sangat baik dan peramah tau! Maka dengan itu, ayuh ajak makwe, ibu, adik, kakak, saudara mahupun orang tersayang shopping di Butik D'yana cawangan Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tagline mereka iaitu, "Your Muslimah Fashion Specialist". Terawat betul perasaan bila dah dapat idea butik best untuk beli jubah cantik dengan harga berpatutan.  ^_^


Untuk maklumat lanjut :


Website : http://www.dyana.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Dyana.com.my

Instagram : https://instagram.com/dyana.com.my/

Outlet  D'yana: http://www.dyana.com.my/dyana-outlets

Email: dyana.bangi@gmail.com

Contact number: 018-5878020

Alamat Butik D'yana Bangi :

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI, SELANGOR

Operating Hour: 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)



Terima kasih sudi baca 

5 comments:

  1. alamakk akk x siap lg ni cmne ni! hahha

    ReplyDelete
  2. Banyaknya baju cantik-cantikkk... Ishhh geram, ni nak pergi terjah ni nanti.. nak beli baju pergi kuliyah

    ReplyDelete
  3. oic..kt bangi..patotla macam perasan je butik ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Nk tanya ade jwtan kosg x kt butik ni?

    ReplyDelete