Dec 16, 2017

Review Shekku New Face Duo Stick & Chu Chu Tone Up Sun Stick



Siapa kat sini ada masalah blackhead dan whitehead? Tipuu ar kalau takde walaupun sikit kan? Hoho teringat kenangan masa budak sekolah dulu time tu dah meningkat remaja mulalah perubahan hormon terjadi terutamanya kat bahagian wajah. Naik jerawatlah blackhead-lah whitehead-lah kita ni pun tak tahu apa rimas je terus nak buang pakai kuku. Erkk -_-


Sampai sekarang walaupun dah arif sikitlah kan tentang penjagaan kulit muka, masalah blackhead dan whitehead tetap ada. Kadang-kadang leceh nak skrub muka 2-3 kali seminggu sebab kulit muka Yaya ni sensitif. Bila ada breakout kat dahi, terus tak skrub bahagian lain. Tu yang meriah je whitehead naik huehue.

SHEKKU

Buat mereka yang pertama kali dengar tentang Shekku ni haa kalau nak tahu ianya merupakan produk penjagaan kulit dari Korea yang terdiri daripada New Face Duo Stick yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu Blackhead Stick dan juga Pore Tightening Ice Stick. Untuk Chu Chu Tone Up Sun Stick SPF50+ PA+++ pula ianya juga mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu Chu Chu Tone Up dan juga berus lembut bagi meratakan Chu Chu Tone Up selepas disapu.

Selain mempunyai kelulusan KKM, Shekku juga sangat mementingkan kualiti dalam pembuatan produk mereka dan mengutamakan kebersihan dalam segala aspek termasuk dari pemprosesan produk sehingga pemasarannya. 


New Face Duo Stick (KKM - NOT170907076K)

New Face Duo Stick ini terdiri daripada Blackhead Stick dan juga Pore Tightening Ice Stick. Berfungsi sebagai 2 dalam 1, sememangnya Yaya teruja dengan kebolehannya yang dikatakan boleh membuang blackhead dan whitehead serta memberi kesan sejuk pada wajah dan mengetatkan liang pori selepas penggunaanya.  


Boleh dikatakan Yaya ada masalah blackhead dan whitehead tetapi tak teruk tapi masih harus diatasi kan? Benci tau kalau nampak whitehead tertimbul kat hidung tapi susahknya nak keluarkan! Sebenarnya dulu Yaya suka gunakan pencungkil whitehead. Tu yang liang pori makin besar dan whitehead semakin banyak. Maklumlah time tu budak-budak kita tak tahu lepas buang whitehead kena tuam bahagian muka tu dengan ais bagi tutup semula liang pori muka :(



Tak sabar nak cuba inovasi dari Korea 2 dalam 1 ni hihi



1. BLACKHEAD STICK (Diperbuat daripada Charcoal powder & Cornstarch) 
  1. Membuang blackhead dan juga whitehead
  2. Memperbaiki stratum corneum - lapisan paling luar epidermis
  3. Mengurangkan rembesan sebum yang berlebihan
  4. Membersihkan kawasan kulit secara mendalam
  5. Mengetatkan liang pori 
  6. Melegakan kulit yang merengsa

2. PORE TIGHTENING ICE STICK (Diperbuat daripada Iceland glacier water)

Antara kebaikan Pore Tightening Ice Stick ialah :
  1. Mengecilkan liang pori dan melegakan kulit.
  2. Meningkatkan tona kulit.
  3. Menurunkan suhu kulit.
  4. Mengurangkan bengkak pada muka.
  5. Menghasilkan rasa sejuk apabila disapu.

Cara Penggunaan BLACKHEAD STICK dan PORE TIGHTENING ICE STICK  :

1. Basahkan wajah dengan air suam
2. Sapukan BLACKHEAD STICK pada tempat yang dikehendaki dalam gerakan membulat.
3. Apabila buih terbentuk, urut perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.
4. Sapukan PORE TIGHTENING ICE STICK di kawasan yang dikehendaki.
5. Ratakan dengan ringan supaya ia diserap sepenuhnya.

*Tips : Simpan Shekku New Face Duo Stick di dalam peti sejuk untuk kesan penyejukan.


Chu Chu Tone Up Sun Stick SPF50+ PA+++ (KKM -NOT170907199K)

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, memang sesuai sangat korang gunakan Chu Chu Tone Up Sun Stick ni kerana ianya mengandungi kebaikan 7 jenis vitamin termasuk minyak semulajadi yang memberi kelembapan kepada wajah. Lagi best sebab ianya mempunyai SPF50+ PA+++ . Lepas ni tak risau dah nak berpanas bawah cahaya matahari atau menatap cahaya hp, laptop atau TV sebab ianya melindungi kulit wajah kita dari sinaran UV. 




CHU CHU TONE UP SUN STICK

Kebaikan yang terdapat pada Chu Chu Tone Up Sun Stick ialah :
  1. Terdiri daripada 7 jenis vitamin untuk menyerikan wajah
  2. Mudah digunakan dan senang dibawa kemana-mana
  3. Mencerahkan kulit muka 
  4. Memberi kesan 2 kali ganda sebagai pelindung matahari
  5. Bintang merah jambu berfungsi untuk menyamaratakan kesesuaian tona kulit wajah
  6. Memberi kesan nude dan natural look kepada si pemakai


Cara Penggunaan :

Sapukan CHU CHU TONE UP SUN STICK pada wajah dan ratakan dengan berus lembut yang disediakan. 


Step pemakaian New Face Duo Stick & Chu Chu Tone Up Sun Stick

Review dari Yaya :

Untuk mereka yang sukakan keserderhanaan dalam solekan sememangnya Chu Chu Tone Up Sun Stick sangat sesuai dengan korang sebab hasilnya sangat natural persis wanita korea! Hihi. Untuk Yaya sendiri yang kulit wajah tak berapa nak flawless, Yaya jadikan Chu chu Tone Up Sun Stick sebagai basic make up sebelum menambah solekan lain. Yang bestnya kulit muka terasa lebih moist dan kulit muka Yaya yang kering pun dapat diatasi. Dan sememangnya Yaya paling suka dan jatuh cinta dengan New Face Duo Stick! Serius benda wajib bagi semua wanita. Blackhead dan whitehead Yaya terus berkurang dan kulit dibahagian yang disapu jadi lebih lembut. Pore tightening tu pula memang sangat membantu mengecilkan liang pori hidung Yaya. Kesan sejuk tu memang sangat melegakan kulit sampai tak tersedar Yaya sapu satu muka sebab sejuk dan best sangat! ^_^


Harga untuk setiap stick ialah RM149. Tapi kalau korang beli keduanya sekali iaitu New Face Duo Stick & Chu Chu Tone Up Sun Stick, harganya cuma RM249


Jangan lupa rebut peluang untuk beli dengan harga promo! ^_^

Untuk maklumat lanjut dan pembelian :




Terima kasih sudi baca

18 comments:

  1. wahhhh bestnya.. sesungguhnya produk dr Korea tak pernah mengecewakan kan.

    ReplyDelete
  2. Wah ternyata lagi promo ya itu produknya. Kaya di drakor produknya. Tahun baru identik sama produk dan wajah baru ya :D Nanti coba tengok dlu ongkir ke indo berapa.

    ReplyDelete
  3. first time dengar brand ni, sha pernah jugak nak beli stick untuk blckhead tu tapi brand lain la tapi takut takbekesan haha. yang sun stick tu memng sha suka sebab ada brush sekali kan, senang kalau bawak gi jalan jalan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi kosmetik ni. Jarang pakai kosmetik. Chu chu tone up stick tu comel.

    ReplyDelete
  5. unik la produk SHEKKU New Face ni... teruja lak K.Sal nak klik link tu ha...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat dua2 ni...next year birthday akak jgn lupa hadiahkan tau...#ehhh

    ReplyDelete
  7. Blackhead Stick tu memang menarik. Tak pernah tengok lagi produk macm tu. Semua barang pun nampak menarik. Dalam bentuk stik senang nak pakai juga.

    ReplyDelete
  8. Macam perasan je 2-3 menjak nie, dekat muka naik blackhead.. uwahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. patut la yaya comel ni la rahsianya ya.. menarik nampak produk senang nak hilangkan blackhead ni...

    ReplyDelete
  10. wow not cheap also ya. cannot imagine how much my expenses would be if im a girl. haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  11. Interesting product, I'll love to try this out and the gift set is so worth it.

    ReplyDelete
  12. comelnya nama chuchu, stick ni lebih senang nak apply berbanding liquid, liquid telebih picit je abis membazir,

    lebih berbaloi if beli 2 sekali kan, jimat dah kat situ.

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  13. Cantik pembungkusannya dan nampak mudah cara pemakaian "New Face Duo Stick" & "Chu Chu Tone Up Sun Stick". Nampak cantik dan sesuai dengan Yaya. Bagi saya pula, bila dah berumur ni perlu lebih memilih kosmetik yang sesuai dengan kulit, maklumle :).

    ReplyDelete
  14. akk pun byk backhead..nak kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  15. Pernah jugak beli blackhead stick tu, tapi tak reti pakai. Ada tips pakai tak?

    ReplyDelete
  16. Bagus betul foundation sekarang dah duo stick so tak lah rasa berat bag bawa banyak2 berus. nampak macam senang nak apply. full coverage ke medium to full coverage eh?

    ReplyDelete
  17. sesuai untk hadiahkan kepada kawan-kawan

    ReplyDelete
  18. I saw many bloggers review the duo stick and I wondering how the texture and whether it suit my skin. I can see it blend well with our skin color.

    ReplyDelete