Dec 4, 2017

Service Renovation Kitchen Cabinet yang murah dan berbaloi dengan Intech Kitchen



Walaupun belum punya rumah sendiri, Yaya paling suka gila pergi showroom rumah dan tengok sendiri depan mata hiasan dalaman rumah yang cantik-cantik hihi. Sambil-sambil tengok tu boleh berangan kalau ada rumah sendiri nanti boleh hias macam tu macam ni. Berangan tak salah okay :p


Kebetulan Intech Kitchen yang bertempat di Semenyih Kajang ni tak jauh dari rumah Yaya so kita pun saja la nak jalan-jalan cuci mata. Mana tahu kot terberkenan boleh bodek ayah suruh tambah apa yang boleh dekat rumah yang ayah beli kat Sg. Long tu. Rumah apartment tu kecik comel je tapi ada 3 bilik. Cumanya bahagian dapur tu macam bukan dapur tu yang tengah cari idea nak ubahsuai bahagian dapur. 


Masuk je bahagian showroom terus ternampak sijil pengiktirafan dan juga kejayaan yang telah Intech Kitchen dapat sepanjang 10 tahun mereka beroperasi. Terbaik la~





Bila dah jadi mak-mak ni, paling kita teruja kalau ada dapur yang cantik dan selesa untuk memasak. Untuk korang yang masih tengah survey dan tercari-cari kitchen cabinet yang menjadi idaman hati, korang boleh terus dapatkan khidmat Intech Kitchen! Yaya sendiri pun dah masukkan Intech Kitchen dalam wishlist Yaya nanti kalau nak buat ubahsuai. Jom korang tengok hasil kreativiti Intech Kitchen ^_^






Omg omg cantiknya korang! Yaya paling berkenan yang set putih ni! Walaupun orang kata susah nak jaga sebab takut kotor ke apa but heyy kalau dapur cantik macam ni haruslah jaga elok-elok kalau boleh hari-hari nak bagi berkilat macam baru beli tau :')


Yang bestnya lagi tentang kabinet dapur dari Intech Kitchen ini ialah, bila buka je setiap laci macam dapat surprise tau. Nak tahu surprise apa? Contohnya macam rekabentuk laci tu yang sangat fleksibel dan kalau boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam laci tu. Tu yang Yaya teruja sangat dengan kemahiran Intech Kitchen ni.




Bila buka je almari, taraaa~ haa ada banyak bahagian kat dalam laci ni tau. Boleh letak pelbagai stok makanan dan bagi Yaya sangat menjimatkan ruang kerana ianya menggunakan segala space yang ada. 



Kat bahagian laci yang nampak kecil ni pun rupanya terdapat bahagian untuk kita letak botol sos, botol kicap dan sebagainya. Bila ada ruang tersorok macam ni, bahagian dapur akan nampak lebih kemas lagi sebab semuanya dah tersimpan molek didalam laci ;)


Ni kalau ada Shawn nak je bagi hint hint jelingan manja "Yangggg nak dapur macam ni please please pleaseee..." hahaha aduhai jatuh cinta okay! Suka sangat ada bar counter macam ni. Untuk design dapur macam ni, ianya menggunakan material 4G Glass. Glass Door ni juga ada dua jenis grade iaitu 3G dan 4G yang mana mempunyai harga dan kualiti yang berbeza 


Di Intech Kitchen, korang boleh suarakan idea dan juga pendapat tentang dapur idaman korang. Perkerja mahir mereka akan terus zahirkan apa yang ada di minda korang dalam bentuk lukisan dalam masa kurang 10 minit! Selain tu mereka juga akan berikan cadangan kepada korang dalam pemilihan material untuk kitchen cabinet idaman korang. 




Rambang mata kan? Kalau Yaya mesti nak pilih yang ala-ala moden style hihihi


Tiada masalah pinggan berlaga dan sumbing bila ada compartment macam ni.


Dahlia tu yang over nau apesal -.-


Nicenya koranggggg




Nice kannnn! Siapa sangka bila buka je laci rupanya ia berbentuk angle macam ni. 



Selain kitchen cabinet, korang juga boleh dapatkan pelbagai khidmat dan servis dari Intech Kitchen dalam pengubahsuaian rekabentuk untuk hiasan rumah korang seperti almari baju, TV cabinet, stair cabinet, bed frame dan lain-lain lagi ;)


Ini antara contoh wardrobe yang turut terdapat di showroon Intech Kitchen.



Nak yang transparent menggunakan kaca macam ni pun ada tau korang. Ekslusif sangat :)


Bersama Owner Intech Kitchen iaitu Jessica. Jess ni memang peramah orangnya dan sudi berkongsi idea dan pendapat untuk menyerlahkan lagi bahagian rumah kediaman. 


So korang, macam mana? Dah terfikir-fikir dan terbayang-bayang nak dapur idaman macam mana nanti? Hihi. Semoga murah rezeki nak ada dapur idaman dan berkerjasama dengan Intech Kitchen nanti. Aamiin :)


Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Alamat :
Alamat: 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih

Telefon:  Jessica (012-667 0706) / Jeff (012-6252528)




Terima kasih sudi baca

26 comments:

  1. suka tengok dapur banyak laci ni..memang boleh simpan apa-apa dalam tu..yang penting kemas..tak nampak dekat luar pun

    ReplyDelete
  2. nanti leh yaya buat kitchen cabinet dengan intech kitchen ni.. cantik kannn

    ReplyDelete
  3. Doakan I ngan husband next year bonus dapat lah buat kitchen cabinet dari intech ni

    ReplyDelete
  4. walawehhh...nak nangis baca entri Yaya..kenapa cantik sgt...klu gini dapur..membuak-buak nak masak..

    ReplyDelete
  5. Cantikkan hiasan mereka!!! lawa betul :)

    ReplyDelete
  6. The design was so beautiful. Fully utilise the space.

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik kitchen cabinet dari intech kitchen ni.

    ReplyDelete
  8. Tak bleh tahan la tengok entry ni..nasib baik baru buat kitchen kabinet tahun ni...kalau tak laju2 akak pi mintak quotation

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, berkenannya dengan semua benda dekat sini. Dah la sekarang memang tengah mencari rumah. Nanti kalau dapat beli rumah baru, nak usha2 jugak lah diaorang punya service

    ReplyDelete
  10. cantiknya yaya kabinet ni. boleh belanja aida satu tak? hehehee

    ReplyDelete
  11. Walawei syokknya kalo ada budget utk buat kitchen cabinet ni..semua design nampak menarik and wardrobe tu mereciks!

    ReplyDelete
  12. Kita suka tengok rak baju tu hehehe bestnya kalau ada rumah baru untuk dapatkan peralatan baru ini....

    ReplyDelete
  13. Wah minat betul dengan design kitchen kabinet. Luas dan selesa. Memang nampak sangat teliti pembuatannya.

    ReplyDelete
  14. Samalah suka masuk tengok interior design..pastu akan berangan nk buat rumah mcm tu lah mcm ni lah. Hehhe

    ReplyDelete
  15. Aduahi..cantiknya tengok dapur. Bestnya kalau dapat satu. Huhu. Memang lagi rajin masak kalau dapat dapur macam ni.

    ReplyDelete
  16. I need to plan for my new house. Can do research for the price and design. Thanks for the recommendation

    ReplyDelete
  17. Cantik-cantiknya design. Bestnya kalau dpt buat untuk rumah sendiri.

    ReplyDelete
  18. cantik2 design kitchen kabinet...ciktom slalu jgk survey kat home fair..mmg rambang mata...tp tunggu bajet ckup dl nak grab yg design ciktom nak..hihi

    ReplyDelete
  19. wow looks very classy! i hope the kitchen in my future house can be very nice too.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  20. The designs are so stylish and modern! Cantik nye!

    ReplyDelete
  21. Syoknyaa main deko2 rumah nii

    ReplyDelete
  22. Terima Kasih atas perkongsian, ianya bole menjadi rujukan utk Kita semua membuat dekorasi ruang dalaman rumah

    ReplyDelete
  23. Terima Kasih atas perkongsian, ianya bole menjadi rujukan utk Kita semua membuat dekorasi ruang dalaman rumah

    ReplyDelete
  24. Terima Kasih atas perkongsian, ianya bole menjadi rujukan utk Kita semua membuat dekorasi ruang dalaman rumah

    ReplyDelete
  25. Lawa tu dapur yang putih ada lampu t5 kat bawah.

    ReplyDelete
  26. Memang cantik kitchen cabinet tu. Saya suka. Saya sudah follow blog ini.

    ReplyDelete