Dec 27, 2017

Kebaikan Ekstrak Aloe Vera pada Aloeshafy



Berkesempatan memenuhi jemputan ke majlis pelancaran Aloeshafy tempoh hari membuatkan Yaya sedar kebaikan aloe vera ini sepenuhnya. Sebelum ni memang ada buat treatment kecantikan sendiri guna daun aloe vera yang Yaya tanam depan rumah ikut resepi orang lama lagi-lagi time kulit kering dan berjerawat, haa Yaya calit je sikit lendir aloe vera tu insyaAllah cepat je sembuhnya. 


Kalau nak tahu, aloe vera juga digunakan sebagai first aid bila terkena luka melecur. Masa dapur rumah terbakar dulu, adik Yaya terkena selaran api kat bahagian peha dia fuh putih terus daging dia memang scary masa tu Yaya tak fikir apa dah terus koyak je daun aloe vera dan sapu kat bahagian yang terbakar tu bagi reda. Sekurang-kurangnya kesan terbakar tu tak teruk sangat. Ibu Yaya sendiri pun pengamal daun aloe vera sebab penghidap migrain. Kalau migrain datang ambil daun tu dan lumur je kat kepala bagi sejuk. Selain tu boleh lebatkan rambut sekali hihi.


Sedikit info mengenai PIJ Manufacturing Sdn Bhd

PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milikan sepenuhnya PIJ Holdings Sdn Bhd telah melancarkan produk ekstrak Aloe Vera berjenama ALOESHAFY dan menjadikannya syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara.


Sebuah lagi anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings, PPA Bio Sdn Bhd, telah mengkomersialkan penanaman secara organik Aloe Vera Barbadensis Miller, yang merupakan spesies Aloe Vera terbaik dunia di ladang berstatus MyOrganic seluas 120 ekar yang terletak Bio Desaru iaitu Lembah Makanan Organik Bersepadu Johor. Operasi kilang dan pemasaran ekstrak Aloe Vera dengan kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan terletak di POIC, Halal Park, Pasir Gudang, Johor.



Pengarah PIJ Manufacturing, Sharifah Suziana Syed Ali berkata, sebagai syarikat yang pertama dan peneraju dalam pengeluaran ekstrak Aloe Vera di negara ini, PIJ Manufacturing berkelebihan mengawal seluruh rantaian bekalan industri dari penanaman ke penuaian, mengekstrak dan memproses ekstrak sehingga mengedar komoditi berkenaan ke pasaran yang hampir keseluruhannya menggunakan teknologi dari Belanda. Wow :D


Ketika majlis pelancaran dan sesi bergambar bersama orang kuat Aloeshafy.





Ketika sesi press conference bersama (dari kiri) Dr Lee Ting Hun (Research Fellow / Head Institute of Bioproduct Development, UTM), Tuan Hj Rozan Bin Mohd Sa'at (Managing Director PIJ Holdings Sdn Bhd) dan Puan Sharifah Suziana Bt Syed Ali ( Director PIJ Manufacturing Sdn Bhd)


3 jenis produk Aloeshafy yang diperkenalkan adalah :
  • Jus Aloe Vera
  • Aloe Body Gel
  • Beauty Set



Jus Ekstrak Aloe Vera Aloeshafy

Antara manfaat Jus Aloe Vera Aloeshafy ialah : 
  • Anti oksidan
  • Detoks
  • Anti-radang
  • Meningkatkan proses penyembuhan
  • Menggalakkan tahap tenaga yang sihat

Cara penggunaan :
Minum 30ml sebelum sarapan pagi dan makan malam. Goncang sebelum minum dan simpan pada suhu bilik. Untuk kekal segar, simpan pada suhu dingin selepas dibuka.


Aloe Body Gel Aloeshafy

Gel badan ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif seperti Yaya. la dapat membantu melembap, meremajakan kulit dan juga boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut. Nikmati bauan segar dan wangi Aloe Body Gel ini sebelum tidur dan rasai perbezaan kulit yang semakin lembut keesokan harinya.

Cara penggunaan :
Sapukan pada permukaan kulit yang dikehendaki sehingga rata dan biarkan ianya menyerap secara semulajadi. Boleh juga digunakan sebagai penjagaan rambut dan kulit kepala. 


Beauty Set Aloeshafy

Set Penjagaan Wajah yang terdiri daripada Pencuci Muka, Penyembur Muka dan Gel Pelembap Muka ini berfungsi untuk membersih, menyegar, melembap dan menghidrat kulit muka dan juga bagi menangani masalah kulit muka yang kering.

Step 1 - Beauty Cleanser :
Gunakan Beauty Cleanser semasa mencuci muka serta buat urutan perlahan sehingga berbuih dan kemudian bilas sehingga bersih. Suka tau rasa fresh je muka lepas guna Beauty Cleanser Aloeshafy ni.

Step 2 - Youth Essence :
Semburkan Youth Essence pada muka selepas cucian dan biarkan ia menyerap secara semulajadi. 

Step 3 - Aloe Plus Soothing Gel :
Sapukan 2 kali sehari selepas menggunakan Beauty Cleanser dan juga Youth Essence.



Bagi Yaya apa yang paling best tentang Aloeshafy selain dari Jus Aloe Vera ialah Beauty Set sebab ianya sesuai untuk semua jenis kulit sehingga kulit yang sensitif. Ada sesetengah pencuci muka yang buat muka kita rasa ketat dan tegang selepas cucian tetapi tidak Beauty Cleanser dari Beauty Set Aloeshafy. Serius lembut sahaja muka lepas cucian dan rasa lebih segar. Youth Essence pula memang favorite! Muka terus terasa segar gila bila korang spray selepas cucian ataupun masa tengah panas tu spray kat muka fuh terus rasa cool dan lega je muka hee. Maklumlah bila muka tengah panas ke lesu ke mesti kita taknak muka stay macam tu lama-lama so cara yang cepat korang spray je Youth Essence ni secara automatik dalam 2 saat muka terus rasa fresh dan bermaya. Kulit pun terhidrat dan lebih lembapan hihi. Aloe Plus Soothing Gel pula sememangnya melengkapkan rutin penjagaan wajah. Ianya membantu menenangkan kulit wajah dan memperbaiki tekstur kulit bagi memberi khasiat dan kelembapan yang maksimun. Lagi Yaya suka bila dalam masa yang sama dia merawat kulit wajah kita secara semulajadi wee! Korang wajib try tau ;)



Untuk maklumat lanjut :

Website : http://www.aloeshafy.com/
Facebook : Aloeshafy Malaysia
Instagram : @aloeshafymalaysia







Terima kasih sudi baca

17 comments:

  1. Rajinnya tanam alor vera... baru tau bole pelbagai gina masa terbakar.. kak fas dulu kaki terbakar dihempap lilin panas yg org buat lukis batik tu tp xde aloe vera dan tak tau pun bole bantu... tip terbaik

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ya khasiat Jus Aloe Vera Aloeshafy tu .. tp alovera ni memang terbaik , nanti K.Sal ushar FB dia..teringin gak nak try brand lain

    ReplyDelete
  3. Bagus kan guna produk berasaskan alami begini. Rawlins suka warnanya yang gelap - nampak eksklusif.

    ReplyDelete
  4. Saya suka pakai moisturizer Aloe Vera daripada The Face Shop.

    ReplyDelete
  5. Eh hari tu masa duduk hotel ngan onie, ade die bawak set ni jugak. Nampak menarik betul packaging die.

    ReplyDelete
  6. banyak juga baca tentang produk aloeshafy ni. nampak memang bagus dengan khasiatnya. packaging pun nampak elegan. :D

    ReplyDelete
  7. Nampak macma produk yang boleh dipercayai packaging pun nampak ekslusif harap boleh memberikan kesan yang efektif dan selamat

    ReplyDelete
  8. Dh banyak product yg berasaskan aloe vera di pasaran kan.. nampak betul betapa bagusnya khasiat aloe vera dalam dunia kecantikkan dan perubatan

    ReplyDelete
  9. looking good Yaya. The products macam best juga

    ReplyDelete
  10. Suka produk berasaskan Aloevera ni... Beauty Set Aloeshafy ni baru pertama kali nampak.. tq info berkenaan produk !

    ReplyDelete
  11. Aloe vera mmg bagus. Zaman dulu2 suka ambik alovera yg mak tanam then sapu kat rambut or muka. Now senang dah ada jual produk mcm ni berasakan aloe vera..beli je..:)

    ReplyDelete
  12. Best produknya.. Berasaskan aloe vera yang diketahui banyak manfaatnya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. TB pun suka produk yang berasaskan aloe vera ni.. elok utnuk kesihatan dalaman dan luaran.. bila ada set skincare pulak lagi la rasa nak try je produk ni.. eh ada jus jugak ye?

    ReplyDelete
  14. Dulu selalu pakai aloe vera ni untuk kawasan luka je. Skrang dah macam-macam kegunaan dia dah. Makan pun boleh.

    ReplyDelete
  15. Produk yang berasaskan aloe verra memang best guna untuk apply pada kulit. Suka sebab rasa sejuk dan sangat mujarab untuk rawat sunburnt

    ReplyDelete
  16. Good review yaya 😍 Terus rasa macam nak grab satu. Nak try. Hihi

    ReplyDelete
  17. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com

    ReplyDelete