Sep 6, 2017

Amante Wellness Beauty l Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment



Hai korang! Seronok tak dapat cuti panjang tempoh hari? Bukan main sakan beraya ye hihi mesti banyak makan daging kan? Cuba check kat perut dengan peha tu entah-entah dah bertambah seinci opsss Yaya saja je menyakat :p Bukan apa sejak lepas bersalinkan anak bertuah Dahlia Safiya tu, Yaya perasan yang Yaya ada masalah buncit sedikit dan juga masalah strecth mark di bahagian peha hmm dok fikir juga nak guna produk apa lagi sebab dah macam-macam krim parut Yaya tenyeh tapi tak hilang juga.


Kebetulan ada kawan perkenalkan kat Yaya dengan Amante Wellness Beauty yang sememangnya cukup dikenali dan mempunyai beberapa buah cawangan di sekitar Lembah Klang. Yaya pun apa lagi terus buat appoinment di cawangan mereka yang bertempat di USJ Taipan. Dengar kata cawangan disini baru dibuka dan diberikan nafas dan konsep baharu. Teruja pulak Yaya nak pergi ke cawangan ni. Tapi sebelum tu, Yaya nak ingatkan kat korang kawasan disini memang sibuk tau. Prefer untuk korang gunakan perkhidmatan Uber atau Grab. Hihi


Nampak tak rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment dekat flyers tu? Haa Yaya nak buat rawatan tulah. Kedatangan Yaya disambut dengan baik oleh staf mereka. In fact, semua staf disini sangat baik dan peramah. Yaya yang nervous ni pun jadi seronok dan tak sabar nak buat rawatan yang dah ditempah.


Tapi sebelum tu jom Yaya tunjukkan kepada korang sekitar ruang dalaman Amante Wellness Beauty Center ini. Untuk makluman, pusat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan juga perempuan. So, jangan risau kalau muslimah semua nak pergi kesini. Takkan bercampur dengan lelaki. Lagi best kan, ada bilik untuk mereka yang hadir bersama pasangan dan korang boleh dapatkan rawatan di bilik yang sama.








Terdapat beberapa buah bilik yang mana setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi yang bersesuaian untuk rawatan yang akan dijalankan. Sampai sahaja di spa, korang akan diberikan tuala, serkup rambut dan juga seluar dalam pakai buang. Memang kena tanggalkan semua pakaian termasuk barangan kemas bagi memudahkan proses yang akan dijalankan oleh pakar terapi disini. Barangan peribadi akan terjaga dengan baik sebab rawatan akan dijalankan di bilik yang sama juga. 


Kebaikan Amante’s Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment ialah :

- Detoksifikasi kulit
- Membantu mengurangkan berat badan dan juga memberi kesan langsing
- Mengurangkan Selulit dan Air yang berlebihan
- Memulihkan dan membaiki keadaan kulit 
- Memberi kesan tona kulit yang lebih baik dan menambah keserian kulit
- Meningkatkan kelancaran perjalanan darah di dalam badan
- Meningkatkan kadar metabolik pada kulit


Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai servis dan rawatan yang ditawarkan tau! Harganya pula memang sangat berbaloi untuk mereka yang mementingkan kualiti dan juga hasil yang tip top. Ada rawatan penjagaan badan, rawatan kulit muka, waxing dan juga lain-lain. Yaya pun terkejut harga untuk setiap servis boleh dianggap sederhana dan tidak terlalu mahal untuk spa yang begitu ekslusif ini.


Untuk mereka yang membawa teman atau ahli keluarga sementara menjalani proses rawatan, mereka yang hadir boleh menunggu di ruangan menunggu yang disediakan. Memang sangat luas dan selesa!





Nak tahu tak? Hanya selepas 1 kali rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment, perut Yaya dah rasa tak buncit macam kebiasaan. Terasa lebih tegang dan firm gitu. Lagi best, strecth mark yang Yaya ada juga semakin pudar. Huwaaa sukanya! Yaya ada bagitahu dekat pakar terapi yang Yaya ni lenguh bahu (maklumlah bila kita breastfeeding anak ni kan) so dia urutkan bahu Yaya ni sampai tak lenguh dan rasa ringan sangat badan! Bukan nak puji ke apa tapi layanan pakar terapi dari Kak Emelda memang sangat terbaik dan terpuji. Yaya suggest kalau korang nak kesini, sila booking appoinment dengan Kak Emelda okay! Beliau juga sangat peramah dan berpengalaman tau. Kita pun tak rasa kekok bila bersembang dengan beliau.


Inilah Kak Emelda tu. Cantik kan dia. Cuba teka umur dia berapa? Mesti korang tak percaya hehe


*Feeling sangat hahaha*


Yaya memang recommend sangat untuk korang cuba sendiri rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty ni. Memang terasa kelainannya tau. Seluruh badan terutama bahagian punggung Yaya rasa tegang je hihi :p. Memang terbaik alatan yang digunakan semasa proses rawatan ini. Berbaloi sangat Yaya tadah badan dibawah lampu yang agak panas suam dalam proses pembakaran lemak di bahagian perut dan juga peha tu. Serum yang disapu diseluruh badan kita juga akan diserap dan bertahan dalam masa 24 jam. Untuk mereka yang mempunyai masalah selulit, boleh sangat reward diri sendiri dan cuba rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment ni. Luangkan masa 90 minit untuk manjakan diri selepas penat berkerja. Cantik untuk diri sendiri apa salahnya kan? ;)


Secara jujur, Yaya memang sangat berpuas hati dengan layanan, servis dan rawatan yang diberi. Tak sabar nak datang lagi untuk rawatan yang lain pula. Mungkin lepas ni kita boleh cuba rawatan spa di cawangan Amante Wellness Beauty yang lain? Hihi


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @amantewellnessbeauty
Customer Careline : 012-3769911
Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Above Guardian)
Waktu Berkerja: (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin


Nak pergi cawangan Amante Spa yang lain? Boleh rujuk dibawah ye :) 


   PJ @ Jaya One
Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 7492 0476 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm
Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana
61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm
Puchong @ Bandar Puteri
1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm
Mont Kiara @ Solaris
1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
11.00am - 09.00pm
PJ @ Aman Suria
No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm



Terima kasih sudi baca

29 comments:

  1. Mcm best jee... the places looks very nice..

    ReplyDelete
  2. Seems such lovely and relaxing place to do body treatment. Really should pay a visit here to know more about the treatment process <3

    ReplyDelete
  3. Nak juga try service di sini! environment sangat cantik and relaxing.

    ReplyDelete
  4. yaya dah cukup slim dah hehehe alahai asal kat kedah takde

    ReplyDelete
  5. Yaya berspa dah. Hehehe. Best kan. Akak takda masa lagi nak ke spa, travel dan etc. Pi event back to back. Apa kata yaya dtg rumah urut akak. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Cantik dan mendamaikan tempat ini. Kena rekemen wife ini

    ReplyDelete
  7. Memang best buat rawatan body shaper tu, mmg nampak perubahan lps sesi rawatan pertama. Rasanya lps ni nak gi lagi lah..hehehe

    ReplyDelete
  8. sesekali dapat peluang 'me time' mcm nie memang bestkann??

    ReplyDelete
  9. Patut Yaya makin slim dan menawan selepas bersalin ni rupanya ini rahsianya hehehehehe..

    ReplyDelete
  10. Tempat dia tenang je memang sesuai untuk buat rawatan spa. Ilang stress

    ReplyDelete
  11. Wahhh nampak tenang dan selesa ruangnya. Bolehlah nanti sekali sekala bawa mak merehatkan diri. Hihi

    ReplyDelete
  12. Ooo...I can so imagine myself getting the back scrub hehehe....

    ReplyDelete
  13. Great! They have one at PJ area, maybe I should visit them 🙈

    ReplyDelete
  14. Great! They have one at PJ area, maybe I should visit them 🙈 The place looks luxurious as well

    ReplyDelete
  15. Great! They have one at PJ area, maybe I should visit them 🙈

    ReplyDelete
  16. The ambiance looks so nice and peaceful. I want to go to a spa to pamper myself. Thanks for showing around the spa center.

    ReplyDelete
  17. bagusnya ada tempat macamni. lepas bersalin tak perlu risau lagi. :D

    ReplyDelete
  18. wow ini rahasianya bikin slim

    ReplyDelete
  19. I have packages there. nice place to relax

    ReplyDelete
  20. I like the ambiance too, so relaxing and calming :)
    I wouldn't mind spending longer hours here.

    ReplyDelete
  21. Dah lama teringin nk pi buat treatment ni. Best kalau dpt pergi

    ReplyDelete
  22. I just love a good spa. It's always so relaxing to go for a massage. I have never tried this kind of intense treatment before, but I'm sure you were happy with the results. :) Cheers!!

    ReplyDelete
  23. Looks like a very luxurious pampering session. Kak Emelda looks like she's in her 40s. Tepat tak?

    ReplyDelete
  24. bestnya, tengah cari spa yang murah murah juga ni hehe , nice info sis

    ReplyDelete
  25. Wah tempat itu macam best, they have a branch that is near to my place.

    ReplyDelete
  26. Anonymous9:48 PM

    the place looks very spacious and this should be good for couples who visit together! :D

    ReplyDelete
  27. I heard they offer a good price for massage and can cater for a couple massage. That good.

    ReplyDelete
  28. Looks like nice place and the treatment must be very effective too. Would love to try out.

    ReplyDelete
  29. The packages there are good and absolutely love the ambiance as well. It is extremely relaxing.

    ReplyDelete