May 31, 2016

Sediakan Payung Sebelum Rumah | Setiap Isnin di Astro Oasis & Maya HD

Hai semua! Hmm mana nak mula ye. Okay macam ni. Nak bagitahu dan mengajak kalian semua untuk menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah yang akan mula bersiaran pada 7 Mac 2016 setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135. Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan tentang perkongsian ilmu mengenai hartanah, belanjawan, cara mengukuhkan kewangan dan macam-macam lagi! Menariknya, melalui program ini juga kita boleh menerapkan segala macam ilmu asas mengenai cara pengurusan kewangan secara efektif dan inovatif.

Tuan Bri Pakar Hartanah.

Sediakan Payung Sebelum Rumah ini juga akan di hoskan oleh Pakar Hartanah yang terkenal iaitu Tuan Bri. Haa masa inilah kalian kena korek rahsia dan ilmu beliau sebab kalau nak pergi kelas hartanah beliau, kena bayar tau! So ambil peluang secara percuma ni dengan menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah okay! ;)


Selain itu juga, kalian boleh mengikuti dan mendalami dilema yang dihadapi oleh anak muda yang sedang berusaha meningkatkan nilai kualiti hidup iaitu Hariz (Ungku Hariz) , Sakhee (Sakhee Shamsuddin), Intan (Intan Liyana) dan juga Yaya (Hidayah Iqmal a.k.a Yaya Natsumi :p) dalam menjalani liku-liku kehidupan di bandar.


Sedikit gambaran mengenai watak Hariz yang selalu mementingkan kemewahan dan berbelanja tanpa meminta pendapat orang sekeliling menimbulkan banyak permasalahan kepada beliau.

Mahupun begitu, Sakhee yang merupakan sahabat baik Hariz sentiasa memberikan nasihat kepada Hariz melalui pengalaman dan pembacaan beliau mengenai isu semasa.


Intan pula yang merupakan "kaki shopping" , suka cakap lepas tetapi baik hati dan selalu membantu sahabatnya Yaya, mempunyai sifat suka berbelanja mewah dan akhirnya berdepan dengan kesukaran untuk mempunyai wang simpanan akibat dari sifat boros beliau.

Meskipun begitu, Yaya yang blur, kurang emosi dan pendengar setia kepada sahabat baiknya Intan, merupakan seorang yang pakar dalam bidang audit dan akaun. Beliau sentiasa menasihati dan membantu Intan dalam permasalahan beliau.

Dalam masa yang sama, keempat-empat watak diatas sedang sedaya upaya untuk membeli sebuah rumah sebagai aset untuk simpanan mereka pada masa akan datang. Berjayakah mereka? Jangan lupa tengok! ^_^


Sediakan Payung Sebelum Rumah akan bersiaran pada setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang mulai 7 Mac selama 13 episod di Astro Oasis dan Maya HD.


----------------------------------------------------

Giveaway #SediakanPayungSebelumRumah by Yaya Natsumi 

Caranya mudah sahaja :

1. Tonton Drama Sediakan Payung Sebelum Rumah pada hari Isnin 7.30petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135

2. Snap salah satu scene dalam drama Sediakan Payung Sebelum Rumah

3. Upload di IG/FB dengan hashtag #SediakanPayungSebelumRumah dan #GiveawaySPSR

4. Like Facebook Page Sediakan Payung Sebelum Rumah

5. Pemenang akan diumumkan setiap minggu selama 13 episod program ini berlangsung. Yayy! ^_^

Jangan lupa follow instagram Yaya Natsumi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Giveaway ini okay!


Oleh kerana itu, korang wajib menonton Sediakan Payung Sebelum Rumah selama 13 episod ini tau! Setkan mode rekod siap-siap dan tekan butang R di remote Astro kalian untuk merekod program ini selama 13 episod. Lepas ni kalau lupa mengenai ilmu yang disampaikan, boleh ulang tengok semula. Best kan ^_^


Jangan lupa tengok kami tau! 



Terima kasih sudi baca 

May 30, 2016

Jameela Street | Himpunan Vendor Eksklusif di SACC Mall Shah Alam



Hai korang! Haritu Yaya sempat berjalan-jalan di SACC Mall lepas balik kerja fuhh meriah sungguh lahai SACC Mall sekarang. Banyak kedai-kedai menarik yang dibuka tapi yang paling menarik ialah Jameela Street di SACC Mall :D

Selain menghimpunkan pelbagai jenama ekslusif, Jameela Street juga berfungsi sebagai satu daya penarik di SACC Mall. Mana taknya, sepanjang laluan di tingkat 2 dan 3, mata pengunjung akan dijamu dengan pelbagai busana masyaAllah cantik sungguh! Yang lagi best, mereka kini mengadakan promosi dari 10% sehingga 50%. Memang hebakkk!


SACC Mall yang sudah dihias cantik sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia.


Dah tu tengok saja? Meh la jemput datang ke Jameela Street. Suka dengan nama Jameela ni. Dalam bahasa arab Jamilah/Jameela bermaksud kecantikan. Sesuai sangat dengan manusia yang sukakan kecantikan dan berhias cantik. Di Jameela Street, kesemua koleksi dari vendor berkumpul di bawah satu bumbung bagi memudahkan pelanggan untuk meneliti koleksi mereka secara dekat. :)


Jom kita tengok sedikit sebanyak gambar booth dan koleksi dari vendor yang sempat Yaya rakamkan ketika disana. Rambang mata toksah kata aih. ^_^







Cantiknya kebaya ni! 





Nak cari baju kurung, baju kebaya, kurung moden, baju melayu, kaftan, songkok, songket, sutera, aksesori, selendang, tudung, shawl, baju sepasang ibu dan anak dan macam-macam lagi? Jangan lupa datang SACC Mall Shah Alam okay!


Sempat juga Yaya berkenalan dan beramah mesra dengan pemilik butik Jemari Aida. Baik je founder Jemari Aida iaitu Puan Aida melayan kita ni. So kita bagi extra credit dalam blog ye. Hihi. Butik beliau berkonsepkan busana muslimah dan pelbagai aksesori pilihan yang menarik untuk digayakan oleh wanita masa kini.


Bersama founder Jemari Aida, Puan Aida.


Antara koleksi aksesori di bawah jenama beliau dan kebanyakannya adalah hand-made tau :D


Paling menarik perhatian ialah duit syiling yang diolah menjadi perhiasan. Ini duit syiling betul tau! Memang rare sungguh :D


Thank you Puan Aida bagi kita cenderahati. Hihi. Boleh contact nombor, FB dan IG tertera ya!


Sempena Pembukaan Jameela Street Vendor di SACC Mall Shah Alam, terdapat peraduan bagi "Pencarian Wajah Jameela" yang akan bermula pada 4 Jun 2016 di mana hadiah utama keseluruhan bernilai RM10,000 dan pemenang juga akan memenangi pakej percutian ke Krabi, Thailand. Sambil-sambil shopping, sambil-sambil cuba nasib kan. Mana tahu andalah wajah Jameela yang mereka cari! :D


Jangan lupa join tau! Sentiasa ikuti perkembangan Jameela Street di IG @jameelastreet okay!

Selain itu, pada 16 Jun 2016 nanti akan diadakan Majlis Iftar Jameela Street yang juga akan bertempat di SACC Mall, Shah Alam. Majlis ini akan dihadiri oleh media, selebritti dan juga anak-anak yatim. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan nanti. Jemput datang ya!


Maklumat lanjut mengenai Jameela Street :

Instagram : @jameelastreet




Terima kasih sudi baca 

May 21, 2016

Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle



Jarang kita dengar lelaki dijadikan sebagai duta produk kecantikan. Tapi kini, semua tu tak mustahil dah sebab produk kecantikan Maria Miracle yang berasaskan makanan kesihatan sesuai diambil oleh lelaki mahupun perempuan. Makanya semua lelaki haruslah menjaga kesihatan juga okay!


Siapa suka strawberi? Sekarang ni Maria Miracle dah estrakkan strawberi kegemaran korang tu dalam bentuk supplement! Tinggal kemam sahaja dan terus jadi cantik! Gituu ^_^


Pada minggu lepas, Yaya bersama rakan blogger yang lain djemput sebagai media untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan sesi menandatangani memorandum Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Sesi ini dibuat di The Garage KL berdekatan Ampang. Memang best tempatnya. Hipster habis. Siapa nak cuba makan disini, Yaya sangat rekomen okay :)


Tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan NICO sementara menanti kehadiran Hafiz Roshdi dan pengasas produk Maria Miracle.


Sesi temu ramah bersama media dan seterusnya sesi menandatangi memorandum Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Bertuah betul Hafidz Roshdi dapat berkerjasasma dengan Maria Miracle. Makin meletup lah lepas ni.

Bagi pengasas Maria Miracle sendiri iaitu Puan Maria Hasmin Marzuki, pemilihan Hafidz Roshdi sebagai duta produk dianggap tepat pada masanya kerana Hafidz merupakan role model terbaik buat anak muda masa kini. Kata beliau, Hafidz merupakan seorang yang menjaga tanggungjawabnya pada agama, amanah dan ini sekaligus membuatkan beliau ikon yang mampu memikul tanggungjawab sebagai duta produk ini.

Sebelum Hafidz bersetuju untuk mejadi duta, beliau telah mencuba produk ini untuk mendapatkkan keberkesannya. Positif dengan hasilnya, Hafidz bersetuju untuk menjadi duta produk Maria Miracle. Fuhh tengok muka Hafidz haritu pun flawless kemain kalah kita ni tau. Huhu


Safiey Ilias pun ada okay! Alah sejuk sangat hati tengok dia ni tau. Soft je orangnya.


Bersama pengasas Maria Miracle, Puan Maria Hasmin Marzuki

Harapan pihak Equal Herbs Sdn Bhd menerusi pelantikan Hafidz Roshdi sebagai duta Maria Miracle, mereka menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM 3juta dalam tempoh tiga bulan. Mereka juga telah membuat rangka promosi antaranya ialah membuat Karnival Peace Yall FM di Kuantan dan seterusnya menjelajah Kedah dalam masa terdekat serta ke seluruh negeri di Malaysia. 


Maria Miracle juga sudah mempunyai lebih 20 stokis di seluruh negara dan mengalu-alukan kehadiran stokis baru untuk produk mereka. Biarpun baru beroperasi selama 8 bulan, Equal Herbs Sdn Bhd merancang untuk memasuki pasaran luar negara iaitu Indonesia, Vietnam dan Brunei dalam tempoh dua tahun berbekalkan modal sebanyak RM500,000. Kalau nak tahu, produk Maria Miracle juga bebas dari bahan terlarang dan telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Terima kasih The Garage KL yang menghidangkan pelbagai makanan yang superb! Nak pergi sana lagilah nanti. Serius best dan sedap woh


Apa itu Maria Miracle?

Maria Miracle ialah sejenis serbuk Kolagen yang lazat mengandungi ekstrak strawberi. 

MARIA MIRACLE KOLAGEN membantu untuk mendapatkan kulit idaman yang licin, muda, cerah dan putih berseri. Hanya kemam 1 sachet sekali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur (semasa perut kosong atau 2jam selepas makan). Boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita. Khususnya wanita, estrak strawberi boleh membantu kita melancarkan peredaran sistem wanita kerana ianya juga kaya dengan khasiat Vitamin C.

4 bahan penting dalam MARIA MIRACLE kolagen serta khasiatnya :

1. L-Cysteine 
Melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel. Asam amino ini membantu dalam proses detoksifikasi tubuh

2. L-Arginine
Ia membantu untuk mengeluarkan toksik didalam tubuh dan juga mengeluarkan asid uric dari badan ,menambahkan penghasilan "Nitric Oxide" dan "Vasodilation"

3. Asthaxanthin 
Antioksiden semulajadi.Jauh lebih kuat dari vitamin E ,vitamin C ,beta karotena dan lutein

4. Asid Askorbik
Pengukuhan imuniti secara semulajadi (Good for energy)


==============================
KELEBIHAN :

✔ Menjadikan kulit lebih cerah dan gebu
✔ Menjadikan kulit bersinar secara semulajadi
✔Melembutkan ,Menegangkan dan Menganjalkan struktur kulit
✔Membantu mengatasi kulit kusam dan tidak berseri
✔Mengecilkan liang roma
✔Memberikan tenaga
✔Pencerahan sekata satu badan dan meratakan tona kulit
✔Mengandungi antioksidan untuk melambatkan anti penuaan
✔Merawat masaalah jerawat dari dalam dan memudarkan parut dan jerawat

======================
✔ 100% asli dan selamat
✔ GMP, Halal JAKIM dan mematuhi kelulusan akta makanan!
✔ Kelulusan KKM

Cara makan: Koyakkan sachet dan terus kemam. Makan satu kali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur (Semasa perut kosong atau 2jam selepas makan) 


Jom lihat antara testimoni dari pengguna





Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @mariamiracleofficial
Tel: 03-41629590 
Fax: 03-41629591 
Hotline: 010-5226202



Terima kasih sudi baca 

May 20, 2016

Hilangkan Jeragat di Muka dengan iSKIN dari Ibeauty




Tempoh hari, Yaya bersama rakan-rakan beauty blogger yang lain berkesempatan menghadiri sesi Hi Tea untuk penyampaian Bag LV kepada pemenang bertuah yang menyertai peraduan Like, Komen dan Share dari ibeauty. Siapa yang bertuah tu? Haa teruskan scroll okay ;)


Sebelum tu, pernah dengar mengenai produk iBeauty? Kini mereka semakin dikenali dengan kehadiran produk baru mereka yang sangat membantu para wanita di luar sana dengan masalah jeragat yang mereka hadapi. Siapa kata jeragat di muka tak boleh dihilangkan? Yang penting kena rajin dan istiqamah okay!


Ella Danial yang cantik sangat in real life lagi cantik ni merupakan pengasas kepada semua produk dibawah rangkaian ibeauty.


Bersama Ella Danial. Paling suka bila dia buat trademark iSKIN. 2x siang, 2x malam, teruih segak! :D Dengan gaya-gaya dia tu, serius comel gila! Hihi



Ella Danial ketika di temu ramah oleh para bloggers. Sporting je dia ni jawab soalan tau.



Bersama beauty bloggers yang hadir. Ada Syafiqah xoxo, Kelly, Ida dan Iena mansor, Nisa Kay, Uzu dan lain-lain. :*


Tahniah kepada Puan Syima Halim dari Negeri Sembilan yang merupakan perserta bertuah dan berjaya memiliki beg tangan jenama Louis Vuitton ini. Fuhh jeles sungguh lahai tapi still happy untuk dia. Bertuah sungguh!


So siapa yang kata pengasas bohong buat contest menang beg LV tu, menganga la korang tengok ye sebab ibeauty tak menipu okay! Bertuah sungguh la Puan Syima Halim ni. Jangan tidur dengan beg sudah la ye. :p Untuk yang jeles dengan Puan Syima ni jangan risau sebab ada contest kedua dari ibeauty lagi lepas ni hadiahnya pun beg LV juga! Sentiasa alert dengan update terkini di Facebook ibeauty Malaysia okay! :)

Jom kita berkenalan dengan produk iSKIN yang menjadi fenomena dalam mengatasi masalah jeragat ni ^_^


Set percubaan iSKIN cuma berharga RM55 sahaja!

Untuk setiap set percubaan mengandungi Pencuci Muka, Krim Siang dan juga Krim Malam.

iSKIN Pencuci Muka (Ekstrak Betik) :
  • Mengandungi Vitamin C yang membantu merawat kulit jerawat dan masalah kedutan
  • Memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Menegang serta melembapkan kulit
  • Melicinkan kulit wajah
  • Mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
  • Membantu membersih dan memutihkan kulit

iSKIN Krim Siang SPF 50 :
  • Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
  • Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
  • Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
  • Membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
  • Menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tona kulit semulajadi anda
  • Membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
  • Memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
  • Bertindak sebagai Triple Action Whitening

iSKIN Krim Malam :
  • Membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
  • Melembapkan wajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
  • Mengurangkan garis halus pada wajah
  • Menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
  • Memati dan mengecutkan jerawat
  • Mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerah dan sihat
  • Eleemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dan kalsium mampu merawat kulit wajah
  • Mencegah kulit daripada penuaan dan garis halus

Langkah-langkah menggunakan iSkin

Langkah Pertama (Pagi)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Krim Siang - Sapukan krim siang ke seluruh wajah. Ia dapat menghalang kulit san sinaran UV
Langkah Kedua (Malam)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Pigment Booster - Titiskan pigment booster di kawasan jeragat saja. Untuk kesan yan baik, gunakan pada waktu pagi dan waktu malam
  5. Krim Malam - Sapukan krim malam ke seluruh wajah. Ia membekalkan nutrien yang diperlukan oleh kulit ketika tidur


Jom ikuti testimoni pengguna yang telah menggunakan produk iSKIN ini. Yang penting produk ini bebas merkuri dan juga tidak membuatkan kulit muka mengelupas seperti kebanyakan produk lain. :)












Tahniah kepada semua testimoni dan pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah jeragat di muka mereka! Even founder sendiri iaitu Ella Danial juga merupakan pengguna iSKIN tau! Meletop!


Testimoni dari pengasas ibeauty, Ella Danial.


Selain mendapat kelulusan dari KKM, produk ibeauty juga telah mendapat pengiktirafan dari Global Branding Award sebagai The Best Skincare 2015. Fuhh memang terbaik!

[ JERAGAT , JERAWAT , PARUT HILANG SEAWAL 7 HARI ] 

Dan paling best, produk iSKIN ini juga mengandungi KELEBIHAN serbuk mutiara tau! Antara kelebihan serbuk mutiara ialah :

πŸ‘‰ Mencegah penuan kulit

πŸ‘‰ Menanggalkan bintik - bintik hitam

πŸ‘‰ Memudakan kulit wajah

πŸ‘‰ Mengandungi bahan pelembap semulajadi

πŸ‘‰ Mengecilkan liang pori

πŸ‘‰ Melindungi kulit dari radikal bebas dan sinaran UV

πŸ‘‰ Mengatasi eyebag , lingkaran gelap bawah mata

πŸ‘‰ Mengatasi masalah kulit muka berjerawat , kering , kusam

Lepas ni bolehlah kita atasi masalah jeragat kita dengan iSKIN dari ibeauty! Yayy! :D


Belanja muka serius


Belanja muka tembikai nampak gigi besau


Bergambar kenangan bersama Ella Danial dan beauty bloggers. ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp :  016 412 0900




Terima kasih sudi baca