May 6, 2016

Special Launching | Wawa Zainal sebagai Duta Baru Jenama Tudung Hajra




Baru-baru ini Yaya berkesempatan menghadiri Special Launching Tudung dan selendang Hajra di Galeri Hajra Shah Alam dan juga memperkenalkan duta baharu Hajra iaitu artis comel Wawa Zainal. Majlis ini turut dihadiri oleh rakan media blogger yang lain dan juga tetamu jemputan. Yaya sampai masa tu pukul 8 pagi macam tu awal gila baq ang orang pun tengah pasang kerusi, tiup belon dan lain-lain lagi. Hihi. Sebab risau kot kot konvo UiTM tak habis lagi kan. Nasib baik dah habis konvo selamat lah jalan tak jammed sangat. Ngee :p



Majlis dimulakan dengan peragaan tudung dan selendang dari koleksi Hajra yang terbaru sambil kami makan sarapan pagi yang disediakan. Seronok tengok depa catawalk. Lawa-lawa juga koleksi terbaru Hajra 2016 kali ni. Yaya memang berkenan dengan selendang Hajra. Selalu pergi Hajra Bangi je so ini first time pergi ke Galeri Hajra Shah Alam. :)

Oh kalau nak tahu antara aktiviti yang disediakan ialah, tetamu dijemput bercatwalk sekali lepas tu boleh dapat shawl dari Hajra. Makanya Yaya, Aten, Aida Sue, Kak Ayue dan seorang lagi tetamu pun bercatwalk lah kami selama 10 saat diatas stage. Nampak macam kacang tapi Yaya pun tak tahu apa Yaya catwalk. Dasar kaki tak bedung pulak tu. Catwalk bersepah! Hahaha



Wawa Zainal ni serius la comel gila hoi engkorang. Comel sangatlah susah nak describe. Tahniah Wawa kerana terpilih menjadi Duta baru Tudung Hajra :)



Rambang mata hakak tengok segala jenis tudung dalam butik ni. Semuanya ekslusif dan berkualiti tinggi.



Sempena Memperkenalkan Duta Baru Hajra Wawa Zainal, promosi diskaun sehingga 80%, 50 hadiah tudung shawl percuma kepada 50 orang terawal dan pembelian bernilai RM 150 keatas akan menerima hadiah misteri! Memang best okay! Bertuah sungguh lahai siapa yang dapat hadiah misteri.

Yaya sendiri sempat rembat sehelai instant shawl jenis tak payah gosok tinggal sarung je masa waktu happy hour! Dari harga RM62, Yaya beli dengan harga RM30 sahaja :)



Happy face sangat ye dapat shopping di Galeri Hajra Shah Alam ^_^


Bersama gegadis cantik yang hadir bersama. 


Jom bergerak ke khemah untuk lelongan tudung Hajra!


Masa ni orang dah mula bersedia menanti kehadiran Wawa Zainal untuk membuat lelongan. Murah gila masa happy hour. Semua harga menjadi runtuh seketika. Mana taknya, Instant shawl dan Selendang Exclusive 4 helai RM100, Tudung Exclusive 3 Helai RM100. Fuhh

hh0

Ada promosi dan diskaun hebat tau! Jom usha-usha design yang korang berkenan :

Antara koleksi yang ada di Galeri Tudung Hajra 



Kalau korang semua tak sempat datang masa lelongan haritu jangan sedih okay sebab Galeri Hajra sedang menyediakan diskaun hebat untuk pelanggan mereka dari 24hb April 2016 sehingga 15hb Mei 2016. Jangan lepaskan peluang untuk membeli koleksi tudung dan selendang dari galeri dan butik Hajra yang berdekatan tau! Simpan buat stok raya nanti pun boleh. Wee


Jangan lupa datang untuk promosi hebat galeri dan butik Hajra dari sekarang sehingga 15hb Mei 2016! Diskaun dari 30% sehingga 80% menanti! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @galerihajra



Terima kasih sudi baca 

1 comment:

  1. wah ada saleee... kalau lisa dekat dajh pergi ..

    waawa memang comel.. heheh .Jelesnya tengok

    ReplyDelete