First time Yaya nak borak perihal seseorang ni. Harap kita semua boleh berinspirasi bersama-sama dengan kisah seorang pemuda ini ya :'D
Pemuda yang dimaksudkan ini bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano.
Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan.
"Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu."
"Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami."
"Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya"
Bagaimanapun, pengalaman yang ada tidak mencukupi untuk menjana keuntungan, malah duit modal yang dilaburkan habis begitu sahaja.Perniagaan tersebut berakhir dalam tempoh hanya tiga bulan.
"Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank...Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri."
"Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu.Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami.Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus berada didalam bidang perniagaan."
Amran bersama isteri beliau terpaksa menjual keronsang untuk menampung kehidupan keluarga tercinta selepas berhenti kerja di Petronas
"Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang.Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan.Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah... Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut." ujar beliau.
Namun, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan lama kerana pesaing mula bertambah sehingga keuntungan merosot sedikit demi sedikit.Pada awal tahun 2009, Amran mendapat tawaran kerja di Petronas Carigali. Ketika itulah Amran mula mengumpul modal sekali lagi untuk menjayakan perniagaan dobi yang merupakan impian isterinya selama ini.
"Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian. Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan."
Setelah menyedari kesilapan yang dibuat, Amran mula membantu isteri dengan merangka strategi pemasaran, menerima kontrak cucian dari agensi-agensi berdekatan dan menjana keuntungan dari perniagaan dan mampu untuk mengajikan pekerja.
Setelah melihat perniagaan dobi ini berjaya diuruskan, Amran sering menerima panggilan dan menerima kunjungan daripada bakal-bakal pengusaha dobi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar.
"Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui."
"Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan," katanya.
Selepas berjaya mendapat keyakinan dari pihak yang terlibat, akhirnya jenama AquaNano mendapat pengiktirafan sebagai francaisor yang berdaftar pada 2013 dan layak untuk mendirikan jaringan francais di seluruh negara.
Sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Fuhh power tu! Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini.
"Menjadi usahawan perlu kreatif dan berani mengambil peluang, saya mengorak langkah lagi dengan bersama rakan niaga lain membangunkan perisian dobi layan diri yang pertama di Malaysia," ujarnya.
Amran bersama isterinya merasmikan cawangan dobi AquaNano di Indonesia bulan lalu
Antara anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Amran Shah Idris dalam bidang perniagaan francais
Kagum tak dengan pencapaian beliau? Yaya sendiri teramat kagum dengan segala yang beliau kecapi hari ini berkat dari kesabaran, ketabahan dan kegigihan beliau dan tak lupa juga pengorbanan isteri beliau yang sanggup bersama ketika beliau susah dan senang. Semoga pasangan ini akan terus berjaya dan kekal bahagia disamping keluarga tercinta.
Nak berinspirasi dengan lebih lanjut mengenai beliau? Boleh terjah FB Amran Shah Idris ye :)
Facebook Amran Shah Idris
Facebook AquaNanoHQ
Website AquaNano
Terima kasih sudi baca
Kadang rasa nk buka kedai dobi juga..tp tk tau mcm mne nk jalankan..
ReplyDeleteMemang hebat dugaan beliau hadapi. Alhamdulillah impian isteri beliau dh termakbul. Kagum dengan semangat yang tidak kenal erti putus asa..such an inspiration! :)
ReplyDeleteRespek! Tabik spring org mcm ni.. tak mudah mgalah dan jatuh tersungkur terus.
ReplyDeleteSangat2 bangga dgn pencapaian anak melayu ini..Alhamdulillah di sebalik kesulitan yg ditempuhi ada kemanisan untuk amran dan isteri..semoga amran dan isteri akan terus maju dlm perniagaan yg diceburi..insyaallah
ReplyDeleteMan jadda wajada...
ReplyDeleteRezeki ank agknyer..semoga beliau trus sukses!
ReplyDeleterezeki bagi yang berusaha
ReplyDeleteSANGAT SANGAT KAGUM dan menginspirasikan!
ReplyDeletewow! hebatnya! Kuat betul hati dia menempuh ujian..
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDeleteSesungguhnya Allah tidak akan menguji umat NYA melebihi kemampuan diri mereka sendiri
Kita hanya perlu sabar, tawakkal, yakin dan usaha dengan sepenuh hati kita
Hebat mamat nie.. semoga terus berjaya
ReplyDeleteByk kisah2 susah sblum snang mcm ni. Terpulang pd org yg nk amik iktibar atau x
ReplyDeletenak berjaya kena ada cabaran dan dugaan dari mula..banyak kisah usahawan2 yang berjaya sekarang, bermula dari bawah..jatuh bangun..dan sekarang mampu tersenyum bangga hasil kejayaan sendiri..
ReplyDelete