May 7, 2016

Name Card Premium Yaya Natsumi dari Encik Sidiq



Alahai malulah nak expose name card kita yang cantik bebenau ni. Alhamdulillah Yaya terpilih diantara 10 yang bertuah untuk mendapat 10 set kotak name card dari Encik Sidiq yang merupakan pemilik blog www.cdiqlife.com . Kebetulan pula memang Yaya hadir ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Sebab syarat untuk dapat name card ni haruslah hadir ke majlis #SBB2016 . Yaya pun first time pergi majlis Sepetang Bersama Blogger ni memang seronok dapat berjumpa dengan blogger yang kita kenal melalui dunia maya je. Hee


Sedikit sebanyak mengenai Encik Sidiq, selain dari belum berpunya :p, beliau aktif dalam perniagaan beliau dan selalu memberikan tips-tips berguna di www.cdiqlife.com mahupun kepada rakan Facebook beliau. Memang tak lokek ilmu tau dia ni. Patutlah murah rezeki selalu. Boleh follow Facebook Encik Sidiq untuk sebarang maklumat lanjut. Hehe
  

Berbalik kepada kad Yaya yang cantik bebenau ni, Yaya dapat 10 set kotak bersamaa 1000 keping kad. Ya Allah bersyukur sangat. Rasa nak tebarkan je kad ni pun ada sebab banyak hihihi. Kalau nak tahu, Encik Sidiq ini juga merupakan seorang designer tau. So bolehlah korang tempah business card, flyers, bunting apa-apa sajalah dengan dia. In sya Allah beliau akan membantu. Lagipun kad premium ni sangat berkualiti tinggi tau. Kad tebal siap spot UV, warna pun cantik okay! Yaya memang suka sangat lahai. Jangan lupa follow blog Encik Sidiq di www.cdiqlife.com dan terus follow Facebook beliau okay! 


Terima kasih Encik Sidiq! Semoga murah rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin :)

Terima kasih sudi baca 


2 comments: