Jun 24, 2015

Persamaan kes di Bazaar Damansara Damai dan Yaya Natsumi

Assalamualaikum semua 

Dah beberapa hari lepas orang dok sebut kisah kat bazaar Damansara Damai tu tapi tadi baru yaya dapat tengok video dia. Terkedek kedek betoi yaya ni. Tapi jujur kata memang terkejut tengok peniaga bazaar tu dok terpekik pekik kat Mat Salleh tu. Kesian pulak tengok hai. Kalau yaya kena pekik macam tu, memang dah nangis kot. Jenis cengeng memang gini.


Dan kerana itu, yaya pun teringat yang bibah yaya (kerete viva ku) awal tahun haritu pernah dikepung oleh peniaga pasar malam di Taman Segar kalau siapa tahu kan setiap Jumaat ada pasar malam di Cheras Leisure Mall. Haa nak dijadikan cerita yaya lupa sangat ada pasar malam haritu. Jadinya yaya parking area dekat je dengan Secret Recipe kat situ. Masa tu dating dengan Rara Teri. My ex roomate masa sem 1 kat Uitm hee rindu pulak kat bakal lawyer ni.


Hai Farahin a.k.a Rara Teri. Sukahati tak kita suruh orang secret recipe tu tangkapkan gambar kita? Haha

Kesian dia bila ingat balik. Elok elok happy tetiba nak balik kereta kena kepung dek pasar malam petang tu. Nak balik pukul 5 petang tengok tengok.... adehh. Kena kepung baikkk punya dengan kedai buah uncle cina ni. Muka dia garang takut yaya. Haha. Yaya cakap elok elok kat dia kereta saya kat belakang tu saya nak keluar nak balik. Dia cakap, hmm dia cakap apa ea yaya lupa tapi dia tegas la garang gila kateko. Hahaha. Pastu yaya tanya dia pasar malam tutup pukul berapa. Dia kata pukul 12 malam. Yaya punya nganga masa tu mungkin badak pun muat.


Kepungan L nama dia.

Oleh kerana tak sanggup tunggu pukul 12 yaya pun naik teksi dengan kawan pergi rumah dia dulu sebab apa apa pun kena hantar dia balik juga. Dah la kita amik dia kat rumah kan tak sampai hati dia balik sorang. Dah sampai rumah dia baru berani nak bagi tahu ayah kereta terperangkap kat pasar malam. Macam biasa kena bebel dulu. Lepas maghrib ayah datang ambil lepas tu dah malam sikit pukul 10 lebih pergi pasar malam tu dengan ayah sebab kalau pasar malam melayu pukul 10 kan dah tutup tapi sangkaan meleset. Sesungguhnya lebih larut malam lebih meriah pasar malam cina. Kedai buah tu tetap dengan pendirian dia tak mahu alihkan sikit kedai dia. Serius rasa nak nangis ooo. Last last jalan jalan la dalam pasar malam cina. Terliur tengok peha ayam goreng bau sedapnya gemuk pulak tu peha ayam. Fuhh dugaan.



Last sekali dah pukul 11.30, yaya dan ayah tak larat tunggu. Ayah pun ambil hati tokey tu dan beli buah oren kat dia. Agaknya tokey tu pun dah kesian kat kami, dia alihkan payung kedai dia sedikit untuk beri laluan kereta untuk keluar. :')



Moral of the story, sampai sekarang yaya seriau nak parking kat parking lot luar shopping complex. Memang kompleks sungguh kalau berada dalam situasi tu. Selain itu, memekik dan bertempik sesungguhnya tak menyelesaikan masalah. Apakata beli something kat kedai tu ambil hati tokey. Dari patutnya pukul 12, yaya dapat keluarkan kereta awal 30 minit. Hahaha apesal la tak beli buah awal awal. Mungkin masa tu tengah geram kot uncle marah marah kita :') *mujur juga kedai buah haha . Kita pun jangan push push peniaga tu untuk bersusah susah alih kedai sebab memang salah kita kan. Cuma mungkin peniaga bazaar Damansara Damai tu tak tahan sabar apabila terus di push push oleh Mat Salleh itu. Mana kita tahu perasaan peniaga tu kan? Husnudzon :)


Terima kasih sudi baca 


7 comments:

  1. alahai... memang gini tau yaya... opis husband ada sorang kena macam tu.. last2 . budak tu tdo hotel, sebab tak leh balik. keciankan...

    ReplyDelete
  2. mak aii..pasar malam pukul 12 baru tutup? betul2 pasar malam nama nya tu... pandaiii tektik ayah yaya ek

    ReplyDelete
  3. hehehe..patut Yaya borong awal-awal buah kat gerai apek tu haha

    ReplyDelete
  4. Well the moral of this story is .. Berhati hati bile parking . "Noted . ahaks . :D

    ReplyDelete
  5. Pernah gak jadi kat saya. Tapi nasib baik naik motor. Dengan selamba sorong motor celah2 org jln kat pasar malam tu. Sambil tu ramai yg dok pandang kerek..

    ReplyDelete
  6. Anggap ini satu pengalaman dalam kehidupan.. sabar ye kak yaya

    ReplyDelete