Pada 11 Jun lepas, yaya bersama beberapa rakan media dan blogger yang lain telah menghadiri Majlis Ariani Lebaran 2015 Fashion Show yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Istimewanya, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah sudi mencemar duli untuk hadir pada majlis berprestij ini. Selain itu, tetamu kehormat yang turut hadir ialah Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Sharif ( isteri kepada TYT Pulau Pinang), Datuk Seri Shahrizat ( Menteri Pembangunan Wanita) dan juga Datin Seri Hamidah (isteri kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia).
Rasanya mesti semua dah tahu jenama Ariani ni kan? Ariani merupakan jenama terkenal yang selalu mendapat tempat dihati kaum wanita. Even ibu yaya pun pakai tudung Ariani tau! Hehe. Lagi pula, Kesemua produk Ariani direka dengan unsur eksklusif, kesopanan dan kotemporari.
Ariani juga telah menempa nama lebih 8 tahun dalam industri fesyen muslimah. Yaya sememangnya kagum dengan produk Ariani yang sangat konservatif dan penuh gaya. Untuk pengetahuan, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Bella Dally telah dipilih sebagai Duta Galeri Ariani pada tahun ini. Datin Farah Haryani selaku Pengarah Pemasaran Ariani Textiles And Manufacturing (M) dalam ucapannya memberitahu, Ariani ingin memberi persepsi bahawa jenama ini boleh dipakai oleh semua lapisan masyarakat dan golongan usia. Selain up-to-date , ia tetap mengekalkan ciri-ciri unik, moden, canggih dan elegan untuk membuat si pemakai lebih yakin dan bergaya.
Nurul Syuhada Nurul Ain dan Bella Dally selaku Duta Galeri Ariani pada tahun ini. Rozita Che Wan pula merupakan model bagi kebanyakan koleksi Ariani Lebaran 2015.
Para hadirin telah diberi peluang untuk melihat koleksi dari Galeri Muslimah Ariani melalui pertunjukan fesyen 'Graceful Lebaran by Ariani' dan 'Lavish Lebaran by Ariani' bersama Koleksi Ariani Lebaran 2015 yang begitu eksklusif dan mempersona. Jujur kata, kebanyakan koleksi Ariani kali ini memang cantik dan sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua golongan wanita. Cantik, sopan dan elegan gitu. Kebanyakan koleksi menggunakan warna pastel dan sangat lembut untuk pandangan mata. Nampak young and sweet je. ^_^
Jom cuci mata dengan Koleksi Ariani Lebaran 2015 yang cantik dan awesome ni!
*tarik nafas hembus dan tarik nafas balik
Phewh. Jatuh rahang jugalah tengok model ni semua memperagakan koleksi yang cun melecun dari sempena Ariani Lebaran 2015.
Persembahan dari Humood AlKhudher turut menceriakan suasana pada petang itu.
Majlis perasmian Ariani Lebaran 2015 ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah sekaligus juga merasmikan website Ariani iaitu www.arianionline.com . Website ini memberi peluang kepada peminat jenama Ariani dari semua golongan untuk membeli koleksi di Galeri Ariani secara online. Selain memudahkan pelanggan dengan adanya jual beli secara online, Galeri Ariani sentiasa memberikan jaminan pada pelanggannya dalam penghasilan tudung dari kualiti fabrik yang terbaik.
Dari pelbagai jenis variasi harga yang ditawarkan, dari selendang ke tudung, koleksi instant, Ariani juga telah membawa revolusi baharu dalam fesyen muslimah tanah air. Sememangnya website ini buat kita rambang mata nak pilih yang mana. Harga pun berpatutan tau! So lepas ni peminat koleksi Ariani boleh order je di www.arianionline.com okay! ^_^
Selain itu, Ariani juga telah melancarkan koleksi pakaian siap, Ariani Ready-To-Wear. Koleksi yang dikeluarkan ini khas untuk mereka yang sentiasa mahukan penampilan up-to-date tetapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Contohnya macam gambar Bella Dally ni. Cantik kan?
Fuhh yaya berkenan dah dengan koleksi Ariani Ready-To-Wear ni. Semuanya cantik sangat. Lagi-lagi outfit gambar pertama tu. Beg tu cantik! Warna kuning fav yaya! Hehe
Gambar bersama rakan blogger, fashionista, hijabista yang famous amos ini membuatkan diriku terasa begitu kecil sekali. Semuanya cantik dan baik sangat. ^_^
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Ariani :
Website : http://www.arianionline.com/
Facebook : https://www.facebook.com/GaleriAriani
Instagram : https://instagram.com/galeriariani/
Terima kasih sudi baca
canteknya blog awak.. :)
ReplyDelete