Jun 29, 2015

Enchanteur Love 3rd Anniversary Celebration

Assalamualaikum semua 


ENCHANTEUR, jenama yang sinonim dalam menginspirasikan detik romantis melalui koleksi wangian unggul inspirasi dari Perancis dan produk penjagaan peribadi baru-baru ini mengadakan pelancaran semula ENCHANTEUR LOVE, satu rangkaian wangian khusus bagi wanita yang komited dalam perhubungan.




ENCHANTEUR  LOVE  tampil dengan  tiga  wangian terkemuka iaitu ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette untuk  memberi  nafas ekspresi  cinta  berbeza  agar cinta kekal berpanjangan. Rangkaian  produk  yang  diperbaharui  ini dipertingkatkan dengan  fomulasi baharu dengan wangian yang kekal lebih lama. Ia dipakejkan dalam kotak yang direka khas dan melambangkan  ekspresi  cinta  yang  berbeza.


Selain  itu,  botol kaca  yang  digunakan mempunyai warna yang mampu mempengaruhi emosi si pemakai. Warna Amber dalam ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette menandakan kasih yang berpanjangan, ENCHANTEUR CLEBRATE LOVE Eau de Toilette dalam rona merah jambu menandakan cinta sejati manakala ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette dalam warna merah adalah simbolik kepada keintiman.





Forever Love.


Celebrate Love.


Yang ni favorite yaya! Passionate in Love gitu. Hehe ^_^


ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita. Puitis sangat. Hihihi


Cuba teka siapa duta Enchanteur kali ini? 

-



-




-



-


Yeszza. Fouziah Gous dan juga suami beliau, Md Zhafran Md Yusof. So loving couple tau mereka ni. ^_^


Menurut Pengurus  Kumpulan Produk, Wipro Unza(M)  Sdn. Bhd., Ooi Boay Khim, “Wangian ENCHANTEUR  LOVE  direka untuk menyemarakkan detik romantis dan memekarkan  cinta. Kami sangat gembira kerana telah menemui duta produk paling sesuai iaitu Fouziah Gous dan suaminya kerana kisah percintaan mereka adalah intipati untuk ENCHANTEUR LOVE”.




ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR  PASSIONATE  LOVE  Eau de Toilette dijual  pada  harga  RM33.50 (termasuk  GST)  bagi  setiap  botol  Eau de Toilette  bersaiz  50ml. Produk ENCHANTEUR  boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama. 



Mendalam sungguh. I love this quote from Echanteur Love! ^_^


Happy me! ^_^


Untuk maklumat lanjut berkenaan Enchanteur :

Website : http://enchanteur.com.my/

Facebook : Enchanteur




Terima kasih sudi baca  

1 comment: