Feb 26, 2015

Pelancaran Moist Diane dan Kelebihan Syampu serta Perapi Rambut Moist Diane.

Assalamualaikum semua 



Tempoh hari Yaya bersama media blogger yang lain berkesempatan untuk menghadiri pelancaran Moist Diane di The Edge Hair Studio, Grand Millennium Hotel, Bukit Bintang. 


Produk penjagaan rambut keluaran Jepun ini sememangnya sangat popular disana dan mereka mula mendapat tempat di pasaran Malaysia pula. Wah! Grand banget! 




Semasa pelancaran produk bersama orag kuat produk Moist Diane.


Rakan blogger juga diberi peluang mencuba skrub ringan di booth yang disediakan. Seronok! Hehe


Yang istimewa mengenai Moist Diane ialah campuran dari 8 jenis bahan yang sangat bagus untuk kesihatan rambut terutamanya Morroccan Argan Oil! Argan Oil antara minyak yang bagus untuk muka juga tau. 


8 jenis bahan yang terkandung dalam produk penjagaan rambut Moist Diane ialah :

  • Baobab Oil
  • Moroccan Argan Oil
  • Cupuacu Butter
  • Virgin Prune Oil
  • Lupine Oil
  • Andiroba Oil
  • Mango Seed Oil
  • Marula Oil



Amboi bertuah nya lahai rambut kita bila dapat dibelai dengan minyak ni semua. Masa ni memang tak sabar nak cuba syampu dan perapi dari Moist Diane ni. Hee


Bersama orang atasan produk Moist Diane. Watashi yaya natcumi cumi. Hehe :p




Okay. Ni part yang yaya paling suka sangat. Haha. Semua sedap rambang tekak nak makan. Eh rambang tekak? haha


Selesai jamuan ringan, para media diberi peluang untuk cucian rambut secara percuma di The Edge Hair Studio. Best gilaa



Oleh sebab cucian dilakukan secara terbuka, yaya ambil keputusan nak cuci sendiri dirumah je. Boleh mandi lama lama boleh main sabun. Ehh. Haha. Nak tahu kesan positif syampu dan perapu Moist Diane pada yaya?


Haaa bau dia wangiiiiiii sangat! Rasa tenang je. Kalau cuci rambut sebelum tidur, lena je rasa. Rambut pun rasa lembut. Walaupun syampu dan perapi Moist Diane berasaskan minyak, rambut yaya langsung tak rasa berminyak. Rasa ringan dan fresh gitchew.


Mana nak dapat syampu dan perapi dari Moist Diane? Sila terjah Watson berhampiran anda! Selamat mencuba! ^_^



Terima kasih sudi baca 


3 comments:

  1. best gila kn shampoo ni? akk jtuh cintaa trus :)
    lame xjmpe yaya..mkin cun!

    ReplyDelete
  2. salam..salam knl...yaya follower 1300.....

    http://mamanau89.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:19 PM

    dh try..x sesuai :(

    ReplyDelete