Oct 4, 2014

Pengalaman di Celebrity Fitness Cheras Sentral


Assalamualaikum semua 


Untuk pengetahuan, yaya seorang yang malas bersenam. Senaman yaya cuma memenuhi rutin harian ku sekarang ialah turun naik tangga dari ground floor ke tingkat tiga, dan turun, dan naik, dan turun, dan naik, untuk menghantar fail. Senaman lah tu kan? Selain itu senaman ringan macam entri yaya yaya buat sebelum ni Senaman Mudah Untuk Perempuan.



Tapi sebenarnya badan masih tak cukup stamina lagi sebab bila balik kerja, memang flat habis. Gagahkan juga tolong ibu apa yang patut ; tolong kat dapur dan mendobi pakaian. Jangan pandang enteng dua benda ini. Kadang kadang penat sangat sampai tertidur kejap lepas tu tengah malam bangun semula. See?




So bila dapat peluang pergi ke Celebrity Fitness, setiap molekul dan sendi mula excited nak workout-kan tuan dia. Lagi bertambah excited bila tengok segala equipment yang serba canggih dan kelas kelas yang disediakan amatlah menarik wehh. 



Sila jamu mata dan jemput datang ke cawangan baru Celebrity Fitness di Cheras Sentral, Cheras Kuala Lumpur.








Pintu masuk dan kaunter pertanyaan yang macam nak masuk tengok movie. Senaman pun salah satu bentuk hiburan juga. Yelah terhibur bila jumpa kawan baru dan workout sama sama. Haha. Oh benda lucunya, salah sorang follower insta yaya pun pergi juga. Dia memang ambil pakej yang disediakan di Celebrity Fitness. Tak pernah kenal dan kami berkenalan. Comel orangnya. Shavengers nama instagram dia. ^^




Yaya panggil bilik letak barang dalam locker dan tempat hairdryer rambut lepas mandi.



Taraaaa bagi sesiapa yang nak pecahkan lemak, dekat sini ada sauna ye. So korang boleh main sauna ni. Yaya nak bagi tips sikit. Lepas masuk dalam sauna 5-7 minit, korang keluar semula dan mandi kejap lepas tu masuk semula untuk 5 minit camtu dan keluar semula. Timing boleh ikut keselesaan dan ketahanan badan korang. Haha. Efek dia, korang akan rasa fresh dan tidur lena malam tu. Sauna bagus okay untuk buang toksin dalam badan! Lepas dah bersauna jangan lupa minum banyak air since badan korang dah dehydrated. :)



Shower dia. Tuala, syampu dan sabun disediakan. Best tak best tak. hehe




Meet sis Ainul and Anis. :D



So ni masa kelas Zumba. I can tell you coach dia sangatlah berpengalaman dalam tarian Zumba ni. Dia menari lawa sangat and non stop and penuh energy tatkala orang dah mula semput. Fuhh



Gambar semput.




So ini kelas tarian belly dance. Untuk menguatkan otot perut. haha. Yang ni yaya terer. Gelek je bukan susah. Lawa tak lawa lain cerita. Haha



Hai! Jom berzumba dengan saya.



Basikal ni salah satu favorite yaya juga. Kelas dia best siap ada pentas nanti dia ajar kita teknik kayuhan yang betul. Ada teknik freestyle, peloton c heart rate, RPM dll

Selain dari zumba ada juga bosu, trx, yoga, floating yoga, bodypump, bodycombat,

Flavor dance, Sh bam dance, Belly dance, Fast fit, Core ex. etc






Persedian diri sebelum lari atas pelantar. Selfie dulu.



Sebelum masuk kelas, yaya dinasihati untuk ambil stamina dulu lari atas ni. Oh yang bestnya, kita boleh online ye dekat skrin tu. Memang best boh.




Ok. Besarkan sikit. Sebab nak cerita yang yaya paling suka kelas Martial Art ni! Like best gila hoi. Macam seni mempertahankan diri jugaklah. Tetiba rasa perkasa bila hiyakk hiyakk macam Power Rangers Pink.




Aktiviti wajib. Yang ni pakai hp baru Ka Syu .





So lepas yaya jalani workout selama beberapa hari di Celebrity Fitness yang super best ni, kesan positifnya, yaya lebih bertenaga balik dari kerja and takde lah flat habis macam selalu. Masih bertenaga dan boleh duduk sembang dengan ayah seperti bercerita kenapa personal loan kawan dia yang yaya kirakan tak lulus. Kiranya masih bertenaga lah macam tu.


Yaya mungkin highlight aktiviti untuk perempuan sahaja walhal sebenarnya ramai je lelaki yang join tau! Tapi iols segan nak tangkap gambar diorang tengah workout badan ketul ketul dengan equipment yang moden tu. Segan segan, So harap faham. Haha



Celebrity Fitness akan menambah cawangan baru untuk mengembangkan lagi rangkaian di serata Malaysia. Kalau anda tinggal di sekitar Cheras, Selangor atau Kuala Lumpur dan berminat untuk join Celebrity Fitness, boleh berhubung terus dengan :




 Hafizuddin 

+6013 299 7533

+6016 397 9824






*Sorry takde gambar yaya bergelek. Dah terdelete kot. Gelek depan suami ja nanti. Muahaha


Terima kasih sudi baca  





8 comments:

  1. alaaaaa.... abang apis kata ada yaya gelek sini..

    ReplyDelete
  2. Jelesnya xdapat ikut.

    ReplyDelete
  3. oh agak gak lelaki rupenya. Igtkan semua pompuan je yg ada.

    ReplyDelete
  4. fuyooooo...... bestnya! melepas hari tu nak ikut yaya hihihihi

    ReplyDelete
  5. Boleh tau x berapa fee sini?

    ReplyDelete
  6. Kat mana ye ada exc zumba yg lelaki blh join sama???pls 0147171224

    ReplyDelete
  7. Kat mana ye ada exc zumba yg lelaki blh join sama???pls 0147171224

    ReplyDelete