Aug 21, 2014

Pemenang Ujibakat #masukdramaseludup

Assalamualaikum semua 


Ingat lagi tak pertandingan ujibakat #masukdramaseludup yang yaya bagitahu sebelum ni? Klik SINI




Kalau nak tahu, mereka dah dapat pemenangnya whoaa best gila tahniah kepada dua pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang telah memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000 ! Double wowwww! Ingat senang ke nak kumpul 15k tu dengan buat video je? Excited pulak bila tahu diorang menang. Boleh buat belanja kahwin dah dengan duit tu. Hihi. Selain tu, mereka juga berpeluang untuk berlakon dengan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya






Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran. 


Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.


“Berdasarkan karakter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

-

-

-



Sila klik Drama Seludup dan hashtag #Seludup untuk mendapatkan info yang lebih lanjut! 




Macam dapat rasa kegembiraan dia. Hehe



Hmm.. Kalau yaya menang, Jehan pun confuse nak bagi yaya watak apa. Paling layak pun penjual nasi lemak pakai tudung sarung senget kat tepi jalan kampung. Ayu gitchews. Haha



Terima kasih sudi baca 




1 comment:

  1. Sape tak happy kan dapat 15k. HAHA

    Jemput singgah :)
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete