Aug 29, 2014

Tips nak kehendak dituruti. Dan cerita pindah rumah.

Assalamualaikum semua 


Kalau aku nak cerita pahit jerih pengalaman pindah rumah ni, pasti engkorang akan trauma kalau parents bagitahu eh jom lah kita pindah rumah! Trauma tak trauma jugaklah kalau korang tak kuat semangat. Tengok over aku. Pergi jauh betul.



Since ayah dapat rumah baru dalam kuaters polis ni, dan aku dah mula nak start praktikal, aku macam berat hati sikit la. Sikit je tapi gigih jugak lepas subuh kemas sikit sikit sambil pakai tuala good morning ikat tutup hidung bagai sebab alah habuk aku agak teruk.



Demi rumah baru yang lebih selesa, semua orang bertungkus lumus mengemas. Tapi dalam mengemas, serius aku cakap, kalau iman tak utuh, sabar tak tinggi, suara tidak ditahan dari dipetirkan, nescaya retak institusi keluarga bahagia yang korang pertahankan selama ini. Hari hari boleh bergaduh sebab yang macam ni je,


Contoh :

" Adik, pergi tunggu kat lif bawah sana jap lagi ibu nak hantar barang kat bawah. Sekarang. Now. " *Nada yang digunakan agak mengarah sebab semua penat.


Jawapan yang bakal kau terima,

" Ahhh! Aku penat lahh! Aku dah kemas banyak! ". *Nada yang lebih memberontak.



Sesi membalas dialog.


"Aku lagi banyak! Dari tadi aku angkat periuk, pinggan, buku, bla bla.... Pergi la cepat ibu marah nanti kau siap! "



" $#%^&(*()(^@#@! " tettt.... tettt... !!"



Aku yang tengah kemas yang tak terlibat dengan dialog pun boleh stress. Angah dengan adik memang tak boleh click to each other. Jadi aku yang akan meleraikan mereka. Jangan kata adik adik aku, jiran aku siap nak balik tv kat adik dia sebab adik dia pekik mengarah arah buat kerja. Orang lain tak tahu la tapi dengar la suara jerit jerit jugak. Haha



Kita tahu, nada percakapan sangat memainkan peranan penting. Pakailah nada yang berbudi bahasa. Hormat orang, dan orang akan hormat kita balik.

So,

1 - Pakai ayat Tolong jika mahu meminta bantuan seseorang. Wajib.

2 - Jaga nada bila kehendak tidak dituruti. Pujuk dengan lembut. Wajib.

3 - Jika masih tak dituruti, pujuklah lagi dengan kata kata yang baik. Wajib.

4 - Ucap Terima Kasih bila kehendak anda dituruti. Wajib.


Situasi lain. Aku dan adik lelaki aku.


" Adik.. tolong akak boleh tak... Ni ibu baru call.. dia cakap nak suruh tunggu kat bawah... Ibu nak pass barang... Boleh tak adik tolong akak tunggu kat bawah... Nanti akak angkat barang tu masuk dalam ye... Pleaseee... " *guna bahasa perantaraan yang elok. Elak guna aku kau.


"Alaa... Penatlah kak... Aku angkat banyak dah tadi... " *nada dia lembut juga walaupun tak mahu.


"Please adik.. Adik kan baik.. hensem.. terror sukan... (puji yang takde kena mengena. haha)


" Yelah yelah! hishhh" *buat jugak sebab kita mintak tolong cara elok


" Terima kasih adik.. :) :) :) " *Dalam hati puas hati berjaya pujuk.


See..

We are just human being. We love to be treated nice. So, do start first. 




P/s : Dalam situasi apa pun, pilihlah untuk berlaku sabar dan cuba jaga nada bila berbicara. Aku selalu praktikkan ini kat adik adik. Dan kadang kadang kat ayah juga. Demi nak dapatkan sepasang hush puppies.

-


-


-




Cita cita memang nak jadi pakar psikologi. Tapi diri sendiri pun blur kekadang dah acane. 




Terima kasih sudi baca  



8 comments:

  1. betul tu yaya, perlu ada rasa saling menghormmati lagi2 dlm keluarga..kalau kita nak org lain hormat kena lah kita mulakan dulu...jerit2 tak bagus !

    ReplyDelete
  2. hurmm sedey blog pcl xde dlm kbba list Yaya ...

    ReplyDelete
  3. Yaya dah update dah PCL! :D

    ReplyDelete
  4. thanks follow sis...
    sis dah follow yaya...

    ReplyDelete
  5. btl tu yaya.. kalau da penat ase nak marah je.. nak2 bile org laen xmo dgr...

    ReplyDelete
  6. nasib baik as kakak sulong adik2 nak lagi dengar cakap :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. setuju sangat! nk mintak tolong sape2 klu manis camtu ayat, insyaAllah diorg tolong...klu paksa2 memang sorry lah..dah la penat irrayyan.com

    ReplyDelete
  8. nice technique =) gambar yang last tu i loike banyak2!

    ReplyDelete