Hai korang! Dah seminggu rupanya kita berhari raya. Sayu pula hati kita bila berhari raya untuk tahun kedua dalam musim PKP ini. Tapi apakan daya, kita kena terus kuat semangat dan amalkan SOP yang ditetapkan okay. Semoga pandemik segera reda dan kita boleh makan di restoran bersama keluarga tersayang. Masih teringat lagi kenangan sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun lepas yang mana kita hanya boleh berbuka puasa dan makan dirumah sahaja. Kadang-kadang tu bila boring dan takde idea nak masak, kita order je online. Senang kan hihi :p
Tempting much? Untuk penggemar hidangan daging premium macam ni sure korang pun tak sabar nak try kan? Yaya pun! Tengok poster Tony Roma's ni lalu lalang kat timeline Yaya terus decide nak pergi berbuka puasa di sana. Tapi korang jangan risau, walaupun sekarang musim PKP, korang still boleh dapatkan melalui platform Grab Food dan juga Food Panda.
Antara menu wajib yang korang boleh cuba ialah Rib Bone Stew iaitu Sup Tulang Unik yang merupakan pembuka selera yang sangat membuka mata! Paling penting of course watak utama iaitu Festive Beef Ribs Platter yang didatangkan bersama set 10 ketul tulang rusuk dengan 5 rasa berbeza dan istimewa, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut yang enak.
Rib Bone Stew
Dimasak dengan cara masakan Amerika namun masih mengekalkan citarasa Malaysia. Daging yang direneh selama beberapa jam sehingga daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Hasilnya, stew yang pekat dan kaya dengan rasa yang mewah. Yaya first time rasa terus macam kegembiraan meletup-letup didalam mulut! Daging tu sangat lembut tau hee hidangan sup tulang macam ni memang kegemaran Yaya.
Festive Beef Ribs Platter
Untuk penggemar daging tulang rusuk yang premium, wajib try Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan 5 rasa yang berbeza dan sesuai untuk dikongsi secara berkumpulan.
Hidangan besar yang lengkap bersama 2 pilihan hidangan sampingan samada jagung, coleslow atau mashed potato bersama hidangan Rib Bone Stew. Menariknya, korang boleh mencuba kesemua 5 jenis rasa unik yang dihidangkan khas dalam set Festive Beef Ribs Platter ini tanpa perlu memilih. Seronok kan boleh rasa semua? Hee
Untuk pengetahuan, tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap.
Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, boleh memilih untuk mencuba Sriracha atau Black Pepper. Manakala bagi yang lebih sukakan rasa asli, Original BBQ serta Spicy juga terdapat didalam hidangan ini.
Nampak sedap kan? Memang sedap!
Festive Lamb Slabs Platter
Set hidangan ini juga didatangkan dengan Rib Bone Stew bersama hidangan sampingan. Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat, lembut dan sangat mengasyikkan! Terasa perapan enak gandingan sos Madu dan Plum.
Bagi penggemar daging kambing macam Yaya, memang Yaya recommend kepada pencinta kambing untuk cuba hidangan ini bersama keluarga dan orang tersayang. Syok ye Festive Lamb Slabs Platter ni memang feeling betul bila makan hihi ^_^
T-Bone Steak
Bagi mereka yang inginkan hidangan bersaiz kecil, korang boleh try set T-Bone Steak. Dengan saiz hidangan 450gm T-Bone Steak, sesuai untuk makan seorang ataupun berdua. Ia dimasak dengan begitu sempurna menjadikan dagingnya lembut dan sesedap rasa.
Dessert
Untuk pencuci mulut sebagai pelengkap hidangan pula, pelanggan boleh memilih untuk menikmati Kurma Tiramisu ataupun pilihan minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagi penutup selera.
Untuk yang ingin menikmati hidangan premium yang lazat, mewah dan menyelerakan dari Tony Roma's ini, korang boleh dapatkan melalui platform >> Grab Food dan juga >> Food Panda bermula 7hb sehingga 20hb Mei 2021. Available di semua outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade. Seronok juga kan boleh makan dirumah bersama yang tersayang? Boleh sambil-sambil tengok Netflix hihi.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu :
Website : http://www.tonyromas.com.my/
Facebook : Tony Roma's
Instagram : @trmalaysia
Terima kasih sudi baca





















