May 19, 2021

Tony Roma's | Hidangan Tulang Rusuk Dengan Ramuan Istimewa Yang Pastinya Mengasyikkan!



Hai korang! Dah seminggu rupanya kita berhari raya. Sayu pula hati kita bila berhari raya untuk tahun kedua dalam musim PKP ini. Tapi apakan daya, kita kena terus kuat semangat dan amalkan SOP yang ditetapkan okay. Semoga pandemik segera reda dan kita boleh makan di restoran bersama keluarga tersayang. Masih teringat lagi kenangan sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun lepas yang mana kita hanya boleh berbuka puasa dan makan dirumah sahaja. Kadang-kadang tu bila boring dan takde idea nak masak, kita order je online. Senang kan hihi :p


Sebelum PKP haritu, Yaya sempat berbuka puasa di Tony Roma's dan excited nak try Tony Roma's Festive Flavours yang Yaya nampak di Facebook mereka. Ada 3 jenis sajian yang menggiurkan. Geram ye tengok gambar diorang kat Facebook tu!




Tempting much? Untuk penggemar hidangan daging premium macam ni sure korang pun tak sabar nak try kan? Yaya pun! Tengok poster Tony Roma's ni lalu lalang kat timeline Yaya terus decide nak pergi berbuka puasa di sana. Tapi korang jangan risau, walaupun sekarang musim PKP, korang still boleh dapatkan melalui platform Grab Food dan juga Food Panda.


Antara menu wajib yang korang boleh cuba ialah Rib Bone Stew iaitu Sup Tulang Unik yang merupakan pembuka selera yang sangat membuka mata! Paling penting of course watak utama iaitu Festive Beef Ribs Platter yang didatangkan bersama set 10 ketul tulang rusuk dengan 5 rasa berbeza dan istimewa, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut yang enak.


Rib Bone Stew
Dimasak dengan cara masakan Amerika namun masih mengekalkan citarasa Malaysia. Daging yang direneh selama beberapa jam sehingga daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Hasilnya, stew yang pekat dan kaya dengan rasa yang mewah. Yaya first time rasa terus macam kegembiraan meletup-letup didalam mulut! Daging tu sangat lembut tau hee hidangan sup tulang macam ni memang kegemaran Yaya.


Festive Beef Ribs Platter 
Untuk penggemar daging tulang rusuk yang premium, wajib try Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan 5 rasa yang berbeza dan sesuai untuk dikongsi secara berkumpulan.

Hidangan besar yang lengkap bersama 2 pilihan hidangan sampingan samada jagung, coleslow atau mashed potato bersama hidangan Rib Bone Stew. Menariknya, korang boleh mencuba kesemua 5 jenis rasa unik yang dihidangkan khas dalam set Festive Beef Ribs Platter ini tanpa perlu memilih. Seronok kan boleh rasa semua? Hee

Untuk pengetahuan, tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. 

Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, boleh memilih untuk mencuba Sriracha atau Black Pepper. Manakala bagi yang lebih sukakan rasa asli, Original BBQ serta Spicy juga terdapat didalam hidangan ini.




Nampak sedap kan? Memang sedap!


Festive Lamb Slabs Platter 
Set hidangan ini juga didatangkan dengan Rib Bone Stew bersama hidangan sampingan. Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat, lembut dan sangat mengasyikkan! Terasa perapan enak gandingan sos Madu dan Plum.


Bagi penggemar daging kambing macam Yaya, memang Yaya recommend kepada pencinta kambing untuk cuba hidangan ini bersama keluarga dan orang tersayang. Syok ye Festive Lamb Slabs Platter ni memang feeling betul bila makan hihi ^_^



T-Bone Steak
Bagi mereka yang inginkan hidangan bersaiz kecil, korang boleh try set T-Bone Steak. Dengan saiz hidangan 450gm T-Bone Steak, sesuai untuk makan seorang ataupun berdua. Ia dimasak dengan begitu sempurna menjadikan dagingnya lembut dan sesedap rasa.





Dessert
Untuk pencuci mulut sebagai pelengkap hidangan pula, pelanggan boleh memilih untuk menikmati Kurma Tiramisu ataupun pilihan minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagi penutup selera.


Untuk yang ingin menikmati hidangan premium yang lazat, mewah dan menyelerakan dari Tony Roma's ini, korang boleh dapatkan melalui platform >> Grab Food dan juga >> Food Panda bermula 7hb sehingga 20hb Mei 2021. Available di semua outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade. Seronok juga kan boleh makan dirumah bersama yang tersayang? Boleh sambil-sambil tengok Netflix hihi.


Untuk maklumat lanjut mengenai menu :

Facebook : Tony Roma's
Instagram : @trmalaysia

Terima kasih sudi baca  

16 comments:

  1. Sedap makan rusuk kat tony romas. lembut sangat. puas hati dgn kualiti makanan. tapi padan la dgn harganya. mahal sikit pun takpe, sebab memang menu kelas A dia bagi.

    ReplyDelete
  2. Oh wow!!!!!!!!! I love rib steam. So yummy!!!!!!!!!!!! I also love Tony Romas. The last time my family and I dine in kat Tony Romas was in March.

    ReplyDelete
  3. Steak and Ribs kat Tony Roma's tidak pernah mengecewakan. Yang kecewa sekarang nie sebab takleh dine in. Tak feel la makan ribs and steak delivery hahahaa
    Moga dijauhkan kita semua dari pandemik nie

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa Tony romas. Dah lama tak makan sini time baca ni teringin pula tapi tu la pkp hrmm maybe boleh take away. Cuma yang menu tu dah habis ya?

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Makan ribs Banyak2 cmni.. Rindu nya Nak dine in Makan Kat Tony romas.. Haishhhh

    ReplyDelete
  6. Wahhh yaya pun ke Tony Roma's. Masyukkkkkkk. Hahaha.. akak fav juga TR ni. Suka cawangan e-curve. Sekarang ni yang berdekatan ngan rumah kat MM. Tapi tulah takleh dine in. Tak best kalau tapau-tapau ni. Sob sob sob.

    ReplyDelete
  7. Ala yaya ni menggoda dengan my wishlist food. Nasib la ipoh ni xde lagi Tony Romas....when covid reda nak g makan sini!!

    ReplyDelete
  8. Mengalir air liur tengok ribs Tony Romas ni.. dah lama giler tak merasa hidangan mereka.. lepas my friends dah tak kerja situ.. macam nak repeat jer nanti...

    ReplyDelete
  9. Memang teringat2 mneu baru Tony Roma's ni. Lagi2 beef tu. Lembut je makan.. Ade pelbagai perisa pulak tu. Memng puas hati, portion besar, boleh mkana ramai2

    ReplyDelete
  10. omg, that is A LOT of food on that table! nasib baik x puasa hari ni haha. cannot wait to head over to tony romas after the MCO to try this!

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi makan tony romas ni, nampak mengiurkan je tulang rusuk tu,favourite saya tuuuu

    ReplyDelete
  12. Bilalah boleh dine-in ni, rasa terliur sangat nengok dari bulan pose haritu... harap one day dapatlah merasanya set ni..

    ReplyDelete
  13. Yani tak pernah lagi dine in kat sini. Tapi memang dah masuk list, outlet dia banyak jauh ngan rumah.

    ReplyDelete
  14. Wah boleh tahan juga ya harganya. Tapi ok la kalau share 4-6 org kan. Tengok gambar pun dah tau sedap.

    ReplyDelete
  15. I paling suka their Festive Lamb Slabs Platter, nasib baik boleh order delivery.

    ReplyDelete