Dec 16, 2019

Sasuke Premium Outlet | Preloved Item Dengan Kualiti Tip Top!



Hai korang! Nak share dengan korang ni yang haritu Yaya berkesempatan untuk pergi ke Bundle Expo yang bertempat di Mines 2, Seri Kembangan. Memang meriah sangat dengan kehadiran pengunjung di sini. Lagi best bila kita boleh tengok banyak item rare yang dijual dari baju, seluar, aksesori, kasut, beg dan macam-macam lagilah! Ramai pencinta bundle atau preloved item turut tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri koleksi dan barangan yang dijual disini. Bagi Yaya, kebanyakan koleksi mempunyai jiwa yang tersendiri bagi sesetengah item. Patutlah ramai yang sanggup membeli item 'unik' yang dijual. Kebanyakan barangan disini adalah berkualiti tinggi dan sukar didapati di pasaran.


Tapi apa yang paling menarik perhatian Yaya of course lah booth dari Sasuke Premium Outlet! Time Yaya pergi memang ramai orang tau! Mana taknya, ada baju cantik sehelai RM8 sahaja! Memang rambang mata la nak pilih. Sebelum ni Yaya memang pernah ke Sasuke Premium Outlet di cawangan Cheras dan juga Kajang. Suami Yaya sendiri pun suka ke Sasuke Premium Outlet ni.


Ingat lagi time nak ke Osaka, Jepun tahun lepas, kami memang cari baju sejuk kat sini je. Dah la berkualiti tinggi, harga yang dijual juga sangat berbaloi dan berpatutan. Untuk pengetahuan korang, item yang dijual telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum dipamerkan di butik cawangan mereka. Staf yang ada pun sangat friendly dan sudi membantu. Sebab tu ramai yang selesa membeli-belah di Sasuke Premium Outlet ni.



Memang ramai sungguh pengunjung yang hadir ke booth mereka



Antara koleksi rare di Sasuke Premium Outlet


Yaya pun rambang mata nak pilih yang mana satu hihi



Seluar dengan pilihan cutting yang pelbagai untuk lelaki dan juga perempuan




Suka sangat knit wear mereka memang cantik dan cun habis!


Seluar jeans pun ada dengan design yang pelbagai


Cantik kan winter outfit yang Yaya pakai ni? Hihi


Kasut ni memang menarik perhatian betul! Cantik letopsss


Menariknya, Sasuke Premium Outlet turut menyediakan fitting room untuk kegunaan pengunjung di booth mereka. Memang syok la dapat try dulu sebelum confident beli hee


Ramai orang okay serius tak tipu! Staf mereka akan memastikan stok busana sentiasa ada dan mereka akan standby untuk topup dari semasa ke semasa.


Ala manisnya cik cashier dia. Penat pun still senyum. Salute! Oh by the way, kalau korang nak bayar guna Touch n Go EWallet pun boleh di Sasuke Premium Outlet. Memang memudahkan!


Suka kuning ni!


Cantik kan winter wear ala bulu-bulu ni? Bulu dia lembut dan selesa sangat!


Taraa!~ Cantik kan Yaya pakai? Hehe :p


Untuk korang yang tak sempat hadir ke Expo Bundle tempoh hari, korang jangan risau sebab masih boleh ke butik mereka di Bangi, Kajang, Cheras dan lain-lain outlet terdekat. Lagi best, sekarang ni dah boleh beli secara online! Korang layari je https://www.sasukeoutlet.com/ okay! Kalau Yaya lagi suka ke outlet mereka. Sebab dari nak beli sepasang, boleh tetiba jadi 10 pasang! Wakaka 


Antara staf mereka yang terlibat di Expo Bundle di Mines 2, Seri Kembangan tempoh hari. Thank you for a great services! :)


Jangan lupa singgah ke Sasuke Premium Outlet tau! ^_^

Untuk matlumat lanjut :
Alamat : No 15-0 Blok B Platinum Walk, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Office : +603-4141 5204
Mobile Phone : 013-6240 419
Email : support@sasukeoutlet.com


Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment