Dec 12, 2019

MISMIS | Produk Penjagaan Gigi Yang Halal Dan Selamat Dengan Bahan Semulajadi



Hai korang! Siapa yang tak suka berus gigi Yaya takmo kawan korang k? Tahu tak penjagaan dan kebersihan mulut sangat penting untuk kesihatan kita? Bayangkan kalau mulut berbau, gigi kuning dan banyak plak, korang rasa selesa ke untuk berdepan dan bercakap dengan orang lain? Silap-silap individu yang nak berkomunikasi dengan kita pula rasa tak selesa aduhai.


Baru-baru ini Yaya berkesempatan ke majlis anjuran MISMIS yang merupakan produk penjagaan oral terbaharu dipasaran. Majlis tertutup dan pengenalan mengenai produk MISMIS ini diadakan di Klinik Pergigian Nurul Akmar di Wangsa Maju.


Sebelum itu, cuba teka apa itu MISMIS? Mula-mula Yaya ingat mungkin ada campuran kismis dalam ubat gigi haha rupanya setelah diterangkan, MISMIS diambil dari perkataan dan ayat "Make It Smile".


Sesi petang itu diterajui oleh pengasas jenama MISMIS, Puan Noormawarnie Nordin (kanan). Turut diserikan dengan kehadiran Dr. Siti Nurziera yang merupakan doktor gigi yang bertugas di Klinik Pergigian Nurul Akmar.



Ketika sesi soal jawab dan pengenalan tentang produk MISMIS yang merupakan produk penjagaan oral yang menggunakan bahan semulajadi dan yang pastinya Halal ;)



Tapi paling menarik perhatian Yaya mestilah Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Kanak-Kanak 'Just For Kids' ini. Comel sangat packaging dia. Lagi menarik ianya didatangkan dengan dua perisa iaitu Bubble Gummy dan juga Cocholata. Comel kan?


Ketika majlis penyampaian saguhati kepada Dr. Siti Nurziera dan juga Dr. Nurul Akmar yang merupakan pemilik Klinik Pergigian Nurul Akmar.


Sweet je Dr. Siti Nurziera ni. Tinggi lampai orangnya.


Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko

Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko ini merupakan produk terbaharu dalam rangkaian MISMIS. Ianya menggunakan ramuan utama polifenol-tannin yang berfungsi untuk membunuh bakteria yang selalu ada di dalam kawasan mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S. Sanguis. Bakteria ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan karies gigi, pereputan gigi dan juga nafas berbau.


Penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang kaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada menyerang kawasan gigi dan juga mengurangkan masalah kaviti. Lagi best, aroma koko dan juga daun pudina memberi kesegaran pada gigi dan mulut kepada pemakainya. 


MISMIS Extra Cool Mint Toothpaste yang didatangkan dalam bungkusan berwarna maroon seperti gambar diatas pula menyediakan perlindungan 7x yang lengkap kerana penggunaan bahan-bahan semulajadi yang bagus seperti ekstrak koko dan juga cengkih. Ramuan herba membuat ubat gigi semulajadi MISMIS lebih unggul dari ubat gigi yang lain. 

7 Kebaikan Ubat Gigi MISMIS  :
  1. Melawan bakteria yang menyebabkan karies & jangkitan gigi
  2. Menggalakkan gigi dan gusi yang sihat
  3. Melegakan gigi dan gusi yang sensitif
  4. Menghalang pembentukan plak
  5. Menguatkan gusi
  6. Mengurangkan nafas berbau
  7. Mengekalkan kebersihan mulut sepanjang hari

Cute sangat karakter Nia & Theo ni. Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Kanak-Kanak 'Just For Kids' ini didatangkan dengan dua perisa iaitu Bubble Gummy dan juga Cocholata. Ianya sangat selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak seawal 2 tahun kerana kandungan semulajadinya yang bebas Flourida, SLES/SLS dan juga Paraben. Ianya juga selamat jika tertelan semasa penggunaannya dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak.


Jom lengkapkan penjagaan gigi dan mulut korang dengan Ubat Kumur MISMIS Mint Leaf. Dengan kandungan yang selamat dan tanpa alkohol, pastinya ia sangat sesuai untuk digunakan seisi keluarga. Paling penting boleh mengekalkan kesegaran nafas dalam jangka waktu yang panjang dan juga memberikan keyakinan untuk kita menjalani rutin harian ^_^

MISMIS Adult Toothbrush adalah ahli keluarga terbaru produk penjagaan pergigian MISMIS. Koleksi ini menawarkan pelbagai berus gigi seperti Soft and Medium Soft Triple Action dengan pemegang yang teguh dan lembut. Boleh didapati dalam warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut citarasa masing-masing. Berus gigi ini dibuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan. 

MISMIS Adult Toothbrush juga melindungi gusi daripada cedera, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan juga plak. Di samping itu, MISMIS Adult Toothbrush juga direka bentuk dengan ciri khas seperti:

  • Permukaan padat untuk pembersihan yang berkesan dan menyeluruh.

  • Tulang elastik yang fleksibel untuk menyerap tekanan yang berlebihan semasa memberus gigi untuk melindungi gusi dari kecederaan.
  • Bulu yang lembut dengan pelbagai kepanjangan untuk mencapai setiap gigi ketika memberus.

  • Pemegang getah selesa untuk cengkaman optimum dan keselesaan semasa memberus gigi.


Petua dan cara bagaimana kita boleh menggunakan MISMIS Adult Toothbrush secara berkesan untuk memerangi plak dan bakteria untuk kebersihan mulut:

  1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  2. Floss secara teratur untuk memastikan kebersihan yang optimum sepanjang hari.


Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, disyorkan untuk menggunakan MISMIS Adult Toothbrush dengan MISMIS Extra Cool Mint Natural Toothpaste untuk mengekalkan kesihatan mulut dan kebersihan sepanjang hari.



Produk MISMIS kini boleh didapati di Tesco, Halamart, Watsons, Guardian, farmasi dan juga klinik gigi terpilih di seluruh Malaysia. Harganya bermula dari RM3.90 sehingga RM15.00. Akan datang berus gigi untuk kanak-kanak pula akan berada dalam pasaran.


Jom jaga kesihatan gigi dan mulut kita dengan produk rangkaian penjagaan oral dari MISMIS ^_^

Untuk maklumat lanjut :


Facebook : Mismis Toothpaste

Instagram : @makeitsmile




Terima kasih sudi baca

13 comments:

  1. Namanya sgt catchy! Comel :)
    Produk lengkap selengkap produk international.
    Tahniah mismis!

    ReplyDelete
  2. Comel sungguh packaging dia. Nama produk pon cimel dan sweet jer . Kena try jugak laa nanti untuk anak anak. Macam best jer ni yaya. Tq sharing.

    ReplyDelete
  3. comel je nama dia. baguslah ada penguasa kedai menitikberatkan soal halal dan haram

    ReplyDelete
  4. comel je nama brand penjagaan gigi nie. siap bagia tahu cara untuk guna lagi. hebat !

    ReplyDelete
  5. jenama baru di pasaran (atau mek je yang tak perasan sebelum ni). kena cuba juga untuk anak as nampak dia punya benefit untuk penjagaan gigi anak adalah lebih baik yang existing.

    ReplyDelete
  6. Nak try la untuk anak². Sure lepas ni rajin masing² gosok gigi sebab packaging ubat gigi MISMIS ada daya yang tersendiri.

    ReplyDelete
  7. Untuk kanak-kanak kan?

    Nanti pergo Tesco, nak try cari... kita kasi cuba dekat anak-anak.. Kot2 dorang berminat ke kan

    ReplyDelete
  8. Cantiknya packaging ubat gigi mismis ni. Colouring sangat. Bagi anak tengok ni confirm nak satu

    ReplyDelete
  9. suka dengan produk mismis ni..sebab dia menggunakan ramuan yang halal dan selamat..plg teruja yang ada perisa coklat tu..menarik sgt

    ReplyDelete
  10. Patutlah gigi Yaya putih dan cantik ni rupanya rahsia dia hehehe kita nak juga lah sebab suka pakai ubat gigi halal yakin dan nampak pakej comel jer heheh budak-budak suka lah ni kan...

    ReplyDelete
  11. Ubat gigi koko tu dalamnya memang warna coklat ke camne? Hehe. Nak tahu jugak sebenarnya. Ok la senang dapat di drugstores kan. Boleh la ena survey nanti.

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas info tentang produk mismis ni. ingat ke kismis, rupanya ubat gigi hehe

    ReplyDelete
  13. nice la.. boleh cuba.. tq share

    ReplyDelete