Nov 7, 2019

Rawatan Kesuburan Yang Berlandaskan Syariah di Sophea Fertility




Salam semua. Yaya rasa separuh dari pembaca blog Yaya ialah mereka yang dah mendirikan rumah tangga. Untuk yang masih belum berkahwin dan sedang membaca, mungkin boleh ambil intipati penulisan ini untuk rujukan dimasa akan datang okay ;) . Yaya percaya setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Zuriat sememangnya penyeri rumah tangga. Bagi Yaya sendiri yang memang sukakan kanak-kanak, Yaya memang tak sabar nak dikurniakan zuriat cepat yang mungkin dan selalu berdoa supaya dipermudahkan segala urusan untuk menimang cahaya mata awal. Kebetulan umur Yaya ketika berkahwin ialah 26 tahun. Bagi Yaya agak lewat dari kawan-kawan yang terlebih dahalu mendirikan rumah tangga.


Yaya ingat lagi sebulan pertama kahwin masih belum ada rezeki. Time tu memang sedih sangat (huhu tak patut betul). Tapi lepas tu Yaya bersangka baik dan teruskan berusaha serta banyakkan lagi pembacaan tentang kiraan waktu subur, pengambilan makanan yang berkhasiat dan juga paling penting ialah doa dan tawakal. Alhamdulillah bulan kedua perkahwinan Allah izinkan untuk Yaya mengandung. Masa tu Allah jela yang tahu betapa sebaknya diri ini. Dalam masa yang sama Yaya juga doakan rakan-rakan lain dipermudahkan urusan untuk mendapat rezeki zuriat.


Minggu lalu, Yaya berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran Sophea Fertility yang bertempat di Petaling Jaya. Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah ini diserikan dengan bacaan Yaasin dan juga doa selamat bagi mengambil keberkatan atas pembukaannya. Sophea Fertility yang berlandaskan syariah ini menyediakan rawatan kesuburan kepada semua pasangan yang menginginkan zuriat dan juga menyediakan pakar wanita dan juga perawat wanita sahaja semasa proses rawatan dijalankan untuk keselesaan pesakit.




 Pengasas Pusat Kesuburan Sophea Fertility, Dr Wong Park Seng bersama Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan SOPHEA, Dr Norazlin ketika di Majlis Pelancaran Sophea Fertility.


Dalam era serba moden yang canggih ini, selain dari rawatan tradisional untuk mendapat zuriat, terdapat juga rawatan moden seperti IUI dan juga IVF. Dua rawatan ini sangat popular dikalangan pasangan yang ingin menggunakan kaedah moden bagi mendapatkan zuriat. Sebelum itu apa itu IUI dan juga IVF?


IntraUterine Insemination (IUI)
IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok. 
IUI meningkatkan peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj).

Sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda (jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit). Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).

In Vitro (IVF)
IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji, bukannya di dalam tiub falopio.

Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak, rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol tertentu.

Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam bilik bedah bersebelahan makmal IVF).


Embryologist yang berkhidmat di Sophea Fertility


Makmal untuk persenyawaan



Bilik dimana kaum lelaki akan mengeluarkan sperma sebelum sperma di ambil untuk disenyawakan.




Bilik pesakit yang dirawat. Sungguh tenang dan selesa.



Bilik pembedahan di Sophea Fertility



Surau juga turut disediakan disini bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat





Bilik Dr Norazlin dimana pesakit akan berjumpa dengan beliau terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah sebenar pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat




5 Sebab Kenapa Pasangan Perlu Mendapatkan Khidmat Kesuburan di Sophea Fertility :
  1. Sophea Fertility ialah pusat kesuburan berlandaskan Syariah yang pertama di Malaysia
  2. Hanya doktor dan perawat perempuan yang bertauliah sahaja yang akan melakukan pemeriksaan dan rawatan keatas pesakit
  3. Aurat pesakit akan sentiasa dipastikan terjaga ketika rawatan dilakukan
  4. Tempat mandi (bagi yang ingin mandi hadas besar selepas rawatan) dan juga ruang solat disediakan disini bagi kemudahan pesakit
  5. Kelengkapan dan suasana pusat kesuburan yang lengkap dan mesra pesakit bagi keselesaan semua yang ingin mendapatkan rawatan disini

Menggunakan tagline 'Melangkah Suci Menuju Impian', Sophea Fertility sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan mereka yang berlandaskan syariah dan hukum syarak.

Rawatan di Sophea Fertility merangkumi dari rawatan IVF sehingga ke hari ujian kehamilan, kos makmal meliputi ‘ICSI’, ‘Laser-Assisted Hatching’ dan ‘Blastocyst Culture (jika diperlukan), kos pembekuan embrio, kejururawatan, bilik pemulihan serta kos konsultasi doktor pakar.


Dr. Norazlin menyarankan pasangan suami isteri yang masih tidak dapat hamil selepas setahun berkahwin menjalani pemeriksaan bagi membolehkan tindakan awal dapat diambil.


Sesi soal jawab bersama media dari luar negara yang turut hadir di Majlis Pelancaran Sophea Fertility. Dr. Norazlin sedang memberi gambaran sebenar tentang proses persenyawaan menggunakan kaedah IUI dan IVF.



Bersama Dr Norazlin Rosli yang merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Sophea Fertility. 


Diskaun 10% untuk pelanggan bertuah

Berita baik untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Sophea Fertility, korang boleh menggunakan kod SPH01NOV untuk potongan 10% dari harga pakej yang ditawarkan disini. Diskaun ini hanya valid untuk pelanggan yang baru mendaftar sahaja dan bukan pesakit yang sedia ada dan sah sehingga 31 Disember 2019.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Sophea Fertility
Instagram : @sophea_fertility

Alamat : 106, Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline : +6016 739 5006
Tel : +603 7622 8622

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 7.30am to 5.00pm
Sabtu : 7.30am to 1.00pm
Ahad & Cuti Umum : TUTUP



Terima kasih sudi baca

18 comments:

  1. Bagusnya ada tempat macam ni sekarang, yang berlandaskan Syariah dan doktor pun perempuan. Kurangla sikit rasa malu =) Yang best, lengkap semua! surau pun ada. Selesa!

    ReplyDelete
  2. Wah dah semakin banyak tmpt perubatan khas untuk kesuburan. Benda macam ni bukan lagi benda yang dimalukan malah perlu dibantu. Boleh syorkan dekat kawan2 nnti ni.

    ReplyDelete
  3. banyak benda nak kena tahu ya bab2 nak dapat anak nie especially bila berkaitan hal kesuburan. bilik lelaki untuk keluarkan sperma tu, OMG tak leh bayangkan siap ada TV. hahahha

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian. sayalah antara separuh yang belum lagi berumahtangga dan berkahwin. haha. nampak menarik dan bagus tempat ni. :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya. Cantik tempat dia. Salah satu tempat untuk mereka yang sedang usaha.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah seronok tau kalau doktor perempuan yg handle kes-kes perempuan kan. Terjaga aurat إن شاء الله. Semoga usaha mereka yg berusaha mendapatkan zuriat dimudahkan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Sophea Fertility bukak tempat macam ni. Dapat membantu pasangan yang berusaha mendapatkan cahaya mata

    ReplyDelete
  8. harga servis ni berapa ya yaya? usually orang nak nak buat ni ramai cuma kos dia yang amat mahal tu buatkan org pergi cari alternatif lain

    ReplyDelete
  9. Bagus program mcm ni, salah satu inisiatif utk dptkan zuriat jugak. Yang penting jgn putus asa, n terus berusaha. It will come at the right time, right place

    ReplyDelete
  10. Bagus perkongsian ni. Bagi mereka mereka yg mencari tempat dan perkhidmatan rawatan kesuburan, boleh consider Sophia ni.

    ReplyDelete
  11. Kte suka wak klinik ni sebab dia patuh syariah so rawatan pun lebih telus. Kita pun selesa nak buat rawatan kat sini

    ReplyDelete
  12. Wahh bagus lah ada macamni sekarang. Tempat nampak sangat comfy pulak tu.

    ReplyDelete
  13. Wow so advanced technology! Good for those look for opportunities to have baby!

    ReplyDelete
  14. Bagus lah tempat ni untuk mereka yang tengah usaha untuk dapatkan cahaya mata. Orang kata kita berusaha dan serah pada Allah. usaha tu penting .Tempat pon nampak menarik .

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Adanya tempat sebegini. Patuh syariah! Bagus buat yang memerlukan , sekurangnya ada tempat terbaik untuk mereka cuba dan usahakan dapatkan impian mereka. Nak rekemen kat kawan kita laaa

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing! Hopefully this post will help more mothers that try to have babies! Pray to them and God bless them too! God bless the doctors and the team!

    ReplyDelete
  17. teramat bagus usaha ini. mek menyokong seratus peratus. perempuan perlukan perempuan untuk ceritakan dengan lebih lanjut apatah lagi untuk disentuh.

    ReplyDelete
  18. thansk sharing this info. tahniah kepada pengasasnya semoga terus maju jaya dan membantu lebih ramai pasangan yang memerlukan

    ReplyDelete