Nov 4, 2019

Pudarkan Parut dan Jeragat Dengan Rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness




Hai korang! Siapa suka pergi buat facial? Seronoknya muka kita dibelai-belai dan dimanja-manja kan? Dah lama rasanya Yaya tak buat rawatan muka. Pernah ternampak Dr Medispa & Wellness kat Jalan Reko ni dulu time hantar Dahlia ke class Excel Qhalif tapi belum berkesempatan lagi nak pergi. 


Akhir bulan Oktober haritu baru rasa teringin nak pergi sebab Yaya perasan muka Yaya ada masalah kulit kering lepas tu ada parut jerawat yang susah betul nak hilang. Stress okay bila pakai make up ketara betul ada kulit mengelupas. Sedangkan kita dah minum banyak air, pakai moisturizer yang bagus dan lain-lain. Dalam gambar ni memang muka tak pakai make up langsung sebab dah ready nak terus buat facial hihi. Yaya pergi waktu malam lepas maghrib camtu memang tenang je suasana. 


Jom tengok sekitar dalaman Dr Medispa & Wellness dekat Jalan Reko Kajang ni dulu hee



Antara bilik rawatan yang ada disini. Ada pemisah bahagian bagi keselesaan pengunjung yang mendapatkan rawatan. Oh ya. Lelaki dan perempuan yang ada masalah kulit wajah boleh dapatkan rawatan disini ya!



Terdapat juga ruang menunggu yang selesa untuk tetamu

Korang pernah dengar pasal rawatan Dermapen atau Microneedle? Yaya memang dah tahu lama mengenai teknik ni siap dah beli demaroller sendiri tapi sampai kesudah tak berani nak buat sendiri kat rumah. So better kita serahkan pada yang pakar haha!

Rawatan Dermapen in sangat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah wajah seperti :
  • Parut berlubang/ kawah
  • Jeragat
  • Jerawat
  • Tona tidak sekata
  • Pori besar 
  • Wajah kusam dan tidak bermaya
  • Whitehead & blackhead 


Tapi kenapa perlu buat rawatan dermapen dan rawatan lain di DR MEDISPA AND WELLNESS ?

Ini kerana :

✔ Pengasas DR MEDISPA & WELLNESS adalah Doktor Perubatan dan Pakar Aesthetic.
✔ Mereka teliti akan kebersihan sebelum, semasa dan selepas rawatan.
✔ Skill dan teknik berbeza mengikut keadaan kulit muka seseorang.
✔ Serum yang sesuai.
✔ Selesai sesi rawatan akan diberikan consultation skincare yang sesuai dipakai secara PERCUMA.

Antara kelebihan Dermapen:
๐ŸŒธ Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
๐ŸŒธ Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan
๐ŸŒธ Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
๐ŸŒธ Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata
๐ŸŒธ Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit


Ok jom kita start! Sebelum tu, kalau nak tengok IG Stories yang Yaya buat masa proses rawatan, korang boleh KLIK SINI


Selepas pembersihan wajah, buang whitehead dan blackhead dilakukan, beautician akan sapu numb cream di seluruh wajah korang untuk memberi effect kebas pada muka sebagai persiapan sebelum rawatan Dermapen di lakukan



Muka dibalut dan tunggu selama 20 minit untuk memberi kesan kebas yang lebih efektif pada muka


Selepas sapuan pelincir, rawatan Dermapen terus dimulakan. Jarum yang digunakan adalah bermula dari 0.5cm sehingga 2.0cm mengikut ketahanan dan juga masalah wajah korang.



Sempat senyum ya haha. Kalau tanya Yaya sakit ke tak, bersalin lagi sakit hahahaha. Masa ni memang tak rasa sakit sebab effect kebas tadi. Lepas kebas dah habis rasalah sakit sikit. Beauty is pain kan? :p


Selepas selesai proses Dermapen tadi, wajah akan direhatkan dengan menggunakan LED Mask bagi tujuan menyahkan bakteria, memberi keanjalan dan penyerapan yang lebih berkesan. Selepas tu, wajah akan disapukan serum dan vitamin :)


Harga Rawatan ialah RM280 untuk satu sesi tapi Dr Medispa & Wellness selalu buat harga promosi tau! Kena rajin check page mereka okay!


Untuk mereka yang mempunyai masalah parut dalam pada wajah, jangan ingat sekali je dah terus okay tau. Rawatan haruslah dilakukan secara berkala bagi kesan yang lebih optimum. Tapi Yaya memang puas hati selepas berberapa hari memang boleh nampak perubahan yang sangat positif pada wajah Yaya ^_^


Ini adalah gambaran semasa healing process dari Hari Pertama sehingga Hari Ketujuh selepas rawatan Dermapen















Dalam tempoh 7 hari ni memang Yaya cuma gunakan sunscreen sahaja untuk melindungi wajah. Memang tak pakai make up langsung semasa healing process. Yaya rasa parut jerawat makin pudar, parut dalam makin rata, liang pori makin kecil dan muka glowing walaupun cuma pakai sunscreen. Memang seronok la hihi :)


Pakai make up pun terus rasa lebih confident! Yeayy lepas ni maybe Yaya akan buat lagi rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness sebab memang puas hati. Staff dan beautician mereka juga sangat baik dan sentiasa bagi layanan tiptop kat pelanggan mereka. Love sangat! ^_^


Untuk Maklumat lanjut :

Facebook :

Instagram :

Alamat :
Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
43000 Kajang, Malaysia

No Tel :
03-87331980 
013-770 6708 





11 comments:

  1. Best tuh buat spa and facial. Yang paling bila kulit muka lebih mulus. Lebih yakin nak pakai makeup. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Tertarik laaa ngan rawatan dia. Bagus ada consultation free selepas rawatan. Yelah, lepas treatment laaa kena lebih jaga muka supaya rawatan yang dah buat maintain elok, kulit semakin baik dan sihat. Nak usha laaaa harga dia.

    ReplyDelete
  3. Oh pernah dgr rawatan dermapen tu tapi so far tak pernah try lagi. Medispa ni pon pernah dgr tapi tak pernah try pergi dptkan rawatan facial kat situ lagi hehe. Nampak mcm bagus jugak yea servis mereka tu, tgk gmbr mcm elok jugak hasil result lepas rawatan tu. ๐Ÿ‘๐Ÿฟ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Dah lama sangat teringin nak try rawatan dermapen ni sebab tengok ramai buat skin diaorang nampak cantik macam baby

    ReplyDelete
  5. my friend pon ada buat rawatan dermapen nie. kesian tengok muka dia mereah for a week. tp berbaloi dan memadai lah sebab lepastu muka dia glowing je. buat dekat medispa nie jugak. harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  6. x pernah lagi buat rawatan macam ni. bagus ada nampak perubahan tu

    ReplyDelete
  7. Kaum wanita dengan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Pegi ke spa ni masa yang paling disukai sebab boleh manjakan diri & reward diri sendiri. Tambah plak kesan facial yang efektif pudarkan parut camni memang terbaik la utk dijadikan pilhan wanita yang duduk area ni.

    ReplyDelete
  8. Pernah cuba rawatan kat sini. Memang best. Dan layanan pun best dari staff. Harga pun sgt berpatutan

    ReplyDelete
  9. wah terus licin kulit tu. bagus ni. wanita memang suka kalau macam ni. tapi pastikan yang selamat ya

    ReplyDelete
  10. I need facial so soon! Thanks for introducing this beautiful place~
    I am getting afraid of aging already~

    ReplyDelete
  11. Wah.. Berbaloi bila tgk hasilnya.. Glowing benor yea.. Leh la AM cuba servis n di sini nnti.. Masa utk 'me time' ๐Ÿคญ ๐Ÿคญ ๐Ÿคญ

    ReplyDelete