Oct 11, 2019

Belanjawan 2020 | Bajet Kementerian Belia Dan Sukan



Semua orang mesti teruja kan nak tahu apa penambahbaikan bagi Bajet atau Belanjawan untuk tahun 2020 nanti. Yaya dengan kawan-kawan pun tak lepaskan peluang dengan kawan-kawan kat ofis sekali dengan bos pun pasang live dengar kat PC masing-masing (petang-petang macam ni semua kerja dah settle okay hihi). Pembetangan Belanjawan 2020 yang berlangsung pada petang Jumaat bertarikh 11/10/2019 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang bermula dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang telah memberi semangat dan nafas baru kepada semua rakyat Malaysia.


Jujurnya, Yaya memang fokus kepada Belanjawan untuk Kementeria Belia & Sukan kerana percaya dengan kewibaan Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman yang begitu nekad ingin mengubah nasib anak muda. Yaya sendiri teruja dengan pelbagai penambahbaikan dan peruntukan yang begitu banyak diberikan kepada semua golongan belia dan anak muda. Ini adalah satu langkah dan insisiatif yang amat baik bagi mengembalikan kesedaran kepada kerajaan bahawa anak muda dan belia masa kini adalah harapan dan tunggak utama negara demi kelangsungan negara maju dan berdaya saing. 


Bagi Belanjawan 2020 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1.2 Billion

Peruntukan Keseluruhan KBS
Ringkasan jumlah belanjawan keseluruhan Kementerian Belia & Sukan bagi tahun 2020

PERUNTUKAN BAJET KBS
RM1.2 BILLION*

Dalam mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 30) langkah-langkah teras telah dimasukan dalam Belanjawan 2020 sejajar dengan stategi tujuh (7) SPV30 yang telah digariskan menerusi YAB Perdana Menteri bagi tujuan tiada rakyat yang ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut:

Perbelanjaan Pembanggunan Belia

Pembangunan belia yang inklusif dengan peruntukan sebanyak RM138 Juta melalui program-program tersebut:

  • Youth Power Club (YP)

  • Malaysia Future Leaders School (MFLS)

  • Volunterism Initiatives


Malaysian@Works Hashtag Malaysia@Kerja

Malaysian@Works merupakan insentif berupa gaji kepada pekerja dan majikan dimana inisiatif ini akan diseliaurus oleh kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan seterusnya akan dikemaskini melaluli Sistem Insurans Pekerja (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif

Kos sebanyak 6.5 bilion dalam tempoh 5 tahun dalam mewujudkan 350000 peluar pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam mengurankan kebergantungan sebanyak 130000 pekerja asing

Inisiatif Malaysian@Work Terbahagi kepada 4 iaitu :

  • Graduates@Works
  • Apprentice@Works (TVET)
  • Locals@Works
  • Women@Works

Graduates@Work
• Menganggur selama> 12 bulan
• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
• Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun

Apprentice@Work (TVET)
• Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET
• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Locals@Work
• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
• Meningkatkan gaji minimum kepada RM200 di bandar-bandar utama dan RM100 luar bandar
• Insentif sebanyak RM250 sebulan (selama 2 tahun sahaja) untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing

Women@Work
• Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif seperti berikut :
• Dapat RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
• RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)


Mengarus Perdana TVET 2020

Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion

  • RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  1. Tambah Baik Peralatan dan Upah Pengajar dari Industri
  2. Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
  3. Meningkatkat keterlibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
  • Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional dari rangkaian universiti-universiti teknikal di malaysia (MTUN)

Perbelanjaan Pembanggunan Sukan

Pembangunan sukan negara amatlah penting dalam sesebuah negara, dengan itu beberapa peruntukan disediakan seperti berikut:

Fasaliti & Sukan Untuk Wanita

Sebanyak RM299 Juta untuk pembinaan fasiliti & Naik Taraf kemudahan sukan termasuk :
  • Kompleks Belia Dan Sukan
  • Pusat Sukat Negeri
  • Sebanyak RM10 Juta bagi program sukan untuk wanita serta pasukan atau kelab yang libatkan wanita

Program Sukan Antarabangsa

Peruntukan sebanyak 179 Juta untuk program antarabangsa seperti :
  • Sukan olimpik Tokyo 2020
  • Sukan Sea Hano 2021
  • Juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara


Program Pembangunan Bola Sepak
  • Peningkatan Peruntukan RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)


Program Pembangunan E-Sukan
  • eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta bagi pembangunan e-sukan negara


So macam mana? Korang puas hati tak dengan Belanjawan 2020 terutama bagi Belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan? Tepuk dada tanya selera. Semoga dengan pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan untuk Belanjawan 2020 ini memberi kita kesedaran untuk terus memajukan diri dari segala aspek dalam kehidupan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Sesuai dengan Tema Belanjawan 2020 iaitu, ‘Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’ . Ayuh bangkit semua ;)


Untuk info dan matlumat lanjut :

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Website : www.kbs.gov.my



Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570

#BelanjawanSukanNegara
#Belanjawan2020
#BelanjawanAnakMuda2020



Terima kasih sudi baca

21 comments:

  1. Thanks for the information !
    After reading this , I understand more about this!

    ReplyDelete
  2. semoga tercapai semuanya lah. jangan dua tiga tahun masanya nak buat. sebagai rakyat bila dengar macam ni kita menaruh harapan.

    ReplyDelete
  3. Such a good for the nation. harapnya apa yang dibentangkan ini akan dilaksanakan dengan jaya dan orang ramai turut mengambil peluang apa yg telah kerajaan sediakan.

    ReplyDelete
  4. Rawlins yang teruja bila melihat belanjawan untuk membangun belia nie. Diharap belia semua pun akan berusaha dan tidak hanya mengharap - banyak kebaikan untuk diperolehi nie.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat KBS atas inisiatif yang telah dan bakal dijalankan. Semoga peruntukan dalam bajet 2020 ni mencapai sasaran demi mengubah nasib belia hari ni.

    ReplyDelete
  6. Bersungguh YB Saddiq nak bantu golongan belia dan majukan sukan Malaysia.Harap dengan kenaikan bajet dan program2 ni dapat melestarikan pembangunan sukan dan bantu anak muda.

    ReplyDelete
  7. haritu memang tak sempat pun amik tahu pasal belanjawan ni sebab sibuk berjalan. Banyak juga budget untuk sukan yer. bagus lah, cuma part e-sport tu cam tak berapa minat sebab tak suka tgk orang main game lama2, tak tahu kat mana aspek kesukanan dan kesihatan...

    ReplyDelete
  8. Great info. After reading on this i have more understanding and hope that it can help the youngsters :)

    ReplyDelete
  9. Banyak ya belanjawan yang diberi untuk pembangunan belia. semoga segala perancangan yang disusun dan diatur dilaksanakan dengan telus. in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  10. Bagus Syed kan fikir pasal generasi muda belia ni..banyak dia fikir kebaikannya..banyak improvement..dari sukan, TVET, pekerjaa..semua ada

    ReplyDelete
  11. Bgus yg utk graduates tu..
    Harap2 nasib belia2 makin terbela la kan...
    Sedih tgk skrg ni Peluang pkerjaan kurang

    ReplyDelete
  12. Tahniah KBS. Atlet dan belia beruntung KBS ada peruntukan untuk mereka

    ReplyDelete
  13. Tahniah KBS! untung belia Malaysia sekarang ni ada menteri yang cakna

    ReplyDelete
  14. Bagus ada peruntukan buat belia ni, sekurang2nya nasib mereka terbela. Harap peruntukan yang diberi digunakan dengan sebaiknya dan telus..itu aje sis nak khabaq..:D

    ReplyDelete
  15. Puas hati sangat sebab bajet utk esport 20juta.Hopefully bajet tu digunakan dengan sebaiknya demi esport tercinta.Hidup PUBG! Hahaha

    ReplyDelete
  16. Kebajikan pengajar kena jaga, supaya dapat pakar untuk melatih belia2 sukan yang berkualiti. Sangat sokong untuk penambahan upah pengajar dan jugak kebajikannya.

    ReplyDelete
  17. baguskan inisiatif yang disediakan untuk golongan belia dan wanita. harapkan dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih baik dan kehidupan yang lebih cemerlang

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:19 AM

    RM500 bukan dapat dalam gaji selama 2 tahun tapi 500 tu akan masuk ke EPF. SEKIAN

    ReplyDelete
  19. Menarik usaha dan inisiatif kerajaan bg membangunkan KBS dan menarik penglibatan terutamanya golongan muda

    ReplyDelete